Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/11/2011

Terima Kasih Norul Izza bt Salahudin!

Semalam sebab sampai rumah sebelum jam 7 petang, maka sempatlah nak layan Tentang Dhia kat TV3 dengan anak-anak. Encik Bubu pula balik lewat dan tak dinner kat rumah, jadi dapur pun tak berasap semalam. Sambil tu, saya tak habis-habis main dengan si Lope dan adakalanya Obiya datang ajak tengok kartun. Tiba-tiba saya tengok lengan Lope dah jadi macam ni.



Terus saya rasa macam nak menangis. Untuk pengetahuan orang yang tak tahu, Lope memang ada masalah eczema yang agak teruk. Sama macam dalam entri saya kat sini dulu. Sebelum ni, Lope suka menggaru di pipinya, maka pipilah yang naik rashes teruk. Bukan itu sahaja, Lope akan menggaru sampai ada masanya dia luka barulah dia berhenti. Maka, semalam juga saya dah membuat pesanan dengan supplier Egyptian Magic Cream (EMC)  yang sebelum ini terbukti berkesan ke atas kulit Lope. Malangnya, minggu depan barulah sampai cream tu. 

So, semalam juga saya bertanyakan pada Nurul, kot-kot dia ada stock EMC sebab dialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya pada EMC ni. Sayangnya, dia cakap dia sendiri dah habis stock, maka Lope terpaksalah menunggu lagi. Tapi, pukul 10 pagi tadi dia datang ke bilik saya dengan membawa ni!




Alhamdulillah! Melompat saya gembira sebab tengok EMC dalam size 10ml ni. Nurul cakap, dia tak perasan cream ni ada kat dalam drawer dia kat office. Dia selalu stand-by cream ni. Saya rasa macam nak sujud syukur je dapat cream ni. Memang berhutang budi besar sangat pada Nurul. Terima kasih Nurul. Segan sebenarnya nak terima sebab Nurul tanak terima sebarang bayaran. Next time, kena bawa Nurul pegi makan-makan ni :p

Sebelum ini, bila saya menggunakan EMC ke atas Lope, kulitnya yang kering dan sedikit terluka serta ruam (macam dalam entri ini)  tak adalah terus sembuh terus, tetapi ianya berkesan apabila kulit Lope bertukar menjadi pink dan digantikan dengan kulit muda (kulit baru). Sebelum menggunakan EMC juga, dah banyak saya cuba cream. Bukan itu sahaja, mandian, susu semuanya dah banyak saya bertukar, namun dengan EMC, Lope boleh minum susu apa sahaja & mandian pun tak perlu la pakai mandian yang mahal-mahal untuk kulit tu :P

Sekali lagi, terima kasih Nurol Izza bt Salahudin sebab tolong kita dapatkan cream ni. Kalau ada sesiapa yang ada masalah dengan kulit, saya sangat recommend cream ni. 


4 comments:

iDa WiTh aLoNG said...

Ya Allah..sembuhkanlah penyakit anak kecil yang encem ini..amin..

Makbed said...

ok. timakasih atas info yee..

Noina said...

Ina rasa kan put..better lepas ni cream ni sentiasa ada dalam stok put..kesian tgk Lope.nasib baik kan kawan ada simpan yang kecik.. :) Sure kena belanja makan lepas nih..hehehe

Mama Likha said...

alhamdulillah... mmg magic.... maknanya put dah ada satu sumber yg mana boleh merawat kulit lope... make sure jgn putus cream tu yer put...