Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/09/2011

Mati itu pasti..

Hidup itu, insya-Allah - Ramlee Awang Mursyid.

Dinihari 28 Syawal, telefon rumah saya berdering tepat jam 5.30 pagi. Saya yang waktu itu sudah bangkit dari tidur agak teragak-agak. Betul ke telefon rumah yang berbunyi? Namun saya berlari juga mengangkat telefon.

"Sue, dah ada orang telefon ke belom?" suara Yong kedengaran di hujung talian. Saya seperti boleh mengagak kenapa panggilan itu dibuat pada waktu ini."Abang CC ke?" tanya saya sepatah. Yong mengiyakannya. Kami sama-sama melepaskan nafas panjang. "Innalillahiwainna Ilaihirojiun" Kami sama-sama diam seketika. "Pukul berapa Abg CC takde?" tanya saya seterusnya. Jawab Yong jam 4.50 pagi tadi.

Saya ingat semula perbualan terakhir saya dengan CC semalam. Waktu itu jam 10.30 malam, sewaktu Rancangan F.Y.I ke udara. Dia menyatakan kesalnya tidak dapat menonton memandangkan pada waktu itu dia masih berada di Hospital menemani Abang CC. Bila bertanyakan bagaimana mengenai keadaannya, CC hanya menjawab stabil. Saya faham, istilah 'stabil' untuk seseorang berada di CCU adalah bererti 'dia tak sakit sekarang'.

Seterusnya, saya mengejutkan Encik Bubu dari tidurnya. Memberitahu akan kepulangan Abang CC kepadaNya. Perkataan yang keluar dari mulutnya selepas itu adalah "Abang kesian kat Aus". Saya sendiri seperti tidak mahu berfikir akan hakikat itu. Memang perpisahan ini menyakitkan terutamanya kepada anak arwah yang paling bongsu yang baru mencecah usia 7 tahun.

Saya pernah menulis mengenai perkara ini dalam entri Hidup & Mati Itu Perancangan Allah sebelum ini.  Dalam entri itu, saya sendiri telah menyatakan akan kemungkinan akan terjadi sekiranya Abang CC dijemput pulang kepadaNya. Kini, selepas hampir 4 bulan entri berkenaan ditulis, kejadiaan yang paling tidak mahu saya bayangkan terjadi jua di atas ketentuan Allah yang maha mengetahui kebaikan dan keburukan setiap perkara itu terjadi.

Saya pada mulanya teragak-agak untuk pulang atau tidak menghadiri pengebumian Abang CC. Waktu itu, seribu satu perkara berlegar di kepala saya. Encik Bubu memberikan keizinan untuk saya pulang sendiri bersama-sama Yong, Kak Yan dan Andak serta keluarga dalam penerbangan jam 11 pagi itu. Saya tiba di rumah pada jam 12.30 tengahari. Saya lihat rumah saya dipenuhi dengan saudara mara dekat dan jauh yang mengetahui akan khabar ini. Apabila saya temui CC, saya sendiri tak tahu perkataan apa yang  sesuai diucapkan untuknya kecuali satu pelukan sahaja. Saat dia membalas pelukan saya juga, saya tahu bahawa kehadiran kami adik-beradik disampingnya adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh CC di saat-saat getir ini.

Seterusnya, saya mencari kelibat Aus. Saya lihat dia kegembiraan bertemu sepupu-sepupunya yang baru pulang. Saya hampiri budak kecil itu, dalam dada saya seperti sarat dengan perasaan kasihan akan anak bertuah yang masih mentah itu. Saat dia terpandangkan sahaja saya, dia terus menjerit kegembiraan. "Semalam Aus nampak WanSue kat TV" dan saya terus memeluk Aus. Dia kemudian meronta minta dilepaskan kerana ingin menyertai sepupu-sepupunya yang lain.

Saat paling syahdu adalah sewaktu Aus mengucup wajah Abahnya buat kali terakhir. Saya sendiri pernah melaluinya. Mengucup dahi seorang ayah untuk kali terakhirnya sudah mampu meremukkan hati dan perasaan. Mungkin anak sekecil Aus masih belum jelas dan faham akan 'perpisahan' ini.

Aus sewaktu menyaksikan Ayah Sue menutup seraut wajah Abahnya


Apabila jenazah diusung ke dalam van, Aus dengan sopannya meminta izin dari CC untuk sama-sama berada didalam van berkenaan. CC mengizinkan. Siapa kata Aus tidak mengerti? Dia baru sahaja menzahirkan hatinya yang berat melepaskan Abahnya pulang. Tapi, siapalah kita. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua mempunyai perancangan yang terbaik. Selesai acara pengebumian diuruskan, sewaktu bacaan talkin dibacakan, saya sekadar memerhati Aus dari jauh. Dia waktu itu duduk di atas ribaan Ayah Ngah. Matanya tidak berkelip dari memandang beberapa orang lelaki yang secara perlahan-lahan menutupi liang lahad Abahnya.






