Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

15/09/2011

Saya menulis kerana Lope...

Sewaktu saya mula menulis 3 tahun lalu, saya bertanya kepada diri saya, untuk apa My.Little.Secret ditulis untuk tatapan umum. Namanya juga sudah My.Little.Secret maka, sepatutnya ia tidak perlu dikongsi lagi dengan umum. Jika dikongsi, makanya tidak dipanggil nama secret lagi :p


Ini alasan saya mengapa saya masih menulis mengenai kehidupan saya yang mana berkisar mengenai Lope & Obiya. Ada masanya, bercerita mengenai Encik Bubu & saya dan kehidupan kami.

Saya menulis kerana Lope. 

Pada mulanya, ia adalah sesuatu terapi minda untuk saya menyalurkan seribu satu rasa saya ada pada anak kecil ini yang pada masa itu baru disahkan mengidap Global Developmental Delay dan Mild Autism. Sewaktu itu, saya yakin tiada sesiapa memahami apa yang saya rasa, saya rasa saya jatuh dan terduduk kerana apa yang Allah anugerahkan kepada saya adalah sesuatu yang diluar jangkaan. 

Melalui menulis, saya terasa sedikit tenang. Melalui menulis juga, saya kenali beberapa keluarga yang jauh lebih hebat ujian yang Allah berikan kepada mereka dan mereka masih berdiri teguh menyokong anak yang lahir dari rahim mereka. Sewaktu saya bergelar Mama kepada Lope, saya masih mentah. Setelah memiliki Lope, barulah saya sedar, kehidupan ini sungguh indah untuk diterokai. Hidup jika dibentangkan jalan kehidupan yang lurus, tidak akan seronok untuk kita melaluinya.

Maka, disepanjang kehidupan saya, Allah serikan dengan kehadiran Lope untuk mengajar saya konsep kesyukuran yang tidak akan saya dapat dari mana-mana pembelajaran di sekolah. Saya yakin dan saya tahu, jalan untuk saya membesarkan Lope tidaklah semudah jalan untuk saya membesarkan Obiya. Contohnya mudah, saya cuma perlu mengajar sekali sahaja untuk Obiya bertatih, dan sekarang anak perempuan kecil saya sudah mampu berlari ke sana ke mari. Tetapi, bersama Lope, saya masih lagi menunggu saat keajaiban itu berlaku.

Saya menulis kerana Lope.

Saya menulis hampir 70% mengenai Lope di dalam My.Little.Secret dengan harapan, andai suatu hari nanti, Lope boleh membaca semula catatan ini. Saya tidak mahu Lope membalasnya, cukup jika suatu masa nanti, Lope akan menjadi anak soleh yang mendoakan kesejahteraan saya di akhirat. Itu sahaja yang saya minta.


Saya menulis kerana Lope.

Apabila saya menulis mengenai Lope, ianya merupakan sesuatu yang baru untuk saya. Saya membuat terapi cara kerja, fisioterapi, belajar mengenai Autism dan ada masanya bersengkang mata mencari perkataan-perkataan medical di internet sehingga lewat malam. Ada masanya juga, saya menyelusuri blog-blog ibu/bapa yang kental serta tidak jemu memberikan yang terbaik kepada anak mereka. Dari pembacaan itu, saya yakin secara tidak langsung Lope mengajar saya mempelajari perkara-perkara yang berada di luar dari skop kehidupan saya. Bukankah itu ilmu yang tidak ternilai? :-)


Saya menulis kerana Lope.

Apabila saya menerima pelbagai komen dari rakan taulan yang banyak memberikan sokongan, galakan dan semangat untuk saya terus ada untuk anak autistik saya. Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi 2 buah komen/mesej yang saya terima. Kedua-duanya merangsang saya untuk terus berusaha demi Lope. Saya berterima kasih kerana adanya My.Little.Secret menjadikan saya lebih kuat.


FarahFafa : Terima kasih di atas komen ini. Sesungguhnya, saya sangat teruja untuk mengenali Aiman. Kalau FarahFafa terbaca entry ini, maka silalah berikan email/no.phone.


Nik Khartina Nik Man pula adalah kawan saya yang tidak pernah putus memberi kata semangat. Mungkin, pujiannya melambung tetapi saya berterima kasih kerana sama-sama berkongsi tips dan merasai apa yang saya rasa.


Terima kasih semua. Saya tahu dan saya yakin, menulis dan berkongsi rasa serta pengalaman mengenai Lope tidak pernah merugikan saya. Seperti dalam entri-entri terdahulu, jauh disudut hati saya berharap dengan cerita Lope ini akan lebih mendidik masyarakat dalam mengenali individu autistik.  Saya harap, suatu hari nanti impian saya akan tercapai.

5 comments:

aSmiDar said...

memang kak put org yang tabah..
Tak semua Orang setabah kak put..teruskan menulis..eda suka bc coretan kak put..banyak memberi pengajaran dan tauladan..:)

Dila Si Mama Dzariff said...

Let's be strong together.

Dila Si Mama Dzariff said...

Let's be strong together. We love our children, autistic or not.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Put...K.atie pon punyai anakbuah yg sama spt Lope tp dgn kesabaran umi & abahnya,dia membsr dgn penuh kasih syg..dihtr kesekolah tp bkn milik org melayu tp cina!.Tp demi tuk melihat anakbuah blh berdikari,belajar & bergaul..setiap hari Abg k.atie xjemu menghtrnya ke situ.Alhamdllh(usianya kini 9 tahun)...blh melakuknnya sendiri...cuma dia kurang bergaul & berada dlm 'dunianya' sendiri tp memahami apa yg disuruh/dilarang.
Cuma disbbkn bersekolah disekolah cina,anakbuah k.atie xpandai bercakap bahasa melayu...berkomunikasi dggnnya melalui bahasa inggeris shj.Skrg ankbuah k.atie diajar berkomunikasi dgn bahasa melayu..mmg kelakar dgr dia cakap.ala2 mat salleh..br belajar cakap melayu..hihi.Tp k,atie bangga dgn kesabaran abg & kakakipar k.atie dlm mendidik anakbuah k.atie tu.
pelbagai ubat & rawatan diberikn yg trbaik tuk anak yg autism tu..dg harapan bila dewasa nanti dia dpt menjaga dirinya sendiri tanpa bantuan org lain.
Semoga put & kluarga tabah & sabar menghadapi perangai & ragam Lope.anakbuah k.atie pon cantik & putih melepak cam Lope gak..tapi ankbuah k.atie pompuan...

Bicara hati ibu aisya said...

Put...banyak-banyak entry, ayu suka entry nih.U a superb mummy sis!