Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/11/2011

Apa Itu Twitter Part 2

Nak sambung pasal Twitter lagi hari ni. Entry sebelum ini Apa Itu Twitter rupanya ada yang minta disambung dengan lebih details.


Kalau semalam saya dah cerita part basic macam mana nak sign-up, lepas tu macam mana nak tweet, mention, follow dan baca timeline, hari ini kita share plak the beautiful part of Twitter. Perkara paling basic, kalau nak rasa Twitter adalah sesuatu yang menyeronokkan kemudian korang addicted nak baca timeline - korang kenalah ada komuniti tersendiri. Macam mana nak cari komuniti tersendiri? Oh, sangat senang ye anak-anak sekalian.

Tambah/follow kawan-kawan
Kalau korang memang dah ada kawan, follow la dia. Tak pun, ajak kawan-kawan korang yang close sign-up Twitter. Macam saya, saya kenal Twitter sekitar awal tahun 2010 tetapi saya mula aktif bila bertukar kepada smartphone apabila berinteraksi dengan geng-geng Rockeinsteiners dan Mr. Rockeinstein sendiri di Twitter. Lepas tu saya ajak Jujue, Fahi, Jia, Minmin & Tirex join sekali. Maka meriahlah sesi "burung biru" kami.





Follow artis/politician/icon kesayangan anda
Masa mula-mula sign-up twitter, orang yang pertama saya cari adalah Faizal Tahir :P So, bila dah jumpa dia saya add dan saya boleh bertweet dengan dia seperti ini.


Bila kita tanya artis kita suka (read:Faizal Tahir) dan dia jawab pada kita :')




Sekarang ni Faizal Tahir dah tak tweet tapi jangan bimbang sebab dia baca SEMUA yang orang tweet kat dia ;-) So, sila tweet dia dan sampaikan pesanan anda. 
To follow: @faizal_tahir


Bila kita tanya politician yang kita follow dan dia jawab, kita akan sukaaa!




DS Hishamuddin ni salah seorang menteri yang patut dicontohi sebab walau sesibuk mana pun dia masih ambil masa reply tweet orang, siap follow lagi tau. So, tak heranlah kalau dia dapat banyak pangkah nanti sebab dia sporting :P 
To follow: @HishammuddinH20




Follow agensi perkhidmatan, badan kerajaan & restoran/kedai
Twitter bukan sahaja terhad kepada individu sahaja, malah hari ini syarikat-syarikat dan badan-badan kerajaan sendiri sudah mempunyai account twitter yang mana memudahkan mereka menyalurkan informasi terkini serta menjawab soalan/pertanyaan secara terus. Dalam perkataan yang lebih senang faham, lebih senang untuk pelanggan/pengguna dapat maklumat serta murah (sebab tak payah call nanti bil phone naik lagi) dan cepat.


Contohnya:




Dalam printscreen ni diaorang nak jawab soalan-soalan orang ramai. 
To follow: @AirAsia



Ini pula page TonTon - kalau korang terlepas nak tengok cerita/news kat TV under Media Prima (TV3, NTV7, 8TV, TV9) maka disinilah korang cari ye. Sangat mudah. Diaorang akan tweet bila diaorang dah upload cerita-cerita online. 

Contohnya macam sekarang ni, saya tak sempat nak cerita Tentang Dhia, maka TonTon la jawapannya. To follow: @tontonMY


Ini pula update dari Polis Diraja Malaysia. Kat sini diaorang update la pasal tangkap penjahat, program yang polis buat dan ada juga yang menjawab pertanyaan. Info pasal trafik pun ada. 
To follow: @PDRMsia


Tapi, paling best kalau korang nak tahu pasal trafik, roadblock - korang kena follow ni:



Follow kltrafficupdate sebab account ni akan ReTweet kesemua tweet yang ditweet yang mana, orang akan update kat tempat diaorang keadaan traffik di KL ni, ada accident ke, etc.
To follow: @kltrafficupdate



Seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....


Siap diaorang share kat mana ada roadblock. So, sesape yang tak nak kena tahan tu, sila avoid jalan yang dinyatakan :P To follow: @KLroadblock

Banyak lagi yang boleh kita follow sebenarnya. Kawan-kawan saya ramai yang follow artis Korea, lepas tu gigih guna google translate nak tahu apa diaorang cakap sebab diaorang tweet dalam bahasa korea. Pada sesiapa yang tak ada twitter lagi, jom create account sekarang. Kalau dulu orang cakap "saya bukan artis, mana ada twitter" kini, tidak lagi!

1 comment:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

macih ya,
sharing is caring.. =)

satu lg sy tak gheti, camane nk RT- retweet tu?

sy dh add :
leilylilo