Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/12/2011

Kerusi Roda

Dua malam lepas saya ke Alamanda selepas waktu kerja. Pergi sendirian kerana ingin cepat dan mencari bahan keperluan untuk spaghetti - untuk disantap dengan officemate esoknya. Seperti biasa, tiada yang berbezanya Alamanda di waktu selepas maghrib. 

Sebelum saya melangkah pulang, saya terserempak dengan satu keluarga. Seorang ibu, ayah serta seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 5 tahun. Saya melangkah lagi dan dibelakangnya kelihatan seorang remaja lelaki dalam lingkungan usia 13-15 tahun berada di dalam sebuah kerusi roda elektronik. Sekali pandang, saya tahu dia 'istimewa'. Namun, wajahnya nampak ceria sambil mengawal kerusi roda itu. Terdengar pula suara kanak-kanak lelaki (mungkin adiknya) yang berdiri di atas palang kerusi roda itu berkata "Ala abang, janganlah lalu situ, nanti sakit kena lubang" dan si abang yang berkerusi roda tergelak-gelak kecil.

Saya teringatkan Arwah Uda.

Buat yang sesiapa tidak mengetahui siapa Uda, boleh baca kat SINI dan SINIDulu, dengan Uda, saya juga mungkin berusia 5-6 tahun sewaktu kali pertama Arwah Aboh membelikan kerusi roda buat Uda. Saya sebagai budak kecil sangat teruja melihat kerusi roda itu, mahu menolak tidak mampu kerana berat badan Uda ketika itu. Bezanya, walaupun Uda boleh bercakap, berfikir dan membuatkan saya ketawa, Uda tidak mampu bergerak melainkan menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. 

Lihat tak ada budak perempuan pakai crown kat belakang tu - itulah SAYA!

Waktu itu, apa yang saya tahu adalah merasai keseronokan bermain kerusi roda. Almaklumlah, masa tu budak sangat. Best apa duduk atas kerusi kemudian orang tolak. Tolak sana, tolak sini. Siap cakap lagi, "Bestlah, Uda tak payah penat-penat berjalan, ada orang tolakkan" Tapi, sebenarnya best ke tak boleh berjalan? 

Sekarang, apabila melihat sesiapa sahaja di atas kerusi roda, saya akan mula berfikir "Macam tu ke Lope suatu hari nanti?" Mungkin terlalu awal untuk mengatakan ianya akan menjadi begitu, namun saya sering ingatkan diri bahawa keadaan itu tidak mustahil sama sekali. Berusaha, berdoa dan berharap agar Lope mampu mengatur langkahnya sendiri, menguruskan dirinya dan tidak menyusahkan sesiapa sahaja di hari muka sudah memadai. Saya tahu Allah itu Maha Mendengar dan Maha Menyayangi. Kalau hari ini juga saya dah merasa kehadiran Lope adalah satu rahmat, saya pasti di kemudian hari sesuatu yang lebih  indah akan hadir mewarnai kehidupan kami sekeluarga.

Jumaat yang indah ini, minta disedekahkan al-fatihah buat abang kesayangan saya.

Allahyarham Megat Aznan bin Megat Ramli
8 April 1972 - 15 September 1997

2 comments:

Syahida said...

Salam Put, akak prnh berbual dgn sorang ibu yg anaknya GDD skrang dah berumur 10 tahun, boleh berjalan walaupun agak lambat tp yg penting boleh melangkah sendiri. kata ibunya, anaknya mula berjalan pd umur 7 thn.

So dont worry, hv faith! lope will walk one sweet day...yg penting, usaha & usaha & usaha...jgn lupa doa :)

al fatihah utk arwah abg Put

-mamamia- said...

Hai adik Puteri,

Lama tak singgah sini. Harini free jumpa entry ni. Masa cuti haritu akak jumpa kawan2 lama masa sekolah rendah yg dah dekat 20 tahun tak jumpa. Kami ada bercerita pasal arwah. Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.