Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/11/2011

Lope disampuk makhluk halus?

Walallahuaklam.

Saya tak tahu dan hanya Allah sahaja yang tahu. Hujung minggu saya yang panjang hanya dihabiskan di rumah sahaja kerana saya benar-benar bimbang dengan keadaan Lope. Memandangkan my.little.secret adalah diari kehidupan seorang mama, maka saya ingin berkongsi cerita ini.

24/11/2011 (Khamis)

Saya bekerja separuh hari kerana perlu membawa Lope ke Hospital Putrajaya bagi menghadiri sesi Terapi Carakerja. Sudah 2 kali temujanji sebelum ini kami tidak hadir kerana Encik Bubu, Obiya dan saya sendiri yang terkena demam denggi. Maka, temujanji kali ini memang patut kami hadir. Sepanjang sesi terapi carakerja, seperti yang sudah saya jangkakan Lope langsung tidak memberi kerjasama. Mungkin gap yang panjang membuatkan dia malas untuk bekerja.

Tengah tunggu turn @ occupational therapy.

Sepanjang terapi, dia buat perangai tak nak kasi kerjasama
Selesai terapi, saya membawanya ke Jusco Equine Park untuk membeli beberapa barang keperluan dan jumpa si Aly kat sana. Sebab jumpa dalam masa yang singkat, kami sempat say hye-hye macam tu je :') Waktu itu semuanya elok bagi Lope. Selepas keluar dari Jusco, saya singgah di Pasar Borong Selangor. Saya agak, itulah silapnya saya dan Encik Bubu kerana singgah pada waktu yang salah - waktu maghrib.

Bermula dari saya turun dan kembali semula ke kereta, Bibik cakap Lope tak henti menangis memanggil nama mama. Saya tengok jam 7.20pm, maybe Lope lapar kot sebab waktu makan malamnya sekitar jam 6.30pm-7.00pm. Maka, sepanjang perjalanan pulang juga Lope menangis tanpa henti. Peliknya apabila tiba di rumah, Lope tidak ingin makan juga minum susu.

Muka gelisah dan sangat garang :-(
Keadaannya berterusan menangis dan menangis. Bermacam ayat yang saya bacakan, namun tidak juga reda. Berpuluh kali ayat kursi itu saya bacakan, redanya cuma seketika. Namun, setelah 3 jam menangis dan merengek, saya pasangkan CD bacaan al-quran. Selepas itu tangisnya makin reda, kemudian diam. Namun, masih belum mampu untuk lena. Apabila susu diberi, dia menangis kemarahan. Maka, saya biarkan dia sendiri melayan perasaan. Hampir sejam dia sendirian, jam 11.30pm Lope terlena. Mungkin penat kerana menangis tanpa henti.

Saya sangkakan itu sudah berakhir, namun ternyata silap kerana jam 3.00am Lope bangun lagi dan menangis kembali. Susu tidak mahu, dodoi tidak mahu. Semuanya tidak kena namun Lope seperti menangis ketakutan dan ada kalanya seperti menanggung kesakitan. Saya sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan. Sambil mendodoikannya, saya membaca surah-surah yang saya tahu juga ayat kursi serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Penat menangis, Lope kembali lena jam 6.30am. 

25/11/2011 (Jumaat)

Lena Lope pada jam 6.30am itu tidak panjang kerana 40 minit kemudian dia terjaga dan menangis lagi. Perkataan pertama yang muncul dari mulutnya apabila mata dibuka adalah "mam-ma". Saya yang sedang bersiap untuk ke pejabat tak sampai hati rasanya. Saya pangku Lope, badannya terasa ringan. Saya teliti wajahnya, matanya dah ada eye bags dan dagunya runcing. Ini bukan sesuatu yang baik untuk Lope.

Dalam hati, pelbagai andaian yang saya buat. 

Lope kena sampuk dengan hantu/jin (nauzubillah)

Lope sebenarnya sakit kat mana-mana tapi tak tahu nak cakap (kesiannya)

Lope sengaja buat perangai sebab nak pandai cakap (amin!)

Sebelum saya jump into conclusion cakap Lope ni kena sampuk atau terkena dengan benda-benda yang tak nampak dengan mata kasar ni, saya rasa lebih baik saya bawa dia berjumpa doktor terlebih dahulu. Manalah tahu, kot-kot dia sebenarnya sakit tekak ke, badan panas kat dalam ke or apa-apa je lah. Sebab lately, asma Lope memang agak teruk, so manalah tahu kot-kot sebab ventolin ke dia bermasalah tak selesa dengan badannya. Semuanya andaian saya sahaja.

Muka tak larat sebab semalaman tak tidur. Muka dah cengkung. Tak dengar pun gelak-gelak dia :-(
Bila berjumpa doktor, everything is perfect. Tak demam, tak batuk, tak selsema dan tak de apa-apa masalah pun dengan anak tekak atau apa-apa sahaja yang buatkan dia tak nak makan. Sebagai ibu, saya tahu something is wrong with him. Tapi, saya sendiri pun tak tahu apa yang tak kenanya Lope. 

Memandangkan saya dah habis cuti rehat (yer, saya dah takde cuti rehat sampai 31 Disember 2011 - ayat orang tension)  maka, saya perlu ke pejabat juga selepas rehat solat jumaat. Memang saya berat hati nak tinggalkan Lope dalam keadaan yang merengek dan menangis tanpa henti juga tanpa alasannya. Lope akan sedikit lega bila dipangku dan dipeluk tak kiralah oleh mama atau pun bibik. 

Saya juga membaca semula komen-komen di Facebook saya mengenai perihal kena sampuk ni, bermacam-macam nasihat dan ayat yang dikongsikan bersama saya. Sesungguhnya, saya berterima kasih sangat dengan sahabat/saudara mara yang prihatin. Ada juga yang mesej saya. So, macam mana saya tak leh hidup tanpa Facebook? :P Kan? Kan?




Sebabkan terpaksa, maka saya ambil keputusan untuk mandikan Lope dengan ayat-ayat yang seperti Megat Amirul cadangkan. Maka, saya pun membaca dengan penuh ikhlas, rendah diri dan sangat-sangat memohon dengan Allah, agar dihindarkan segala ketidak selesaan pada Lope. Saya membaca al-fatihah (1 kali), 3 qul dan ayat kursi (9 kali). Sewaktu saya membacanya, Lope memang menangis dan merengek. Tetapi, alhamdulillah dengan izin Allah, selesai saya membaca 9 kali ayat kursi itu, Lope diam dan tidak menangis. Mungkin juga dia sudah kepenatan kerana asyik menangis. Namun saya percaya, semuanya atas kehendak Allah.

Maka, saya bertolak ke pejabat. Bimbang andai Lope 'buat perangai' lagi, maka saya terpaksa membawa Obiya ke pejabat bersama. Nasib saya baik sebab saya punya immediate boss memang bercuti. Obiya bukan main happy lagi nak ke pejabat mama sebab dia tahu, kat depan lif tu ada mesin jual air dan dia boleh pow mama beli air. LOLS!

Bila masuk ke office, ada meeting tergempar pulak dengan boss besar. Aigo. Mahu atau tak, saya terpaksa menyusahkan Fahi untuk tengok Obiya kejap di bilik saya. Saya dah pesan padanya tips yang boleh buatkan Obiya duduk diam. Alhamdulillah, sepanjang meeting selama 1 jam 30 minit itu, Obiya behave dan tak buat bising. Bimbang sungguh kot-kot dia meraung dan melalak cari mama :P

Obiya kat office Mama. Tengok la macam mana Mok Ya jaga dengan bagusnya sampai tak menangis sebab diumpankan dengan kartun :P juga, itulah Tropicana Twister yang Obiya pow dari mama sebelum naik lif :-)
Bila saya menghubungi Bibik pada jam 5 petang bertanyakan mengenai Lope, saya bersyukur kerana Bibik cakap "Lope okey saja lepas puan pergi. golek-golek kemudian dia tidur. tadi saya suapkan dia makan, kira lumayanlah dia makan. tak ada menangis pun" Dalam hati, saya teramatlah lega. Tetapi, apabila saya pulang ke rumah hampir maghrib, rupanya keadaan yang Bibik cakap tadi tu tak berpanjangan kerana telinga dan mata saya disajikan dengan aksi menangis dan merengek Lope yang tidak henti.

Sambil menunggu maghrib, saya amalkan sekali lagi bacaan surah dan ayat yang saya buat tengahari tadi dan alhamdulillah dengan izin Allah sekali lagi Lope tenang. Tidak menangis. Tidak merengek. Saya sangat lega. Sebelum dia tidur malam itu, saya hanya perlu menepuk-nepuk dia sahaja dan Lope tidur.

