Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

27/12/2011

Peranan Obiya dalam kehidupan Lope


....sangat BESAR!


Hari demi hari, saya belajar banyak perkara baru. 

Salah satu yang sering saya ambil perhatian adalah menjadi ibu kepada Lope dan Obiya. Seperti dalam entri yang lepas, saya sering terkagum dengan pencapaian Obiya mempelajari sesuatu perkara. Terkagum kerana pada saya kononnya Obiya tu cepat belajar. 

Mungkin ya Obiya tu fast-learner.

Tapi, sebenarnya jauh disudut hati saya terkagum kerana saya bandingkan dia dengan Lope. Masya-Allah. Menjadi ibu kepada anak istimewa dan anak tipikal adalah berbeza. 360 darjah skala itu berpusing. Gelaran ibu yang saya perolehi setelah memperolehi Lope merupakan pengalaman yang terindah dan berbeza dari orang lain.

Hari ini juga, saya lihat satu scene yang terkesan di hati saya. Seperti biasanya, saya akan berehat bersama Lope dan Obiya di Lope's territory sambil menonton TV. Lope disebelah kanan saya, duduk dan babbling seperti biasanya dia manakala si adik sedang bermain sendirian.

Tiba-tiba, Obiya datang menghampiri Lope. Datangnya dia sambil 'berlakon' kononnya sedang berbual dengan Lope dalam bahasa "obiya-ism" (bahasa yang Obiya sorang sahaja yang faham). Si abang seperti biasanya dia. Tiada eye-contact, ibarat seperti tidak mendengar dan memandang ke arah lain. Tiba-tiba si adik yang sedang memegang 'tapak tangan purple' (mainan diaorang) menggerak-gerakkan tangan itu. Dari kiri ke kanan di depan muka Lope. Seperti biasanya tiada respon dari Lope. Saya jangkakan Obiya akan easily give up, tapi tersilap bila meneruskannya beberapa kali.

Ajaibnya, anak mata Lope mengikut 'tapak tangan purple' yang si adik buat. Saling tak ubah, seperti mata kucing yang comel dalam cubaan mahu menikus. Apabila Obiya yakin si abang menurutinya, dia menghampiri Lope dan memeluk bahu si abang yang sedang duduk. Bukan itu sahaja, apabila abangnya meronta enggan di peluk, dia semakin menguatkan pelukan sambil menyebut "hugs" dan seraya dengan itu juga, satu ciuman singgah di pipi abangnya. Selepaes itu, adiknya berlalu. 


Adik peluk abang walau abang buat dunno je 

Kagumnya saya dengan scene tadi. 


Saya yang menyaksikan scene "bermain bersama" itu dengan sebak. Lumrah menjadi seorang kanak-kanak adalah untuk bermain. Saya sentiasa mengagak,  Lope sebenarnya ingin turut sama bermain tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk bersosial, bergaul dengan adiknya dan bermain. Keinginan itu ada tetapi ibarat seperti ada batu yang besar menghalangnya dari melakukan semua itu.

Peranan Obiya dalam mempengaruhi Lope sangat besar. Memandangkan tahun hadapan Obiya akan mencecah usia 3 tahun, saya berhajat untuk menghantarnya ke playschool. Sesekali, hati saya tercuit juga kerana Lope akan ditinggalkan dirumah. Bukan saya tidak mahu menghantar Lope ke mana-mana rehab/sekolah, namun saya terpaksa mengkaji semula pemilihan lokasi, keperluan dan faktor kewangan kami yang agak kronik akhir-akhir ini. Sering saya terasa seperti menghantar Obiya ke playschool ibarat tidak berlaku adil kepada Lope :( Sering saya terasa seperti saya berat sebelah kerana melebihkan Obiya. Sering saya terasa, apabila saya hanya membawa Obiya keluar dan tidak membawanya bersama, tiap kali kami melepasi pintu utama rumah, tatkala itu juga mata Lope merenung ke arah kami. Apa sebenarnya di dalam hati Lope?

Seringkali juga, selepas saya hilang disebalik pintu, menurut Bibik, hanya perkataan "mam-ma" sahaja yang terkeluar. Dia tidak menangis. Rasa bersalah itu sering menghambat saya dan kerana itu juga saya mengurangkan aktiviti saya akhir-akhir ini. Tiada lagi dating berdua-duaan dengan Encik Bubu (kalau ada pun movie date aje, itupun keluar setakat ke Alamanda yang tak sampai 10 minit dari rumah kami dan midnite show only) dan tiada lagi keluar bersama Semesta Sisters chasing the rock star (opps!). Semuanya kerana saya dihambat dengan rasa bersalah sepasang mata Lope merenung saya keluar tanpanya. Atas faktor ini juga, saya delaykan kemasukan Obiya ke playschool. Jika Obiya ke playschool, Lope akan sendirian di rumah. Saya masih dan akan cuba usahakan mencari tempat untuk Lope terlebih dahulu. Setidak-tidaknya sehingga bulan Julai tahun hadapan. Sementelah pula, waktu itu Bibik pun dah habis kontrak. 

Till then, take care.

1 comment:

Annie Han Yeon Rin said...

Put,

Itu yang akak hadapi ketika daniel kecil dulu. Dilema mencari tempat yang terbaik untuk dia disamping kena 'mengira' faktor kewangan dan jauh jarak dari kediamanan.

Kak sha dulu selalu berdoa agar ada tempat yang sudi menerima daniel. Put cuba add kawan kak sha ni di FB - http://www.facebook.com/profile.php?id=808867961

dan sahabat kak sha masa di UPM

http://www.facebook.com/profile.php?id=1706511822

Insyallah mungkin mereka berdua dapat membantu. Maya ada anak istimewa. Mungkin dia tau mana sekolah yang bersesuaian untuk Lope while Ziana@Alley seorang autism therapist. Mungkin dia dapat beri apa-apa nasihat yang berguna..

Cubalah ^_^