Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

13/10/2011

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Sumber: PTPTN

Sudahkah anda membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ?

Bagi saya, sangat perlu untuk ibubapa hari ini membuka akaun SSPN untuk anak-anak mereka, malah untuk diri sendiri sekalipun. 

Apa itu SSPN?

Pada yang masih samar-samar, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau omputih cakap Matching Grant khusus kepada pendeposit (kitalah tu!) yang berpendapatan rendak tertakluk kepada syarat peraturan yang ditetapkan.

Ciri-ciri & Keistimewaan
  1. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000 setahun;
  2. Perlindungan insurans secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas *;
  3. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
  4. Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
  5. Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  6. Kemudahan menyimpan di lebih 1,500 ejen PTPTN; dan
  7. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Perkhidmatan SSPN

Kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral;
  1.  Kaedah potongan gaji SSPN;
  2.  Melalui portal myGovernment. Klik Manual Pengguna untuk maklumat lanjut; dan
  3.  Melalui ejen PTPTN.

Tak rugi sekiranya anda menabung. Selain untuk anak-anak, ianya juga adalah untuk diri anda sendiri juga.Amalan menabung ini juga bagus untuk diamalkan. Lebih mudah, simpanan ini boleh dibuat dengan pemotongan gaji bermula dari serendah RM20.00 setiap bulan.  

 Panduan Mengisi Borang SSPN

Anda boleh mula membuka akaun dengan download Borang Pembukaan Akaun Disini. 

Sila ikuti panduan pengisian Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui laman web PTPTN seperti berikut:
  1. Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini hendaklah dicetak menggunakan Kertas A4 yang beratnya sekurang-kurangnya 80 gram ke atas dan berwarna putih.

  2. Pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN disini.

    Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang lengkap diisi hendaklah dibuat dua (2) salinan dan dihantar bersama-sama salinan asal, Slip Deposit, dokumen-dokumen sokongan dan wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Ejen PTPTN yang dilantik oleh PTPTN di seluruh Malaysia.

  3. Ejen PTPTN adalah seperti berikut:-

    1. Bank Simpanan Nasional (BSN);
    2. CIMB Bank Berhad;
    3. Agro Bank;
    4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM);
    5. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); dan
    6. Maybank. 

  4. Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN adalah seperti berikut:-

    1. Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pemohon;
    2. Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
    3. Surat perakuan/ sijil anak angkat (bagi ibubapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).

  5. Tiga(3) salinan Borang Permohonan Pembukaan Akaun dan Sip Deposit yang diterima oleh ejen PTPTN yang siap diproses akan diagihkan oleh ejen PTPTN bagi keperluan seperti berikut:-

    1. Salinan asal (Cetakan) – untuk PTPTN
    2. Salinan kedua                 – untuk ejen PTPTN
    3. Salinan ketiga                 – untuk Pendeposit
Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang telah siap diproses akan dihantar bersama-sama dokumen sokongan dan salinan Slip Deposit kepada PTPTN.  Sila pastikan pendeposit menyimpan satu salinan borang yang telah diproses sebagai rujukan.

Peringatan Penting
:

PTPTN tidak melantik orang perseorangan/individu sebagai ejen PTPTN bagi tujuan memungut deposit simpanan selain daripada ejen-ejen yang dinyatakan.

Kebenaran mencetak dokumen SSPN melalui laman web PTPTN ini adalah sebagai  alternatif kepada orang ramai bagi memudahkan urusan berkaitan SSPN.



Jom menabung demi masa depan anak-anak kita :-)

p/s: my happy old days!

2 comments:

Anis said...

salam. saya dh lama follow blog put. x pernah komen je :)

hari tu saya pun br je bukak ASB for my baby. terfikir SSPN but didn't really look into it. worthwhile ke bukak?

Princess Nur said...

knur dh buka akaun ni untuk boboy ngan zahra ;)