Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

03/10/2011

Blogger MasterChef Yang Pertama

Meletop-letop tajuk entrynya!

Alkisah, sebenarnya dari hari tu lagi dok usha nak join Blogger MasterChef Yang Pertama ni tapi seribu satu perkara jadi. Jumaat lepas, singgah di page Nuffnang, katanya dilanjutkan sehingga 3 Oktober 2011. 

Yabedabedu! Peluang masih terbuka!


In case korang tak tahu apa itu MasterChef, sila baca ni :

MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia 
on 22nd October 2011!

MasterChef Malaysia will be starting from 22nd October 2011, every Saturday - Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm at Astro Ria (Channel 104).

Sebelum korang semua dok menggilai MasterChef Malaysia nanti, Nuffnang dengan kerjasama ASTRO sedang mencari Blogger MasterChef Yang Pertama!  Sebabkan saya adalah blogger dan suka memasak, maka dengan tak malunya nak join juga pencarian Blogger MasterChef ini.

Suka makan dan suka memasak - that's my passion!

Maka saya nak tunjukkan satu resepi simple ni. Ayam Panggang dengan Isi Kentang adalah versi ayam panggang Malaysia dan diubahsuai sedikit oleh saya agar ianya sesuai disajikan untuk orang-orang yang ingin berdiet. Mudah, cepat dan berkhasiat.


Ayam Panggang dengan Isi Kentang

Bahan (A) - ayam panggang
1 ekor ayam berekor yang tidak dipotong
3 sudu besar serbuk lada sulah
3 sudu besar serbuk jintan putih
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam secukup rasa


Bahan B - Isi Kentang
2 biji ubi kentang yang telah direbus
1 biji telur telur rebus

Bahan C - Pencicah
3 batang cili besar merah
1 biji tomata
3 ulas bawang putih
1 sudu tepung jagung
3 sudu sos cili/tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam/gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya adalah dengan beberapa langkah mudah seperti berikut:


(1) Tumbukkan kesemua Bahan A sehingga lumat kemudian lumurkan ke badan ayam. Biarkan ayam yang sudah dilumur dengan Bahan A selama 30 minit. Lebih lama diperap lebih sedap.



(2) Telur dan kentang yang telah direbus di penyetkan dengan garfu. Kemudian, campurkan dengan 5 sudu besar thousand island, 1/2 sudu teh garam dan 1/2 lada sulah. Gaul sehingga hancur.



(3) Masukkan kentang + telur yang telah dihancurkan tadi ke dalam perut ayam. 


(4) Kemudian, sapukan keseluruhan ayam mentah tersebut dengan minyak zaitun. Panggang ke dalam oven/multi-purpose pan selama 40 minit. Disebabkan rumah saya takde oven, maka saya gunakan multi-purpose pan.

**** sebelum....


***** selepas...


(5) Sementara menanti ayam panggang tadi masak, ambil Bahan C dan kisar kesemuanya dengan segelas air kecuali tepung jagung. Kemudian, masakkan ianya di atas dapur. Kacau secara perlahan-lahan. Kemudian masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah digaul sebati. Kacau perlahan. Masukkan gula dan garam sehingga perasa menjadi sedap dan kenyal.


(6) Setelah semuanya masak, hidangkan ianya bersama-sama dengan daun salad, timun, tomato dan hirisan bawang besar. 


Hidangan ini sesuai disajikan untuk 4-5 orang. Ayam Panggang dengan Isi Kentang ini sesuai dimakan tanpa nasi (tapi kalau nak makan dengan nasi pun OK jugak).

*** Ayam Panggang dengan Isi Kentang ***

Tukang masak nak inter-frame Ayam Panggang dengan Isi Kentang 

Close-up sket gambar masakkannya.




Sebab saya juga suka memasak dan makan, korang boleh tengok beberapa entri didalam blog ni yang bercakap mengenai makanan, resepi dan masakan. Korang tengok under label - Food Appreciation.

Untuk maklumat lebih mengenai MasterChef Malaysia, sila layari Laman rasmi MasterChef Malaysia, juga LIKE Facebook dan jangan lupa FOLLOW Twitter mereka. 

Terima kasih Nuffnang dan Astro memberi peluang kami mengejar gelaran Blogger MasterChef Yang Pertama. 

5 comments:

Lady Windsor said...

Put, akak try juga nak masuk contest blogger master chef ni tapi till now tak dak pun terima call dari nuffnang ..agaknya entry akak x cukup bagus kot untuk enter ini contest...sob! Sob!


Ksha2

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Shasha,

Alamak! ni pun tataw la Kak dapat ke tak :P tapi, closing date kan belum lagi. Hope masih ada peluang ;)

AhHcOmEy said...

sebagai seorang yg pernah makan masakan kakput, sy wajibkan kakput bawak ayam ni ke ofis esok! (xde kena ngena kan?)

hahaha good luck!

Diyanazman said...

amboih kelas ko maria!
macam kenal je gamba dengan kuali yg first2 tu... hehehehe...
btw this is such a nice recipe.. i think I will try it myself! :0)

ida khairani said...

Cayalah.. Jangan lupa masak n jemput open house ya bila2