Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/11/2011

"Maaf, saya tak hadir"

Sebenarnya entry ini telah dipost semalam. Selepas itu, saya unpublished. Saya bimbang jika ada yang salah faham dengan entry ini. Tetapi, selepas saya fikir, baik saya post semula. 


Memandangkan sekarang ini adalah musim orang kawin, maka nak bercerita sket pasal ni. Di harapkan dengan entri ini, tiada mana-mana pihak yang tersinggung dan berkecil hati. Saya suka dengan majlis kahwin, well perempuan ada ke tak suka majlis kahwin? Bila pegi majlis kawin, nak tengok pengantinnya, pelaminnya, hantarannya dan fooods! :P

Setiap kali hujung minggu, sejak akhir-akhir ini, ada-ada sahaja jemputan yang saya terima. Jemputan kahwin, jemputan sambutan hari lahir mahupun jemputan tahlil atau doa selamat. Dalam banyak-banyak jemputan yang saya terima, saya memang agak 'memilih' sedikit untuk hadir setiap majlis apabila ianya melibatkan "jemputan seisi keluarga". Bukan saya kerek akan hadir ke majlis yang best-best aje, tetapi saya 'terpaksa' menjadi 'memilih' dan 'cerewet'.

Kalau orang nak kata saya anti sosial, kurang bergaul atau kera sumbang sekalipun, saya tahu saya tak boleh memenuhi permintaan dan hajat setiap orang. Tak kiralah jemputan dari keluarga sendiri, keluarga sebelah Encik Bubu, kawan saya sendiri atau kawan Encik Bubu pun, jika tidak sesuai, saya terpaksa mengatakan tidak. Selalunya, majlis yang saya hadiri adalah majlis yang berada di dalam radar saya (Putrajaya dan sekitar). Kebanyakkan majlis di luar Putrajaya adalah majlis saudara-mara atau family superkids sahaja yang saya penuhi. Superkids family kerana kami bertutur dan melihat serta merasa dalam bahasa yang sama. 


Mungkin ada yang rasa saya kerek, kenapa saya memilih untuk hadir ke majlis atau memenuhi jemputan yang dipanjangkan. Secara jujurnya, sejak akhir-akhir ini saya kurang gemar menghadiri majlis atau jemputan yang tidak melibatkan anak-anak terutamanya di hujung minggu. Bagi saya, hujung minggu adalah waktu yang sangat sesuai untuk saya penuhi dengan mereka. Kalau teman-teman yang berkahwin, selalunya jemputan itu akan dipenuhi dengan kehadiran saya dan Encik Bubu ataupun kami berdua dan Obiya. Apabila saya datang bertiga, soalan yang sering saya dengar macam ni.

Scene 1
Orang bertanya: Anak sorang je ke?
Saya menjawab: Eh, tak. Anak dua. Sorang lagi lelaki, tinggal kat rumah.
Orang bertanya: Kenapa tak bawa sama?
Saya menjawab: Oh, susah sket bawak dia datang. 

atau pun, soalan begini.

Scene 2
Orang bertanya: Kenapa tak bawak Lope skali?
Saya menjawab: Oh, susah sket kalau Idris datang.
Orang bertanya: Kesian dia kena tinggal.

Saya? -___-"

Ada 3 sebab utama kenapa saya tak bawa Lope ke dalam majlis-majlis kenduri/tahlil yang diadakan di rumah/dewan. 


#1: Lope yang masih belum berjalan sendiri
Apabila saya membawa Lope keluar bersama saya, saya perlu fikirkan keperluan Lope. Mungkin orang tak tahu bagaimana caranya untuk membawa Lope bersama-sama saya. Lope kini berusia hampir 5 tahun dan mempunyai berat badan mencecah hampir 16kg. Dalam keadaan yang masih belum boleh berjalan dan belum boleh duduk tanpa pengawasan, Lope memerlukan seseorang untuk mendukungnya dan mengawasinya. Untuk pengetahuan, hanya saya dan Bibik sahaja yang bergilir-gilir mendukung dan mengawasi Lope dan dalam pada masa yang sama juga, perlu mengawasi Obiya yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan ingin mencuba (read:nakal).


