Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/10/2011

Tat Tuna versi Kak Shasha Shafie

Sebenarnya dah lama teringin nak buat ni, tapi rasa macam tak pandai nak buat. Kali pertama makan tat tuna ni masa pegi Bento Workshop kat Bayan Indah. Masa tu punya la taste dia sedap. Beyond words. Lepas tu, tengok plak si Kak Shasha buat kat blog lama dia, then sekali lagi di blog baru Kak Shasha. Lepas meleleh air liur 2-3 kali, akhirnya nekad nak buat juga.

Makanya, petang semalam, masa dok sibuk-sibuk tengok layan blog, sekali teringat kat Tat Tuna yang berhantu ni. Mula-mula rasa tanak buat, tapi lepas tengok punya tengok dan dinner pun belum buat apa-apa lagi, mulalah ajak Bibik dan bawak Lope and Obiya pegi Cold Storage cari semua bahan-bahan yang tak ada. 

So, ini adalah resepinya.

Tat Tuna (Sumber: Kak Shasha)


Bahan A:
1 ikat baby spinach (dicarik2 sederhana besar)
1 biji yellow capsicum (dipotong dadu)
1 tin tuna in mineral water (saya guna tuna in olive oil)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 pek black mushroom (cincang)
5 ulas bawang putih ditumbuk (untuk menumis)
Pure virgin olive oil untuk menumis

** Semua A  bahan di atas ditumis macam nak goreng sayur. 

Bahan B:
Kacau 2 biji telur yang dicampur dengan1/2 cawan susu segar. 
1 biji buah tomato dipotong dadu. 
Keju Cheesedale dipotong empat.

1 pek roti sandwich Gardenia

Cara-cara membuatnya:

Panaskan kuali dengan virgin olive oil. Kemudian masukkan bawang putih, capsicum dan bawang besar. Goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan tuna diikuti dengan baby spinach. Masukkan sedikit garam & gula secukup rasa.

Ambil roti dan nipiskan dengan menggunakan kayu penggelek. Gunting bentuk bulat sama dengan acuan untuk membuat pai. Kemudian, bakar roti didalam acuan pai dahulu untuk membentuk ia menjadi seperti mangkuk. Masukkan Bahan A yang telah ditumis, diikuti dengan Bahan B. Kemudian tabur tomato yang dipotong dadu dan 1/4 cheesedale. Bakar seketika dan hidangkan.

Ini adalah version Tat Tuna saya :-)

 First batch - makan dengan Encik Bubu. Encik Bubu komen, pai dia terlalu masak sangat. 

 Second batch - kurang sket apinya. Encik Bubu cakap OK.

Third batch - Encik Bubu cakap wow!
Yeay! Itu je la kepuasan memasak bila Encik Bubu cakap sedap. Orang lain kalau nak cakap apa pun tak kisah sebab perut Encik Bubulah yang wajib saya jaga ;) So, selamat mencuba. Senang je weh nak buatnya pun :)

3 comments:

Lady Windsor said...

Well done Put..yummylicious..akak sendiri dah buat berpuluh kali pun still x puas makan..I mean kita moderate ikut taste kita lah kan while methodnya sama. Kadang2 akak guna mince meat tabur serbuk kari then kalau seafood guna isi udang, pun ok gak..selamat me asam..mushy utk si kenit obiya dan lope..lol

ICAZIESYIRA said...

put,
drooling nengok cheese.
haih!

Lady Windsor said...

Sorry typo error..ayat yg betul: selamat memasak, muah untuk si kenit obiya dan lope...