Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/10/2011

Ayah Anjang

*talkin sedang dibacakan*


Sebelum saya melangkah ke pejabat pagi tadi, saya sempat mengambil blackberry Encik Bubu yang dicas di ruang tamu. Tujuannya kerana saya ingin membawa charger tersebut ke pejabat. Sambil mengambil, tangan saya melihat Blackberry yang berkelip warna hijau itu. Terdapat 2 missed calls dari Enda Wan Mazenah. Satu pada jam 12 tengah malam dan satu pada jam 6 pagi. Semestinya ini bukanlah suatu perkara biasa apabila ibu saudara Encik Bubu menelefon pada jam berkenaan. Encik Bubu yang sudah 3 hari demam memang tak kisah dah pada telefonnya.

Seketika, selepas dilihat blackberry dia mengucap Innalillahiwainnaillahirojiun. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Seperti yang dijangka, Ayah Anjang sudah kembali ke rahmatuallah jam 11 malam semalam. Semalam juga, rumah kami "tutup" seawal jam 10 malam. Masing-masing kepenatan. Terus saya menukar pakaian dan bersiap-siap. Saya singgah ke pejabat dahulu sebelum memulakan perjalanan ke Beruas, Perak. Encik Bubu memang tak larat untuk memandu. Malah, dia juga yang lenguh-lenguh badan kelihatan begitu lemah.

Kami tiba di Beruas pada jam 12.30 tengahari dan jenazah sedang dikapankan. Orang ramai memenuhi rumah arwah dan arwah urusan pengebumian arwah selesai sejurus solat zohor. Kalau ditanya tentang arwah pada saya, arwah ni sangat handsome orangnya. Sewaktu saya berkahwin dulu pun, arwah sudah sakit namun masih berupaya mengingati saya. Paling saya ingat, arwah paling mengingati arwah aboh saya. Kami bertolak pulang ke Putrajaya sebelum asar. Keadaan kesihatan Encik Bubu yang tidak menentu memang membimbangkan saya.

Sewaktu memandu dari Beruas ke Putrajaya, saya terbayangkan wajah Enda, isteri kepada Ayah Anjang. Riak wajah yang sama saya lihat terbayang di wajah Cik dan CC. Wajah isteri yang setia dan berkorban segalanya untuk sang suami semasa hayatnya. Enda juga tidak terkecuali. Jasanya menjaga dan berkorban masa, tenaga dan kasih sayang saya amat sanjungi. Bukan mudah melayan dan bersabar dengan karenah suami tambahan pula sewaktu mereka sedang sakit. Malah, tiada rungutan yang pernah saya dengar melainkan mengasihani suami yang menanggung sakit. Agung sungguh kasih sayang mereka, menjadikan contoh terbaik untuk saya.

"Sekarang ni Enda fikir nak qada je. Yelah dulu, waktu arwah ada, Enda memang buat yang wajib je," ujar Enda. Tiada air mata yang gugur dimatanya. Saya tahu, Enda telah berikan yang terbaik untuk Ayah Anjang selama ini. Syurgalah balasan sebaik-baiknya buat isteri yang setia dan patuh disisi suami seperti Enda.


Al-Fatihah Ayah Anjang. 

Semoga Ayah Anjang ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah.

Sent from my BlackBerry® Smartphone

No comments: