Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/11/2011

Umami Steamboat Buffet Restaurant

Bagi saya, makan adalah sesuatu yang penting. Saya juga beruntung, kerana EnCik Bubu juga mempunyai kegemaran yang sama dengan saya iaitu makan :P Bagi kami berdua, sebolehnya kalau inginkan family outing, jika tidak disertakan dengan aktiviti makan dan makan maka ianya tidak sah untuk saya dan anak-anak. Kalau sebelum ini pelbagai restoran telah kami jelajah, kali ini tibalah giliran kami makan di Umami Steamboat Buffet Restaurant.


Sejak dahulu, memang saya gemar dengan steamboat tak pun yong tau fu. Apabila Becky mengajak saya bertandang ke Umami Stemboat Buffet Restaurant yang terletak berhampiran dengan Sunway Phyramid, saya tak mengambil masa yang panjang untuk menjawab untuk datang. Lokasinya sangat mudah untuk dicari. Apabila sampai sahaja, ruang luas restoran ini benar-benar mengambit kedatangan kami dengan suasana ceria dan bertenaga.

Memandangkan saya tiba agak lewat, saya tak tunggu lama untuk mencuba makan-makan disini. Dah namanya restoran steamboat kan, maka seleksi makanan laut dan pilihan yang berbagai untuk steamboat sangatlah banyak!









Saya dengan mudahnya terus jadi rambang mata! Saya tak tahu apa yang nak ambil. Di meja kami sendiri telah terhidang ini :P




Huhuhuhu! Saya suka terutamanya dengan makanan laut yang segar-segar. Seperti kelazimannya, kita boleh memilih sup untuk steamboat dan saya memilih sup herba. Selain steamboat, saya juga boleh memilih banyak makanan lain yang disediakan seperti Kuew Teow Goreng, Salad, kuih muih, nasi goreng dan sebagainya. 




Chicken wings Umami adalah sesuatu yang sangat-sangat lazat. Saya rasa, chicken wings Umami lebih sedap berbanding dengan mana-mana chicken wings yang saya beli di kedai pizza.



Keseluruhannya, Umami Steamboat Restaurant sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dari pelbagai lapisan usia. Suasana restoran yang luas dan dengan seleksi makanan yang pelbagai mampu memenuhi citarasa dan selera ramai. Umami Steamboat Restaurant juga menyediakan kemudahan wi-fi dan dengan kadar harga yang sangat berpatutan, tak rugi sekiranya anda datang mencuba makan disini. Cubalah. Sedap!

Alamat:
Umami Steamboat Restaurant
12A (Ground Floor), Jalan PJS8/17, Dataran Mentari,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Telefon:
03-56222663

Website:
http://www.umamisteamboat.com

Facebook:


Twitter:
umami_MY


Waktu Beroperasi:
Isnin - Jumaat : 11.00 pagi - 12.00 tengah malam
Sabtu - Ahad : 5.00 petang - 12.00 tengah malam


Harga:
Dewasa RM26.80+ termasuk minuman
Kanak-kanak (<130cm) RM13.40+ termasuk minuman


Nak gambaran lebih jelas, jom tengok video ini:


 

 Selamat mencuba!

Kami yang kekenyangan di hari kejadian ;-)

2 comments:

alyyani said...

wow, menarik nye! yg tgk ni pun dah terliur!

jUliANa^sAlLeh said...

dekat umah saye!!!!! :) ngeheheehe