Mungkin terlalu awal untuk saya katakan Lope dah kembali kepada keadaan normalnya kerana malam itu juga Lope menangis non-stop dari jam 12.30 malam sampai ke 3.30 pagi!! Waktu itu, saya sendiri menangis. Segala surah, ayat-ayat yang perlu saya baca dah saya bacakan untuknya, Lope saya pangku sendiri dan saya masih gagal menenangkan dia. Saya tidak tahu apa yang dirasanya. Sakit atau tidak selesa. Apa juga yang mengganggu Lope memang saya meresahkan saya. Lope terlena hampir jam 4.00 pagi. 

26/11/2011

Jam 7 pagi lagi sudah saya hubungi Nyah, abang saya bertanyakan macam mana nak bawa Lope ke Darul Syifa'. Kalau doktor dah cakap tak ada apa-apa, mungkin ada sesuatu yang tidak kita nampak dengan mata kasar. Jam 8.30 pagi, saya sekeluarga dah terpacak di Darul Syifa' Bangi. Dapat no. giliran #61. Nasib baik Darul Syifa' Bangi sangat selesa dengan ada aircond bagai. Tapi, Lope yang merengek masih tak mampu saya tenangkan. Mungkin kerana tangisan Lope mengganggu orang lain, Ustazah yang mendahulukan nama Lope.

Kami bertemu dengan seorang ustaz. Saya tidak bertanyakan namanya (bagusnya mama Lope!!) dan Ustaz sendiri pada mulanya dia bertanya "anak ni OK ke?" sambil memandang dengan pandangan agak hairan kepada Lope. Saya menjawab "saya agak dia kena 'tegur' la Ustaz" tapi, mukanya masih lagi kehairanan. "oh, dia memang tak boleh berjalan lagi, dia autisma dan lewat perkembangan. walau dah nak masuk 5 tahun, masih lagi macam baby" Okey, pandangan mata itu saya faham. Itu adalah jawapan standard yang dah saya sering jawab untuk menjawab pandangan mata orang-orang yang kehairanan tentang Lope.

Selepas itu, Ustaz membacakan ayat-ayat yang sepatutnya dibaca dan Lope menangis macam kesakitan. Sewaktu Ustaz memegang kepala dan ubun-ubun dan kemudiannya tulang belakangnya, Lope menangis seperti dipukul dan meronta-ronta atas pangkuan saya. Selepas Ustaz selesai, saya bertanya padanya. "ada apa-apa ke Ustaz?" Dan seperti yang saya jangka, tiada jawapan untuk soalan saya itu. "Takpelah. Nanti balik, try kasi dia minum, mandi dan spray sekeliling rumah pada waktu azan maghrib. Kita cuma nak jaga rumah kita sahaja. Kalau keadaan tak reda juga, datang semula sini selepas 3 hari"

Kami pulang. Dalam kereta, saya pegang badan Lope panas sangat. Dia pun masih menangis dan merengek tanpa henti. Bila sampai dirumah, saya terpaksa 'paksa' Lope makan dan kemudiannya saya berikan air penawar tadi. Alhamdulillah, walau tidaklah seperti biasa, tangis dan rengekannya dah boleh dipujuk. Setelah didodoi, dia tidur. Sebab 2 malam dah tak tidur lena, muka Lope sedikit cengkung. 

Sepanjang hari, begitulah Lope. Menangis, merengek dan minta dipangku. Obiya sendiri faham dengan situasi Lope dan bercakap pun dah bisik-bisik dengan mama sebab tahu Lope sedang tidur (sebab tiru mama cakap bisik-bisik dengan Bibik). Malamnya, sekali lagi Lope tidur lena dan tidak. Maka, saya sendiri begitulah. Lena dan tidak menemankan Lope. Petang itu, Wan Teh dan anak-anak datang pun dia tak endahkan sedangkan selama ini Abang Irfan (anak Wan Teh yang sulung) la pujaan hatinya.

27/11/2011

Sepatutnya hari ini saya ke Janda Baik menghadiri majlis perkahwinan Dura dengan Obiya. Sebelum ni, perancangannya saya akan ke sana dengan kawan-kawan sepejabat. Memandangkan keadaan Lope yang sekejap OK dan sekejap tidak. Saya tak tahu sama ada Lope ni dah perangai sendiri atau memang 'ada sesuatu padanya'. 

