Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/12/2011

Lope ditanam hidup-hidup?

A'ah. Ditanam dengan niat :P

Perjalanan ke PD dari Putrajaya amik masa 4.5 jam. Plus highway memang scary. Tak ada accident, speedtrap atau road block pun. Memang kereta banyak, semua bawak slow. Gerak dari rumah pukul 2.30 petang, almost 8 malam baru sampai. Melampau wei! Sampai-sampai, semua orang dah sampai kecuali Nyah. Rupanya Nyah sampai lambat sebab Ateef main futsal sampai menang yo. Kununnya juga malam tu nak diadakan tahlil tak kemana pun. Alih-alih kami bonding dengan duduk melepak, makan, borak-borak dan layan game tengok Liverpool je.

Esoknya, aktiviti yang dinanti-nanti oleh Lope dan Obiya - mandi laut. Diaorang bangun seawal jam 7 pagi. Minum susu then terus sarung swimming suit. Maka, apabila pandang aje laut si Obiya dah tak boleh dikawal dah. So, Bibik la jadi tukang jaganya. Saya dan Lope mula-mula main kat tepi-tepi je tapi si Lope ni excited pulak bila kena air so ended up semuanya berada dalam laut. Cik Rah banyak kali minta saya tanamkan Lope hidup-hidup, maka dengan bantuan sepupu-sepupu Lope yang budiman, maka lubang dikorek untuk tanam Lope. 


Scary weh tengok ada kepala orang je :P

Waktu kena tanam, Lope behave je. Tak menangis, pasrah je. Mungkin tekanan pasir pantai dan air laut yang kuat, Lope sampai tertidur kena tanam. Mula-mula, saya tak letakkan towel didepan Lope tapi disebabkan dia tertidur dan tersengguk, habis ditelannya pasir-pasir yang melekat dipipi dan mulut dia. So, saya monitor macam tu jelah. Saya bermandian di laut tak lama sebab Lope mengantuk. Tapi, si Obiya memang tak nak naik langsung. Jenuh dipujuk.


Ini scene mama cakap "jom naik". terus dia blah.
Orang yang menjaga keselamatan diri. Pelampung tu atas, kiri dan kanan dia sapu.







Pujuknya hanya berhasil bila mama cakap "Jom, kita mandi kat pool plak" barulah dia laju je naik. Nak tak nak, aktiviti kat pool memang saya langsung tak tengok  sebab saya bawa Lope balik dah. Lope dah gigil, mengantuk dan dah start nak buat perangai. Alhasilnya, selepas 30 minit baru Obiya balik semula, itupun dengan menangis, terpekik dan melolong sebab protes tak nak keluar dari air.

Kami check-out pukul 1 petang. Masing-masing dah kepenatan. Lusa Cik dah nak balik Kelantan, jadi semalamnya lepas keluar dari PD saya terus ke rumah Yong sampai ke malam. Menghirup udara yang sama dengan ibu kita adalah sesuatu yang mendamaikan :) Itu saja cerita hujung minggu Lope & Obiya. 


Till then, take care.

4 comments:

alyyani said...

mmg steadylah lope. selalu kena tanam berbaring. ni diri la eh? lama x proses itu? amboi obiya, sakan kamu!

eMMe said...

Syok kan mandi manda, tapi saya kurang gemar air masin...nak gi mandi air terjun laa........

Noina said...

Amboi..kemain obiya :) hehe..

Pak Yoep said...

Aktiviti kegemaran Faqihah tp tak le tanam hidup..