Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/08/2011

Selera Kampung-Ku di Cinnamon Coffee House, One World Hotel

(Sponsored Post)

Alhamdulillah, akhirnya bulan yang penuh keberkatan tiba juga. Ramadhan kali ini seperti satu Ramadhan yang istimewa buat saya. Lebih istimewa, 2 hari sebelum menjelangnya Ramadhan, saya dijemput oleh One World Hotel untuk merasai buffet Ramadhan mereka di Cinnamon Coffee House yang bertemakan Selera Kampung-ku.

Perkataan pertama tatkala saya melangkah masuk ke Cinnamon Coffee House -- wow!

Ini adalah suasana indah yang menyambut kedatangan saya sewaktu masuk ke cafe ini. Saya perlu setuju, separuh daripada persekitaran cafe ini yang tenang telah membuka selera saya. Makanan yang terhidang dikiri, kanan, depan dan belakang saya membuatkan saya beberapa kali menyebut 'wow' dan 'wow' :P Menjadi penggemar makanan sejati, ini adalah sangat heaven! Maka, selepas bersalam dan bertegur sapa dengan Becky, Diyana dan beberapa orang lagi, saya dengan happynya mengelilingi dahulu 'lembah' makanan yang terhidang itu. Ambil feel dan nak spot dulu apa yang menjadi prioritynya :) Lepas saya dah tinjauan pertama tu, SEMUA makanan yang ada di KL ada di Cinnamon Cafe! Sebut aje nak makan apa, makanan arab, nasi ulam, yong taw fu, masakan kampung & hawkers kuew teow.

Ini adalah apa yang saya makan di pusingan pertamanya :P
Beef steak, Salmon with Cranberries sauce, Lamb roster & mint + potato wedges.

Pilihan saya yang saya suggest korang cuba bila berbuka disini nanti :

Salmon grilled with cranberries sauce
Pilihan yang sempurna sekiranya anda adalah penggemar Salmon.

Assorted Dim Sum Of Steam, Pau with Chili & Sweet Sauce, Putu Piring, Putu Mayam, Kacang Kuda Rebus
Kalau ditanya berapakah ranking markah yang saya berikan untuk Dim Sum ini, saya akan kasi 110% Dua kali saya menyerbu station Dim Sum ini dan saya paling sukakan Dim Sum telur masin (betul ke?) yang saya makan. *tengah tulis ni pun dah meleleh air liur terbayangkan Dim Sum* O-M-G!

Marinated Roasted Whole Lamb with Garlic Rosemary Sauce
Dagingnya yang tender, tidak berbau dan dimasak dengan sempurna.

Nasi Ulam

Yong Taw Foo

Pizza

Sajian Masakan Melayu

Terdapat pelbagai sajian yang disajikan di Cinnamon Cafe. Di bulan mulia ini, apabila sepanjang hari kita berpuasa, saya yakin melihat sahaja pada hidangan-hidangan yang disajikan oleh chef-chef handal ini akan membuatkan selera anda terbuka. Selera Kampung-Ku adalah bertepatan apabila Gulai Tempoyak Ikan Patin Pahang dan Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Berikut adalah menu-menu yang disajikan di Cinnamon Cafe.

Gulai Tempoyak Ikan Patin Pahang - saya tidak perlu pergi ke Temerloh untuk merasai keaslian Ikan Patin Pahang ini.

Gulai Lemak Cili Api Siput Sedut - sesi sedut-menyedut di Cinnamon Cafe adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Tak lengkap selera kampung sekiranya tidak diserikan dengan ulam-ulaman, sambal dan kerabu. Cinnamon Cafe mempunyai pilihan yang pelbagai dan mampu menepati citarasa saya. Sambal seperti Sambal Tempoyak, Sambal Budu , Sambal Belacan , Sambal Cincaluk , Sambal Hijau, Sambal Cili Manis, Sambal Mangga Pedas , Sambal Kicap Pedas, Sambal Kacang dan Sambal Asam Jawa ada disajikan disini begitu juga dengan pelbagai kerabu yang terhidang seperti Urap Pegaga Sari, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Udang Dengan So Hoon, Acar Rampai Mahligai, Kerabu Mangga Bunga Kantan dan Kerabu Taugeh Bercili.


Selera makanan Melayu tidak habis disitu sahaja, pelbagai jajan dan jeruk tersedia menanti anda seperti aneka Keropok , aneka papadom , Tempeh Ikan Bilis Berlada, Telur Masin, Paru Goreng, Hati Goreng Kicap, Ikan Masin, Ikan Masin Talang, Ikan Masin Talang, Acar jelatah, Acar Buah, Acar rampai, Ikan Masin Sepat ,Jeruk Kedondong, Jeruk Anggur, Jeruk Betik , Jeruk Kelubi, Jeruk Cermai, Jeruk Mangga Muda, Jeruk Pala, Lemang , Ketupat Palas, Nasi Himpit, Serunding Ayam, Serunding Daging. Pendek kata, saya naik mengah nak habiskan semua makanan yang saya ambil.

Sajian seperti mee udang yang saya pernah nikmati di Kuala Sepetang juga ada disini. Udang dan fish ball yang bersepah dalam mangkuk tu adalah markah bonus yang buat saya tak berhenti makan. Roti Jala dan kari juga ada.

Mee Udang

Roti Jala

Hidangan nasi seperti Nasi Tomata, Nasi Kerabu, Ikan Bakar, Tempura, Sate, Ais Kacang ada dihidangkan.

Nasi Tomato

Ketam Bercili

Itik panggang yang menjadi kegemaran FIL.

Ini semua adalah kegemaran FIL saya. Kalau belanja makan kat sini sure dia suka.

Menariknya, di station Pencuci Mulut selain Chocolate Fountain, terdapat juga kuih-kuih yang selalunya terdapat didalam balang Hari Raya seperti Almond London dan Tat Nenas. Terasa dekatnya suasana 1 Syawal apabila melihat sahaja biskut-biskut glamour semasa Aidilfitri itu.

Jelly yang kiut-miut :)

Kuih-kuih Melayu seperti kuih lapis, apam dan Seri Muka terasa seperti berbuka di rumah Bonda :)

Kek

Buah-buahan (sukakan bekas epal tu) :p

Untuk bulan Ramadhan ini, Cinnamon Cafe menawarkan Buffet Ramadhan dengan hidangan makanan yang pelbagai untuk semua bermula pada 1 - 31 Ogos 2011. Jangan lepaskan peluang untuk berbuka disini bersama keluarga, rakan-rakan sepejabat ataupun teman-teman rapat. Sekiranya untuk tempahan berkumpulan dan ada yang nak privacy sket, pihak Cinnamon Cafe ada menyediakan pakej berlainan untuk anda. Perkhidmatan Take-Away untuk Ayam Rendang, Rendang Daging, Serunding dan Lemang juga disediakan.

Harga Pakej:

Buffet Ramadhan
RM108+ (Dewasa)
RM54+ (4-12 tahun)

Berkumpulan
RM130+

Take Away
RM180+

Contact:
03-7681 1157

Lokasi:
Cinnamon Coffee House
One world Hotel
First Avenue
Bandar Utama City Centre
47800 Petaling Jaya
Selangor

Buffet Ramadhan bermula pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Kemudahan Lain Yang Disediakan:
Surau
Ruangan letak kereta yang luas

Rating:
9.5/10

2 comments:

Sweeth tooth said...

So much food. Good photography.

Kian Fai said...

hmm I miss the salmon and Pizza and pasta! argh geram :P