Sepanjang hari, saya observe sahaja. Ada masanya, saya sengaja biarkan dia sendiri dan menegah Bibik menghampirinya. Bimbang sebab dia tahu bila dia nangis sket, Mama atau Bibik akan datang pujuk. Nanti naik lemak pulak. Tetapi, menjelang malam walaupun Lope menangis, saya rasa dia dah kembali kepada Lope yang dahulu. Sebab malamnya, tiada lagi tangis dan rengekan manja minta mama pangku, juga tiada lagi tiba-tiba menangis tak henti selama 3 jam.

Lope @ 29/11/2011 - after having  his early breakfast at 7.30am!
Itulah cerita hujung minggu yang panjang saya. Entri ini sendiri mengambil masa 2 hari untuk disiapkan :P Semoga tak ada lagi perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Tak nak lagi kalau boleh mendengar Lope menangis dan saya sebagai mamanya hanya mampu menggosok dan melihat dia menangis tanpa mampu mengurangkan kesakitan, ketidak selesaan dan membiarkan dia merasainya sendirian.

Moral of the story untuk diri sendiri, inilah kenapa orang tua-tua tak bagi budak kecik berada kat luar rumah pada waktu maghrib yang mana waktu itu adalah pertukaran syift syaitan laknatuallah. Maka, sama-samalah kita beringat lepas ni.

My fave. picture - saling berpandangan. 
Thanks for reading this LONG entry. :')

p/s: perasan tak kulit muka Lope kembali gebu gebas? :')

8 comments:

Anis said...

salam put. baby saya pun penah alami episod mcm ni. tp alhamdulillah hanya 2 mlm je. xde berlarutan lama sgt. ni kes raya sakan smpi balik rumah dh almost midnight. pegi ikut atok & neneknye beraya. anyway, kwn2 saya cadangkan saya pasangkan ayat2 ruqyah dlm bilik, loop dr sblm maghrib smpi la the next morning (skali play dlm 1 jam punye recording). alhamdulillah mmg xde kes dh lps tu. skarang ni kami mmg xde nk bwk baby kluar time maghrib/balik terlalu lewat.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

alhamdulilah semuanya kembali kepada normal..

Marina Ariff said...

Alhamdulillah.....satu peringatan juga utk kita yg dewasa ni supaya tidak mengambil ringan pesanan org tua2 pasal keluar waktu senja ni....tapi kalau dah terpaksa jg berada di luar, bacalah ayatul Qursi sentiasa.

illa said...

salam put....saya doakan lope cepat sembuh...banyak2 kan bersabar k.

nuyin2u said...

alhamdulillah..dah ok...kagum..gigihnya mama taip entri ni 2 hari..;)

Noina said...

Alhamdulillah..hurm..peringatan untuk ina jugak put.. :) Skrg ni ina dah standby CD ayat2 Ruqyah dengan Zikir2 dalam kete..:)Tak nak jadi macam dulu lagi..huhu...

fawwaznuha said...

alhamdulillah lope dh ok...
entri ni sbg peringatan untuk semua mommy2 semoga lbh alert hal2 gini..
btw sy nk tanya..contest yang sis anjurkan tu pe perkembangannya ye? =)

Mommy Gaban said...

Salam Put..saya dah lama jadi silent reader awak..tapi kali ni nak komen juga. :)Anak sulung saya pernah kena sampuk semasa dia baru berusia setahun lebih. Ceritanya, saya baru bertukar kerja kat tempat baru. Kampus tmpt saya mengajar terletak dlm taman pertanian (sebelah hutan simpan). Siang hari itu saya bawa student saya ke hutan simpan tu untuk ambil gambar landscape sbb diorang nak buat painting tema landscape. Tak masuk jauh pun ke dalam, cuma dekat luar2 saja. tapi sapa tahu, rupanya ada 'benda' ikut saya balik.

Anak menangis 3 malam. Malam ke-4 pergi jumpa ustaz katanya 'seorang nenek tua' ikut saya balik dan orang tua biasalah..suka budak kecik. Bila dengar tu, tiba2 teringat mlm ke-3 tu masa dia tengah menangis2, anak saya menunjuk ke arah pintu bilik sambil menyebut "nenek"..ingatkan dia cakap kat nenek dia (kebetulan ada datang ke rumah) rupanya 'nenek' yang tak dapat lihat dgn mata kasar...nauzubillah. Lepas tu saya sentiasa standby selit satu botol kecil lada hitam dan garam dalam kereta (mengikut nasihat ustaz tu, sbb tempat kerja saya tu rupanya agak keras). Alhamdulillah..tak penah berulang lagi.