Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

21/12/2011

Azam yang dah 3 tahun dalam list..

... dan masih tak sampai-sampai!


Lope masih belum berjalan.

Budak pakai baju Come On England ini masih belum berjalan 
Ahad lepas saya ke UKM, attend perkongsian ilmu dengan orang-orang yang otai dalam mendidik anak-anak autistik. Sebenarnya, sebelum ni dah 2 kali saya terlepas majlis ilmu macam ni. Sebab saya bertukar no. phone, maka Kak Marina tak dapat nak contact -___- Lepas tu, dalam siri yang sama, sebelum ni pun memang dah ada sesi perkongsian ilmu ni. Semuanya atas usaha Dr. Hasnah Toran yang mengambil inisiatif untuk mendidik ibu bapa/penjaga kepada anak autistik.

Kenapa saya panggil mereka orang-orang otai
Sebab mereka dah lalui berbagai ragam, asam garam dan pahit masinnya nak besarkan anak autistik ni. 

Saya masih bertatih, masih banyak ingin dipelajari. Banyak sangat ilmu, pengalaman dan tips yang perlu dikutip dari mereka. Wajah-wajah ibubapa yang hadir pada hari tu hanya satu matlamat - mahukan yang terbaik untuk anak-anak autis mereka. Semasa mendengar Dr. Azlin dan 3 orang ibubapa yang berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak mereka, kerap juga mata saya bergenang. Sesungguhnya, masa depan untuk Lope masih jauh dan tersangat kabur.

Kebanyakkan anak-anak autis tidak mengalami Global Developmental Delay. Global bererti keseluruhan. Sebab itu Lope masih belum berjalan. Ditambah pula dengan masalah sensori, saya rasa masih jauh perjalanan untuk Lope. Saya sempat bertanya dengan Dr. Hasnah - juga seorang ibu kepada anak autistik. Sekarang ni, apa yang saya perlukan adalah tumpukan kepada masalah fizikalnya - biar Lope mampu berjalan dahulu then baru fokus kepada yang lain.

Inilah cabaran saya.

Inilah azam dari tahun 2008 lagi yang tak mampu saya lunaskan. Membantu, memaksa, mendesak dan memberikan tekanan kepada Lope untuk berjalan. Mungkin saya masih belum cukup 'rajin' memaksa Lope berlatih. Si anak sendiri pun, dengar aje saya sebut 'practise' terus buat badan penat. Terus menguap, mengantuk dan tergolek. Bila dipaksa, menangis dan merayu mendayu-dayu memanggil "mam-ma".

Okey, jiwa ibu jiwa lembut. Pantang dengar anak menangis, hati jadi cair. Makanya, sehingga ke hari ini Lope masih belum berjalan. Dahulu, janji saya menjelang hari lahir ke-5, Lope sudah boleh mengatur langkah sendiri. Makanya, suku tahun pertama 2012 saya dipenuhi dengan aktiviti Lope lagi. Tahun hadapan juga saya akan terus membawanya ke Gedangsa (Insya Allah).


Kalau ada masa, tengoklah video ini kepada sesiapa yang masih blur apa itu autism. Video ni penerangan paling ringkas mengenai autism dari kaca mata seorang kanak-kanak.



Tiap kali saya tengok video ni juga, saya sebak. Moga Allah permudahkan laluan saya membesarkan Lope dan Obiya di tahun 2012 kelak.


Till then, take care.

2 comments:

Pnut said...

Insya-Allah, mudah-mudahan Lope akan dapat berjalan dengan izin Allah Taala, doa kami untuk dia..

Suhaila Mohd Nasir said...

Assalamualaikum, Kak Put saya ibu kepada 2 org ank yg disahkan oleh Doktor pakar mengalami GDD. Doktor sahkan mereka bukan autisme spt yg saya sangka. Anak2 sudah boleh berjln,berlari,memanjat cuma komunikasi shj yg belum ada. No social interaction. Dr post akak ni GDD keadaan dia lebih berisiko dr autisme ke...nk tau...saya br daftar anak2 masuk pra sekolah pendidikan khas...mereka pun da ade kad OKU untuk memudahkan mereka belajar. Masih mentah lagi utk jadi supermom cam akak...ur blog always be my first revision...thanks 4 the info..