Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/10/2011

You can do it, you can do it (by yourself) !


... baca tajuk entry ni dengan gaya Barney menyanyi tau!

Hari Sabtu dan Ahad lepas adalah hari saya membuli Lope.Yer, saya sengaja menyeksa anak autisma saya tu dengan agak tkejam. Lope ni adalah seorang yang sangat rileks. Kalau setakat pegi terapi tapi cakap atau buat lembut-lembut, makanya Lope akan ended up dengan zzz. Lope jenisnya perlu dipaksa dengan cara yang 'keras' sampai dia perlu 'bekerja'.Dan, hanya MAMA yang mampu buat Lope bekerja. Yieha! Nak tahu, macam mana Lope dipaksa bekerja? 


Inilah caranya.

Lope kini dipaksa berdiri sendiri tanpa ada sesiapa yang pegang. Masalah dengan Lope adalah dia kurang yakin dengan kebolehannya untuk berdiri sendiri. Selepas saya ugut sket cakap 'pandai-pandailah jaga diri Lope berdiri sendiri - kalau jatuh sakit - Mama tak tahu' barulah dia berdiri sendiri. Pada mulanya kembang kempis hidung Lope (LOL!) cuba mengawal imbangan badannya.



Mula-mula saya letakkan dia dalam posisi berdiri. Kemudian, dengan hati keringnya saya paksa dia berpaut pada kabinet TV. Lucunya, apabila dipaksa mulut Lope seperti bertih jagung membebel. Saya biarkan saja. Malah, dia sendiri tahu yang dia tak ada jalan lain melainkan buat apa yang saya suruh.

Cubaan untuk melarikan diri

Last-last, sebab dah tahu tak kemana dengan cara melarikan diri macam tu, Lope redha je dengan Mama. Bila dah yakin sket pada kemampuan kaki dan keupayaan Lope berdiri, maka saya tinggalkan dia sedikit berjauhan dan mula set masa nak tengok berapa lama dia boleh berdiri sendiri dengan berpaut pada kabinet TV tu.

Ini aksi orang redha didenda untuk berdiri.

 




Sebenarnya, kat TV tu saya pasangkan DVD 'Hop', so ada masanya Lope berjoget seperti melompat-lompat sambil tersenyum bila dia dengar Easter Bunny dengan comelnya menyanyi 'I want candy'

 


Sebab Lope  excited sangat berjoget-joget dan bila naik shaikh Lope akan 'mengganas' sket dengan menendang kabinet TV tu, untuk mengelakkan kecederaan, maka saya pun letakkan bantal Obiya kat depan kabinet tu.




Kekdahnya sedang berjoget sambil tendang bantal. :P

Sepanjang Lope didenda tu, Encik Bubu setia memantau. Lope yang sedang berdiri tu ada masanya seperti membebel sambil menyebut Abah dan memandang ke arah Encik Bubu. Mungkin mengharapkan belas ihsan abahnya untuk selamatkan dia.


Sengaja saya terlebih rajin, saya uploadkan video seminit bersama Lope :-)




Dan, Lope lembik lutut di minit ke-40!



Tahniah Lope sebab berdiri selama 40 minit.Alhamdulillah. Maaf Lope, sebab Mama terpaksa paksa Lope berdiri dengan tujuan nak kuatkan otot-otot kaki Lope, keraskan tulang belakang Lope untuk meyokong badan Lope, untuk Lope merasai berat badan Lope sekaligus mengimbanginya. 

Kenapa mama buat semua ni?

... sebab mama nak Lope berjalan. 
Mama tahu anak Mama boleh, cuma lambat atau cepat je dan 
Mama tak akan berhenti berusaha, berdoa dan bertawakal untuk itu.

Malamnya, mungkin disebabkan kepenatan berdiri 40 minit tanpa duduk, Lope tertidur seawal jam 7.30 malam tanpa mengambil makan malamnya dan 2-3 kali turn minum susu. Paginya Lope bangkit seawal 7 pagi dengan muka ceria dan kelaparan.

7 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

;)
TAHNIAH lope dan mama.40 minit tu rasanya cukup lama dah tuh.
Kadangkala kita sebagai ibu terpaksa jugak jadi 'hati kering'.Bukan tujuan untuk mendera tapi untuk kebaikan kan put kan?
Insyaallah, suatu hari lope pasti akan berjalan.Amin..

Lady Windsor said...

tahniah lope, auntie doa lepas ni lope boleh berdiri lebih lama, tahu mengimbangi badan dan maybe lope boleh melangkah setapak dua..amin!

ibu amin mursyidi said...

Congrates lope n mama... Hensem sangat lope nih...

alyyani said...

yo can do it lope! ish rambut tepacak kat atas tu, hensem betul! :D

ICAZIESYIRA said...

yeayyyyyy!
lope nanti boleh jalan pimpin tangan dengan ayesha!

congrats lope!

Syahida said...

go mama go! kalau dapat buat setiap hari, 10-15 minit pun ok..practise makes perfect, kan? gud luck lope..

Zach's Momma said...

well done lope!! selalu2 lah practise yer :)