Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

10/11/2011

Apabila Obiya pula demam denggi...

Setelah seminggu diam tanpa berita, baru hari ni mampu nak bercerita mengapa diam selama seminggu. Sebelum ini, saya sempat bercerita dalam entri Bila Encik Bubu Sakit , rupanya episod sakit-sakit kami sekeluarga tak habis disitu. Episod sakit diteruskan dengan Obiya pada 30 Oktober 2011. Sebelum saya bergerak ke pejabat pada pagi Jumaat itu, saya dapati badan Obiya panas secara mengejut. Hairan jugak sebab selalunya kalau budak-budak nak demam dia akan selsema ke, batuk ke dulu, barulah dia demam.

Khuatir dengan keadaannya, Obiya dipaksa makan ubat demam pada jam 7 pagi dan berpesan pada Bibik minta diawasi keadaan Obiya dengan teliti. Dalam berat hati, saya ke pejabat juga. 2 jam kemudian, apabila saya menghubungi rumah, Bibik cakap panas badan Obiya menurun, tapi Obiya tak aktif seperti biasanya dia. Saya berasa sedikit lega, tetapi saya rasa suhu badannya menurun disebabkan ubat demam yang diberikan sebelum ini. Saya minta Bibik awasi lagi suhu badan Obiya sebab saya yakin selepas 2 jam (read: habis je kesan ubat) ke atas badannya, suhu badan dia akan panas kembali.

Dan, tekaan saya tepat sekali. Jam 11 pagi, apabila saya menghubungi rumah, Obiya demam lagi. Tanpa berlengah, saya terus pecut kereta dari pejabat pulang ke rumah dan membawa Obiya ke Poliklinik An-Nur di Presint Diplomatik. Waktu itu, saya sangat khuatir Obiya juga dijangkiti demam denggi.  Bila berjumpa sahaja doktor, terus saya dok cerita bimbang kot-kot Obiya kena demam denggi sebab last week, Abahnya pun baru je kebah dari demam denggi. Terus tangan kanan Obiya kena inject, kena amik darah -_-"

Muka orang demam masa dalam perjalanan dari rumah ke klinik -_-"

Obiya yang tak larat semasa tunggu nama dipanggil kat klinik.

Masa Obiya kena amik darah, saya yang super emosional bila anak dok meraung cakap "Ma, jom alik." Lepas tu, dalam meraung dia dok cakap "Ma, akittt!" Oh! sangat syahdu. Sebab Mama tak layan, dalam tangis si anak sebut Bibik. Lepas Bibik, habis semua karekter kartun "cess" (read:Princess) dan lepas tu "Yo" (read:Rio). Mula-mula nak nangis, lepas tu saya bantai gelak. Ada ke "cess" dan "yo" yang dia minta tolong. Bwahahahahha.

Muka sakit+sedih+letih selepas ambil darah. Masa ni Mama offer air kotak/ribena semua dia tak nak.

Kesiannya tangan kanan Obiya kena cucuk, sebab tangan budak sangat susah cari urat, maka dia meraung-raung sahaja bila kena cucuk -___-"

Muka orang demam. Hidung pun berair. Scene macam ni susah nak tengok sebab Obiya duduk diam dan behave!

Nasibnya baik sebab Obiya bukan demam denggi (masa tu) walau suhu badannya dah melompat ke 38.7 waktu tu. Saya sedikit lega bila doktor bekalkan ubat demam dan antibiotik untuk 5 hari berturut-turut. Selepas tu, rumah ibarat dilanda garuda bila Obiya demam sebab rumah senyap sunyi. Tak de suara orang nak menyanyi, tak de nampak orang panjat kerusi, tak de dengar pun orang dok menangis-nangis minta Bibik tukarkan CD Princess atau Rio, tak de dengar pun orang jerit-jerit panggil Mama.

Oh! Rumah sangat sunyi. Sangat tak best bila Obiya demam. Even sape-sape pun bila sakit, semua jadi tak best. Saya sendiri part paling tak best sebab tak tidur malam monitor anak demam. Nasib ada cerita Princess Hours yang jadi peneman sejati waktu ni. Obiya demam hari jumaat je, tengahari sabtu nampak dah macam OK. Bila Obiya nampak OK, ingatkan nak berakhirlah episod rumah sakit kami, tapi rupanya Obiya pass batton tu kat saya plak   -___-"

So, to be continue ceritanya selepas ni - Bila Saya pun kena Demam Denggi :P

1 comment:

ICAZIESYIRA said...

pas bubu warded tu, takde fogging kat umah ye put?