Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/09/2011

Sekiranya anda adalah ibubapa kepada anak OKU...

Sudahkan anda mendaftarkan anak OKU anda dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat? 

Sekiranya belum, anda patut berbuat demikian bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anak OKU anda.

Mengapa perlu mendaftar?

Ianya adalah untuk memudahkan Kerajaan mengetahui bilangan, taburan dan Kategori OKU bagi merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan. Apabila mendaftar juga, ianya membolehkan OKU mendapat perkhidmatan yang berseseuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.
Bagaimana mahu mendaftar?

Dahulu, sewaktu saya mendaftarkan Lope-semuanya dibuat secara manual. Kini, untuk pendaftaran OKU, kita boleh buat secara online. Sebagai ibubapa kepada anak OKU, saya cadangkan agar anda membaca terlebih dahulu Cara-Cara Pendaftaran OKU dan Kemudahan dan Keistimewaan Bagi OKU

Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang mudah ini di Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya.

1) Klik Login kali pertama.


 2) Pilih jenis pengenalan diri. 



3) Lengkapkan butiran diri anak anda dan hantar.



4) Pendaftaran berjaya.


5) Klik ikon "Muka Utama" dan paparan masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan.


6) Log-in & pilih Pendaftaran OKU Online.


7) Lengkapkan butiran diri penjaga / ibubapa kemudian tekan butang "Hantar"


8) Muat naik gambar anak anda yang paling kacak/cantik :-)


9) Cetak muka surat ini.


10) Bahagian B - G  perlu dikemukakan kepada Pakar Perubatan untuk diisi.


Bahagian C & D


Bahagian E & F


Bahagian G


11) Bahagian F pula perlu diisi oleh Jabatan Pelajaran Negeri/Daerah.


Apabila borang berkenaan dah lengkap isi sampai Bahagian F, barulah anda ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan membawa anak OKU anda bersama-sama. Tak lupa juga, bawa bersama 2 salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran mereka berserta dengan 3 keping gambar anak berukuran Kad Pengenalan. Selepas sebulan, sekiranya tak terima lagi kad OKU anda, sila complain :P

Sebelum hantar borang tu, make sure buat beberapa copy terlebih dahulu untuk simpanan sebab dengan menggunakan borang yang sama, banyak urusan yang boleh kita gunakan. Kalau anak anda dah berumur dibawah 5 tahun semasa pendaftaran dibuat, maka semasa dia mencecah umur 5 tahun, sila hubungi Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri.

Sekiranya sudah mendaftar dan dah ada Kad Pengenalan OKU macam yang Lope ni, anda diwajibkan bertukar kepada kad baru. Sila datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa kad lama & 3 keping gambar anak OKU untuk dibuat kad baharu. Nanti dapat kad baharu, baru saya tunjuk kat sini plak.

Kepada yang belum mendaftar - silalah berdaftar sekarang. 
Kepada yang sudah mendaftar - silalah bertukar kad anda kepada yang baharu.

17 comments:

deelira@deeliraz said...

kenapa kena tukar kad baru kak put? zue x tahu pon.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Zue: ini Kak Put amik dari website JKM. Diaorang minta dibuat kad baru yg lebih bermutu tinggi.

********
Makluman Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU)

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) telah pun diwujudkan dan boleh dicapai bermula 1 Ogos 2011 melalui ikon SMOKU yang terdapat pada laman web JKMM dan KPWKM. Semua OKU yang telah berdaftar atau belum berdaftar sebelum tarikh tersebut perlu membuat pendaftaran baru untuk mendapatkan kad OKU yang bermutu tinggi. Walaubagaimana pun, kad OKU lama masih boleh digunapakai sehingga 31 Julai 2012.

deelira@deeliraz said...

thanks for the info kak put. esok juga zue g JKM :)

Tika said...

Info yang bagus Put. Nak tanya kalau puttahu, kalau dah ada kad.. dah daftar tahun lepas, kena daftar semula gak ek? Boleh online ke? Atau macam mana?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Tika: menurut website JKM perlu tukar kad semula.

Noina said...

wah..bagus2 put tulis entry ni..ina tak tahu pun..hehe..boleh la tukau kad baru Nabila nih..hehe..

Bicara hati ibu aisya said...

Put...kad baru tu yang warna purple ek?aisya punya warna purple.Baru tahun ni dapat.kena tukar baru jugak ker?kena isi online jugak ke kalau dah ada kad?
Anyway, thank's sis pasal info yang amat berguna nih.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ina: sharing is caring :-)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ayu:

Warna pada Kad adalah melambangkan kategori. Lope dalam kaler kuning sebab autism & GDD dikategorikan dibawah Masalah Pembelajaran.

Coding colour are as follows:

Penglihatan - Biru
Pendengaran - Ungu
Fizikal - Hijau
Pertuturan - Coklat
Masalah Pembelajaran - Kuning
Mental - Putih
Pelbagai - Merah

zura_habib said...

tambahan..kad warna pink utk Cerebral Palsy...
TQ kak put 4 d info...nk kena gi renew la...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Zura,

Apasal kat website JKM tak tulis kaler PINK? kaler MERAH kot Kad Habib tu. Eh?

Dairi Hati said...

saya baru mendaftar dan dapat kad versi baru.. keras, cam kad pengenalan (tak de cip) warna pink sbb anak masalah pendengaran

Maya Zuhera said...

Sy pn bru mndftar ank sy thn ni..kad die color pink,mslh pndgrn..

Kam Haryatie Abdul Mutalib said...

Salam,

Saya nk tanya. Selepas kita daftar baru ni, pendaftaran kira masih belum lengkap kan? Terutama bahagian2 yang kene diisi oleh pegawai perubatan. Bermakna kita kena print borang2 ni, dan isi secara manual juga la kan? Lepas tu dah lengkap baru kita ke JKM untuk lengkapkan keseluruhan pendaftaran. Betul tak ?

Tika said...

Puan Kam... Ikutkan kita kena bawa borang utk doctor isi pengesahan keadaan anak..macam medical report gitu.. baru g jkm utk buat pndaftaran. Kalau dah ada medical report ..kepilkan sahaja ketika serahkan borang serta gambar ke mana2 caw jkm yg bdekatan

shuhaili razlan said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Nuur said...

wassalam. print borang online dan hantar ke JKM terdekat.dalam sebulan kad baharu siap.