Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/11/2011

Lope kena bedung

ingat baby je boleh kena bedung? :p

Satu habit Lope yang susah saya nak hentikan pada satu-satu masa adalah dia suka menggaru. Dalam satu-satu masa, ada saja tempat yang dia nak garukan - kat kepala, telinga, lengan dan macam-macam lah. Ditambah pula dengan eczema, maka Lope memang asyik tergaru sana sini. Tak bagusnya Lope menggaru sebab dia akan menggaru dan ada kalanya dia cuma akan berhenti garu apabila dia dah luka. Sobs!

Kalau nak tahu juga, tabiat ini adalah salah satu ciri autistik yang mana dia akan berulang kali melakukan perkara yang sama. Salah satu cara untuk saya buat Lope lupa seketika dengan aktivitinya adalah dengan mengalihkan perhatiannya kepada sesuatu yang lain. Salah satunya adalah dengan membedung Lope. Tapi, nak bedung budak besar bukanlah satu perkara yang senang. Kena bedung dengan selimut besar :P


video

Ini adalah rakaman sewaktu sedang membedung Lope. Mohon diabaikan suara Obiya yang menangis sebab dia sibuk nak pegang handphone nak tengok kartun. Kalau diperhatikan, sewaktu dibedung, Lope sedaya upaya cuba alihkan perhatian nak menggarunya. Lihat hidungnya yang kembang kempis, lihat dia menggeleng kepelanya berulang kali. Paling comel dalam video ni sebab Lope 'bercakap' banyak. Sesi membedung ni tak sampai pun 10 minit, sebab Lope dah kepanasan. Waktu saya buka kain bedung ni, dia dah berpeluh dah. Sebaik saja bedung dibuka juga, dia ketawa dan bergolek-golek dengan laju. Korang faham ke apa Mama Lope tulis ni? :P

Ok, itu aje untuk entry ni. 

1 comment:

ICAZIESYIRA said...

lope, jom aunty tolong call teledera. hehe