Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/12/2011

Jom makan oat!


Dah dua-tiga hari dok stalk Blog Saya Hot - dan macam best je tengok Maryam makan oat. Bestnya jadi macam Farah sebab tak bekerja dan besarkan sendiri anak di rumah. Makan minum anak semuanya 100% masak sendiri. Barulah berkhasiat anak tu membesar dengan air tangan ibu. Macam kita zaman-zaman dulu. Cik tak kerja, balik sekolah makanan memang dah ada kat meja. Budak zaman sekarang, waktu lunch penuh kantin sekolah pergi makan kat kedai. Kesian sungguh. 

oat with spinach and carrot + hot lemon tea without sugar
untuk resepi, klik SINI.

Mungkin dah ramai yang tahu akan kebaikan OAT, tapi sengaja nak kongsi lagi:

Oat ialah makanan yang berserat tinggi. Serat tumbuhan, rosella adalah antara contoh sumber serat yang baik. Pakar kesihatan amat menyarankan supaya membanyakkan pengambilan makanan yang tinggi kadar serantnya kerana makanan yang berserat tinggi dapat membantu memberi rasa kenyang dan menghindari pemakanan yang berlebihan. Di samping itu, makanan yang  berserat tinggi turut melarut dan membakar lemak yang berlebihan di dalam tubuh kita. Kadar metabolisme tubuh juga akan dapat ditingkatkan.


So, jom makan oat! 

No comments: