Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/12/2011

Bibik - perlu atau tidak?

Apa jawapan korang?

Kalau ditanya pada saya - ianya satu keperluan wajib.

Waktu saya mengandungkan Lope dulu, Encik Bubu cakap kalau saya lahirkan aje anak dia, nanti dia akan carikan pembantu rumah. Dia tak mahu saya susah uruskan rumah tetapi concentrate jaga anak dia. Katanya juga, dia tak pandai nak urus budak kecik, so kalau ada bibik semua keperluan budak tu mama dia yang akan buat. Waktu tu, saya tak tahu pun Lope adalah anak istimewa.

Mungkin itu yang kami harapkan - nak ambil bibik untuk membantu menguruskan anak, rupanya memang kami memerlukan bantuan orang lain lagi sepanjang masa membesarkan Lope. Apabila Lope lahir, waktu itu arwah Aboh saya sedang sakit dan Cik memang menjaga Aboh. Mak mertua (ibu Encik Bubu) sudah lama meninggal, maka saya yang baru kelahiran anak kecil ni tak ada orang yang nak jaga. Waktu itu, permohonan nak dapatkan Bibik dah dibuat. Susahnya hanya Allah yang tahu, perempuan dalam pantang yang bersalin. Kena C-sect plak tu. Bermula dari situ, dalam rumah saya sering terlebih orang. Macam-macam ragam Bibik yang saya hadapi. 

Kes 1

Bibik pertama namanya Zumrotun. Berkahwin dan usia dalam linkungan 40-an. Kes yang paling saya ingat bila saya balik rumah sebab tertinggal barang, saya dapati rumah saya kosong. Lepas nampak saya terpekik-pekik memanggil bibik dan Lope, pakcik depan rumah cakap dia nampak bibik pegi rumah hujung bawa Lope yang masa tu baru 6 bulan. Saya jejak ke sana.



Masya - Allah, kat situ ada 3 orang lagi bibik lain. Diaorang saya tengok sedang bergelak ketawa bagai. Bila saya masuk, 5 minit saya perhatikan mereka berbual dalam bahasa diaorang. Bayangkan, pintu rumah tak dikunci, saya dah masuk dalam rumah pun mereka tak sedar. Saya tengok Lope dia dukung.

Lepas saya tengking, barulah semuanya terkejut. Memang hati saya meruap marah. Marah saya sampai kat situ jelah. Dah la saya marah, dia tak gheti pun nak minta maaf. Siap buat muka dan menjawab mulut lagi "saya nak pergi makan. makan ramai-ramai lebih enak" Itu jawab dia. Meresap la kan masa tu. Tapi, kes tu habis macam tu je.

Kes 2

Masa mengandungkan Obiya. Waktu tu kami baru balik dari Dubai selepas hari raya. Waktu saya balik tu badan memang flat habis. Waktu tu dah 6 bulan mengandung. Lope merengek tak ingat sebab mengamuk naik flight lama sangat. Touch down je pukul 6 pagi, 10 pagi kamu semua dah admitted kat Ampang Puteri. Encik Bubu due to asthma then saya sebab ada bleeding sket.

Rupa-rupanya, Zumrotun masa tu sentap dengan saya sebab pergi Dubai tak bawa dia. Woi! Lemak kot nak pergi Dubai bayar tiket beribu-ribu tu nak bayar dia. Kalau duit memang banyak, tak kisah je. So, waktu itu jugak musim raya (pergi Dubai sebab celebrate Raya dengan FIL) Bila balik dia buat perangai. Tak dengar kata, suka jawab mulut & siap cakap "hantarkan saya pulang" Masa tulah saya ugut pasal kontrak dia 2 tahun yang masih berbaki. So, after that minta maaf walaupun tak ikhlas.

Me & Lope. Masa ni 6 months preggie kat Obiya.
Itu cerita dengan bibik #1. 

Ini Imah
Budak kecik tu adalah Obiya ;)
Bibik #2 plak, pinjaman Bibik Cik. Namanya Wagimen, tapi arwah Aboh tukar nama jadi Imah. Orangnya dah tua. Dah 50 tahun kot tapi dalam passport tulis umur 37 tahun. Gila pentipu la! Bestnya Imah, dia pandai mengurut dan memang macam orang tua. Buat kerja sangat slow. Tapi, takpelah sebab masa tu terpaksa. Sekejap je dia tinggal dengan saya. 2 bulan je kot. 

Ini Kasroha
Lubang hidung mu tatap menjadi pujaan hatiku :P
Bibik #3 yang sekarang nilah, namanya Kasroha. Bibik yang ada sekarang. Waktu sampai dulu, pakai short pant & berambut pendek. Bibik yang sama tak pandai guna rice cooker, iron dan washing machine. Bibik yang sama kena belajar 50 kali buka dan tutup stroller Lope sampai pandai. Bibik yang sama degil tak dengar kata, hilang 20 minit masa pertama kali pergi Pavillion. Bibik yang sama suka makan ayam goreng dan Bibik yang sama hari makin hari saya dah anggap macam keluarga sendiri.

Rupanya dah ada 3 entry pasal Kasroha :


Luahan seorang majikan
Cukup-cukuplah Bibik buat perangai kasi saya pening. Tak kiralah bibik saya atau bibik orang lain pun. 

Till then, take care.


7 comments:

Bitt (double IS) said...

perghh memang mcm2 kann ragam bibik...

dalam situasi saya, pembantu rumah memang kena ada...tapi masih tak pakai-pakai jugakk...saya kurang percaya org asing berada dalam rumah...ape lagi nak mendidik anak2 saya...bantuan yg betul2 saya perlukan utk mengemas, membasuh dan menyental...tapi tidak la memasak dan menguruskan keperluan keluarga...masih takut nak membenarkan org asing masuk membantu utk mengurus...

tapi respect u la...memang perlu ada bibik jika memerlukan masa yg lebih untuk menguruskan anak yg istimewa..kerana dia sangat memerlukan kite...hope u dipermudahkan segalanya...

Lady Windsor said...

Amboi banyak lemak itu Zamrotun ya...hahaha..akak sempat ada 1 bibik untuk jaga arwah mak yg paralise masa tu. namanya Ana, rupa x macam indon. Kerja memang meletop, sangat exellent. Kira2 seminggu dia kerja, satu malam tu akak balik lambat sekitar jam 10, pintu x kunci, heran juga. tv bilik mak terpasang. cek almari baju, memang si Ana ni dah blah...nasib baik arwah mak ok dan tiada barang hilang. rupa-rupanya si Ana ni jenis perempuan gedik..x boleh duduk setempat dalam rumah yg suka kerja kedai makan, boleh cuit cubit dengan lelaki...

Zach's Momma said...

betullah, saya pun rasa bibik tu satu keperluan, walaupun makan hati jer sepanjang masa, tapi sekurang2nya saya ada banyak masa utk focus pada anak.
selagi x melampaui batas, kena banyak bersabar n pejam mata jer lah kot.. huhuhu..

Ina Hashim said...

salam,

I aggree with you.Kita perlukan mereka membantu kita manjaga anak...end up, kita yang merana jiwa dan raga dengan sikap mereka yang sangat suka menyusahkan majikan....entah kenapa sangat susah mencari bibik Indon yng dtg Msia dengan niat betul2 ikhlas mahu bekerja dan respek pada majikan

Anis said...

seronok baca entry put psl bibik2. family kitorg (my parents la actually) dulu xde bibik, start ambik bibik masa arwah mak long duduk dgn kitorg and dia x bbrp sihat. ambik bibik utk jaga dia.

SGT BYK KALI tukar bibik sbb arwah ni quite a difficult person to live with. ada bibik yg x reti buat apa langsung, yg reti tp kesian kena rogol masa dlm transit nk balik kampung/balik m'sia, yg pemalas and then lari, ada lg 2 yg saya pun x ingat much about them, then now the current bibik. arwah dh lama xde tp sbb mak prefer ada bibik (sbb dh biasa), mak teruskan with current bibik. w/pun degil tp rajin. pandai masak. org nya tua, dh 56 dh. dlm passport blm 50 pun. hehe.

nasib bibik ada, skarang dia la dok menjaga izz :)

iDa WiTh aLoNG said...

sakit kepala bila fikir tentang bibik kan..mcm saya pula baru 2minggu ambil bibik..dah buat hal..berlakon sakit katanya..bila di bawa ke klinik, doc ckp tak de sakit..tak sempat ambil ubat lagi dia lesap..huhu..

Mommy Gaban said...

Alamak..saya memang pangkah maid indon ni. Ntah le kenapa..sukar rasanya nak percayakan diorang jadi penjaga anak-anak. Saya lebih percaya pada taska berdaftar untuk jaga anak2 masa pergi bekerja. Dulu masa duduk berasingan dengan suami selama 3 tahun, ada ketikanya rasa macam perlukan bibik juga.. Emak saya dan mertua masing2 tinggal jauh. Masa tu, saya sebenarnya sangat letih nak uruskan 2 org anak yg masih kecil, tapi hati saya memang berat nak ambil bibik.. Saya percayakan naluri saya, jadi saya bertahan juga walaupun seksa.. Anak saya yg autistic saya hantar ke taska yg menerima anak2 istimewa..walaupun mahal tapi rasanya berbaloi asalkan anak saya selamat. Anak saya non-verbal..risau rasanya takut dia diapa-apakan dan dia tak mampu mengadu pada saya.