#2 : Lope sensitif kepada keadaan sekeliling
Mendukung Lope dari rumah dan ke kereta kemudiannya ke tempat kenduri/keramaian. Kalau ke rumah saudara mara yang terdekat dengan saya, tidak mengapa kerana mereka memahami. Saya tanpa segan silu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dan biarkan Lope lepak dalam rumah sahaja. Mereka juga memahami keadaan Lope. Kalau majlis berkenaan diadakan dirumah teman-teman, bagaimana? Perlukah saya menolak Lope di atas stroller di sepanjang majlis? Jika meletakkan dia di atas kerusi banquet juga, keselamatan Lope tidak terjamin kerana Lope bukanlah anak patung yang tidak tahu bergerak. 


#3 : Faktor cuaca 
Sekiranya cuaca panas, Lope tidak betah menahan. Apabila berpeluh, Lope akan menggarunya sehingga luka. Setiap kali Lope menggaru sehingga kulitnya luka, hanya Allah yang tahu betapa pedihnya hati saya merasainya. Lope sukar merasai kesakitan kesan dari luka yang digarunya, selagi dia tidak merasai kesakitannya, maka dia tidak akan berhenti. Selagi itu akan digarunya. Untuk mencegah daripada ianya terus berlaku, saya memilih tempat yang 'sejuk' untuk Lope. 

3 sebab inilah yang memberi kekangan kepada saya untuk memenuhi jemputan ke majlis keramaian. Saya sebolehnya tak nak hadir ke majlis keramaian tanpa anak-anak. Saya tak nak disebabkan Lope susah untuk dibawa ke majlis keramaian, saya tinggalkan dia dirumah. Saya tak mahu menyisihkan Lope dari aktiviti saya. Sama ada tinggal di rumah bersama Lope atau dia diangkut bersama. Tapi, macam saya cakap kat atas tadilah - 3 perkara tu adalah masalahnya. Kalau dekat-dekat, boleh lagi saya tinggalkan sekejap, itu pun dah 2-3 jam juga. Saya sedaya upaya memenuhi setiap jemputan yang dipanjangkan. Selagi boleh, saya cuba penuhinya tetapi sekiranya saya tidak hadir, jangan ada yang berkecil hati. Iringan doa tetap saya panjatkan buat saudara mara dan sahabat taulan yang menjemput agar dimurahkan rezeki selalu.

Salah satu scene Lope di rumah sepupu saya. 
Ini rumah sepupu, tak delah segan sangat nak biarkan Lope terguling pun :P



Kalau setakat Obiya sorang bukanlah alasan untuk saya tidak memenuhi jemputan teman taulan.




Sebab menjaga kebajikan budak yang duduk macam boss ni la, saya menghadapi sedikit kekangan untuk  bersosial. Ini bukanlah satu keluhan, cuma mengharapkan pengertian teman taulan. Sebolehnya, saya memenuhi setiap jemputan, jangan serik menjemput saya ke mana-mana majlis keraian yang korang buat. Mungkin kekangan ini tidak akan begitu besar sekiranya Lope mampu mengatur langkah sendiri dan memahami arahan serta merasai kesakitan. Semoga Allah mempermudahkan jalan saya membesarkan Lope dengan caranya yang tersendiri.

 Majlis menyambut menantu Airol & Susue yang saya attend tadi di Sungai Ramal :-)

Ini mesej kami pada pengantin. Tengok Encik Bubu tulis 'Have Fun' :p

4 comments:

ida khairani said...

Semoga tabah. Betullah la tu, our kids come first. Kalau rasa bagus utk dia, proceed. Kalau tak, tak apalah. Dont bother about others.

jie said...

kisses and hugs for lope and obiya. diaorang super comel la ;)

mimie.. said...

its okey sis..kuatkan semangat..Allah sentiasa ada untuk tol0ng insan dia..lebih2 lagi sis ada ank istmewa spt lope.. ^_^

Mama Likha said...

zte jmput put dtg....... bawak lope yer put... lope ensem sgt ! obiya pun comel.. geram !