Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

21/09/2011

Temubual dengan Bernama TV.

 
 *sila berjakun*
Pertama kalinya saya menerima pelawaan untuk ditemuramah di atas kapasiti sebagai seorang ibu kepada anak autistik. Sebelum ini, bukan saya tidak sudi, namun saya masih belum bersedia. Sebelum ini, terdapat beberapa individu dan akhbar menghantar emel kepada saya untuk ditemuramah. Ada yang ingin menyiapkan thesis dan ada juga untuk assignment akhbar mereka. Semuanya saya tolak dengan baik.


Kali ini, pelawaan dari Bernama TV pula. Saya dihubungi oleh Nik, wartawan penyiaran Rancangan F.Y.I 2 minggu sudah. Sebelum saya memberi kata putus, saya dan Encik Bubu berbincang terlebih dahulu. Jika dahulu saya menolak, kali ini di atas nasihat Encik Bubu yang berharap dengan temubual ini dapat mendidik dan memberi gambaran jelas kepada masyarakat mengenai golongan autistik, maka apa salahnya.


Akhirnya, pada 18 September yang lalu, Nik & Pak Taufiq datang ke teratak kecil saya bagi mengendalikan satu sesi temubual ringkas. Seperti lazimnya, soalan yang diutarakan oleh Nik sama juga seperti soalan-soalan kebanyakan orang bertanya kepada saya mengenai Lope. Sewaktu temubual diadakan, Lope sendiri sedang tidur di depan saya. Dia yang berulang kali dipesan oleh Mamanya agar behave memang menepati janjinya.

 *confirm penuh screen TV :P*

Selepas bangun dari tidur, mood baik Lope terus datang. Ini antara scene yang melibatkan Lope. Tak sure la yang mana satu nanti yang akan masuk TV. Tapi, rasanya nanti Kasroha jadi gelemer kuar TV :P



Ini plak antara gambar-gambar yang saya forwardkan pada Nik. Saya sendiri tak tahu mana gambar yang akan keluar. 




So korang, kalau ada kelapangan, jomlah menonton Rancangan F.Y.I yang mana topik pada kali ini adalah Autism. Siarannya adalah pada 25 September 2011 jam 10.30 malam di Bernama TV di saluran Astro 502. Kalau korang takde Astro, kat HyppTV pun ada (sesapa yang pakai UniFi la).

Anda boleh buat reminder di Facebook kat Rancangan FYI .

6 comments:

kakyong said...

tahniah ,
semoga memberi manafaat untk ibubapa yg lain..

Kerikil Kehidupan said...

Put layak and punya kredibiliti ke arah itu...congrats...hugs buat Lope and Obiya....

Noina said...

wah..glem idris ngan Put..mesti tgk punya... :)

Nida said...

As-salam...

Salam perkenalan dari Nida. Saya selalu membaca kisah Lope... dia seorang anak yg comel. Terima kasih kerana byk berkongsi kisah hidup akak di sini. Saya tidak punya pengalaman bersama insan Autisme, tapi saya punya pengalaman sebagai seorang kakak kepada adik Down Syndrome.

Kini umur adik saya sudah 17 tahun, saya sangat cemburu pada mereka kerana Syurga sudah tentu milik mereka. Namun akak masih beruntung dan bertuah kerana punya suami yg byk membantu sedangkan ibu saya terpaksa membesarkan adik saya yang ketika itu usianya baru 8 tahun secara sendirian (Arwah abah telah lama dijemput Ilahi).

Buat Kak Put.... Lope adalah saham akhirat buat akak, dan akak bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk menerima ujianNya (begitu jua ibu saya)... salam sayang buat Lope.. wajahnya sangat jernih dan tenang :)

Lady Windsor said...

salam put..alamak ruginya rumah akak tv rosak, belum baiki..huhu...bila nak mai sg long?

kak shasha

Yatie Tajudin said...

Salam.

Found your blog through watching rancangan F.Y.I tadi. Masyaallah, Idris is such a happy child and you and your husband have done a wonderful job for your children.

Sebenarnya saya juga ada anak autistic. She's now 9 yrs old. Seronok tengok parents yg work hard and will do just about anything for the better of their children especially bila anak2 tu bermasalah. Well done to the both of you.