Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/10/2011

Qada' masa dengan anak-anak

Hampir 10 hari tak bawa Lope dan Obiya keluar semenjak Encik Bubu demam dan kemudian masuk wad, dan selepas keluar wad juga, saya masih mencari masa nak membawa mereka jalan-jalan. Hujung minggu ini, saya habiskan dengan tidur dan berehat sahaja. Meskipun bukan saya yang masuk wad, tapi menjadi runner, tukang masak, tukang teman dan supir dalam masa yang sama untuk Encik Bubu serta dengan tugas hakiki sebagai mama kepada Lope dan Obiya serta isteri kepada Encik Bubu sepanjang dia diwadkan - sangat penat!

Disebabkan kesiankan mereka walaupun kalau nak diikutkan hati saya, mahu sahaja bermalasan dirumah, saya luangkan juga dengan mereka hampir sejam di playground pada hari Sabtu dan Ahad. Saya juga sengaja memaksa Encik Bubu a.k.a pesakit demam denggi yang hampir 100% sembuh itu keluar berjalan-jalan ambil angin dan keluar peluh. Maka, hari Sabtu kami adalah hari beriadah satu keluarga.






Sewaktu saya dan Encik Bubu berjalan-jalan ambil angin sambil menolak Lope dalam stroller, si Obiya dan Bibik di playground. Saya sebenarnya tak sempat ambil pun gambar Obiya sebab semuanya terlalu pantas untuknya. Bila saya tengok Obiya dan kanak-kanak lain seronok bermain, saya sengaja nak libatkan Lope juga. Bukan kanak-kanak namanya jika dia tidak gemarkan playground!




Pada mulanya saya dirikan sahaja Lope bersandar. Dengan cara ini, saya memberi dia dua kerja - mengimbangi berat badan serta sensori di tapak kakinya kepada medium yang berlainan. Saya biarkan dia berdiri beberapa minit disitu. Saya biarkan sahaja mata-mata ibubapa lain yang memandang tindakan saya itu. Diaorang bukan tahu Lope ni autism, kan? ;) Selepas melihat Lope semakin selesa, saya mencuba dia bermain slide pula.




Pada mulanya, saya teragak-agak ingin menarik Lope untuk 'terjun' di atas papan slide ini. Saya bimbang sekiranya dia terjatuh atau tercedera, tapi kalau saya tak mencuba, saya tidak akan tahu sama ada Lope suka atau tidak. Maka, apabila saya tarikseluarnya dan Lope menggelosor turun, dia ketawa terbahak-bahak. Sedikit di raut wajahnya seperti ketakutan atau mungkin gayat namun dalam masa yang sama dia happy. Selepas itu, saya mengulangnya beberapa kali dan Lope masih dalam mood yang sama.

Terkenangkan Lope gembira bermain slide, petang Ahad sekali lagi saya bawanya ke playground. Kali ini, saya amik video sebab saya nak abadikan di My.Little.Secret kali pertama Lope enjoy datang ke playground!





dan, bila melihat Obiya dengan selambanya bermain buaian tanpa bantuan saya, sungguh terasa langit dan buminya perbezaan di antara kedua beradik ini.





Lain kali, saya akan luangkan lebih banyak masa dan lebih kerap untuk budak dua orang ini di playground sebab kita tak tahu betapa mereka menghargai bermain di luar rumah tak sama macam kita kecik-kecik dulu bebas ke sana ke mari menerokai alam.

2 comments:

jie said...

setuju tu put. selain daripada dapat keluarkan peluh, dapat juga diaorang hirup udara segar. maklum la bukan tiap hari diaorang dapat main kat luar kan. saya cuba juga berazam nak bawa anak main kat playground tiap kali balik kerja hehe tapi azam hanya tinggal azam nampaknya. mungkin boleh cuba lagi chaiyokkk!!!

jie said...

setuju tu put. selain daripada dapat keluarkan peluh, dapat juga diaorang hirup udara segar. maklum la bukan tiap hari diaorang dapat main kat luar kan. saya cuba juga berazam nak bawa anak main kat playground tiap kali balik kerja hehe tapi azam hanya tinggal azam nampaknya. mungkin boleh cuba lagi chaiyokkk!!!