Alhamdulillah, urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Saya mewakili CC ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas iringan doa dan jasa baik saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarahi arwah semasa di hospital mahupun di rumah. Malah, saudara mara Abang CC yang jauh serta dekat juga tidak putus-putus membanjiri rumah kami. Salah seorang anak saudara arwah yang tinggal di Taiping walaupun tidak berkesempatan datang melihat arwah buat kali terakhir, tetap datang menemui CC. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua, besar atau kecil. 

Sewaktu saya bertemu CC, saya tidak mampu menuturkan sebarang kata melainkan satu pelukan ikhlas dari si adik buat kakaknya sahaja. Hari ini, saya ingin menulis disini. Saya harap, CC akan membacanya kelak. (Oh please, janganlah jadikan 'bahan' kat adik plak ye nanti).

Kakak saya CC,


Walaupun CC ni seorang kakak yang garang dengan adik-adiknya, tapi jauh disudut hati, CC adalah seorang kakak yang sangat penyayang dan mengambil berat akan orang-orang disekelilingnya. Sesungguhnya Abang CC adalah sangat bertuah memiliki seorang isteri yang sanggup bersamanya di saat senang, susah, sakit dan segalanya bersama. Pengorbanan CC menjaga Abang CC sepanjang terlantar di hospital, sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi seorang suami adalah sesuatu yang agung. Tidak semua orang mampu berbuat begitu. Tanpa gagal, CC sentiasa ada disisi Abang CC.


Pernah sekali Cik menegah, minta CC memberi 'cuti' kepada dirinya sendiri agar tidak menjenguk Abang CC di hospital. Cik sendiri bimbang akan kesihatan CC yang tak cukup rehat. "Kalau Aboh di hospital pun, Cik akan buat perkara yang sama, kan?" selepas itu Cik tidak lagi bertanya akan hal ini. Sesungguhnya, suami adalah syurga seorang isteri yang solehah.


Saya tahu kakak saya seorang kuat. Saya tahu, dia redha dengan pemergian Abang CC. Malah, saya juga tahu, CC sudah melakukan yang terbaik untuk suaminya. Saya sendiri berterima kasih kepada CC kerana menjadi contoh teladan yang baik buat saya. Insya Allah, saya juga mahu menjadi sekuat dan sesetia CC kepada Abang CC.

 CC dan Abang CC di Aidilfitri dua tahun yang lalu

 CC and family

 Tinggal kenangan :-(

 Cik bersama anak-anak dan menantu-menantu lelakinya

Hanya cangkul dan tanah sahaja yang memisahkan mereka

Al-Fatihah buat Abang CC saya
Mohd Farid bin Haji Abu Bakar

13 comments:

Lady Windsor said...

Al Fatihah untuk arwah, semoga isteri dan keluarga tabah menghadapi kehilangan ini.

nuyin2u said...

Sedihla entri put ni

My Aisy said...

innalillah...em ya mati itu pasti...

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan...biar pun dipenuhi kenikmatan...ada jua ketika nya...'kesakitan'...'keperitan' begitu 'terbekas'...pabila ada di antara nya....'kembali' semula kepada Pencipta....pada ketika kehadirannya.....telah 'meresapi' di segenap sudut ruangan hati....untuk 'dilepaskan' pergi...

tiada 'had' usia dalam 'melepaskan' suatu 'pemergian'....biar apa pun cara dan sebabnya...ianya tetap 'tertinggal'....menjadi sebahagian 'pengkisahan' hidup...untuk suatu perjalanan...dalam kembara ke alam abadi...

semoga yang 'pergi' dan yang ditinggal pergi....berada dikalangan mereka yang beriman dan dikekalkan iman...pada-Nya yang Maha Esa...

al-fatihah....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Keyphochee said...

Salam takziah dari sy sekeluarga buat K.CC...Al-Fatihah..Moga rohnya ditempatkan di tempat orang yang beriman dan beramal soleh..InsyaALLAH..

lurun namzar said...

smuga kuarga tabah menghadapinya.

Diyanazman said...

al Fatihah.. i hate farewells..apatah lagi yg pergi takkan kembali.. :( semoga dicucuri rahmat akan rohnya..

Princess Nur said...

Al Fatihah..semoga abe chor ditempatkan bersama2 orang yg soleh..terharu knur baca entry ni :(

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam takziah dr atie tuk k.CC .Semoga beliau sekluarga tabah menghadapi ujian dr ALLAH ini.Al-fatihah

raihana latif said...

salam perkenalan...
takziah...al-fatihah..smoga roh nye di tmpat kn di kalangan org beriman..amin..

Shuhaida Fuad said...

salam kak sue,
sy ida, anak sdara uncle farid yg dok kt taiping...thanks a lot for this entry...wpun knal ka sue melalui blog ni sj, tp trase sgt dekat...moga hubungan yg pernah terjalin xkan putus...

Fara said...

takziah dan alfatihah diucapkan...sedih bila org yg dsayangi pergi utk selamanya..ku harap aku sekuat dan setabah org yg telah melalui kehilangan org tersayang jika takdir itu berlaku..

nifalnin... said...

al-fatihah

semoga arwah tenang dan damai di syurga ALLAH...

teruskanlah doa dan alfatihah utk mereka yg telah pergi meninggalkan kita...

aminnnn...