Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/08/2011

Egyptian Magic Cream sesuai digunakan untuk kulit eczhema :)

Pertengahan bulan Ogos lepas, saya ada menulis entri Kelemahanku Itu Kamu yang mana dalam entri itu saya bercerita mengenai beberapa kegusaran hati saya dengan Lope. Salah satunya adalah berkenaan dengan masalah rashes yang dialaminya.

Saya sememangnya bersyukur dan bertuah kerana berkongsi cerita mengenai Lope di sini dan juga di Facebook dan Twitter saya kerana ramai yang berbaik hati untuk berkongsi tips dan petua bagaimana menangani masalah kulit ini.

Personal Message dari Hanim

Tips & Petua dari teman-teman/saudara-mara di FB :)

Salah seorang yang tampil cuba membantu saya yang runsing dengan masalah rashes Lope ini adalah Nurul - teman sekerja saya. Pada mulanya, dia agak teragak-agak untuk memberitahu saya. Saya berterima kasih kepadannya kerana memberi saya 10g Egyptian Magician Cream (EMC) untuk dicuba ke atas pipi Lope. Pada mulanya, saya agak keberatan. Bukan apa, saya tidak berani untuk menggunakan sebarang cream kerana kulit Lope terlalu sensitif kecuali disarankan oleh Dermatologist sahaja.

Sebelum saya menggunakannya, saya google terlebih dahulu. Ini yang saya dapat dari carian google saya di Egyptian Magic Cream. Testimonials yang saya baca di website berkenaan agak mengkagumkan.

Kandungan EMC yang terdiri daripada minyak zaitun, bees wax, madu, bee pollen, royal jelly dan bee propolis adalah 100% bahan semulajadi. Malah, menurut testimonials, EMC yang digunakan untuk rawatan ekzema dan psoriasis turut digunakan sebagai pelembap kulit, make-up remover, luka, kesan terbakar, ruam lampin & kulit, cacar air, strecth mark, berparut, gigitan serangga, sun-burn dan banyak lagi. Yakin dengan pembacaan di website, saya seterusnya bersetuju untuk menggunakan cream ini ke atas Lope.

Kulit pipi kiri Lope sebelum menggunakan EMC

Pada mulanya, saya menyapu EMC di pipi Lope jam 11 malam, selepas dia sudah lena. Keesokan paginya, saya kagum dengan hasil pipinya yang bertukar warna dari warna kemerah-merahan kepada pink. Malah, EMC benar-benar melembapkan kulit Lope yang mana sebelum ini kering dan bersisik.

Oppps, sila tengok Lope, bukan lelaki kacak yang mendukungnya :P

Lihat kulit Lope selepas seminggu menggunakannya. Walaupun masih belum kembali kepada kulit asalnya, namun ianya berkesan. Saya yakin dengan izin Allah, sekiranya digunakan secara berterusan, kulit Lope akan menjadi seperti biasa.

Dengan bantuan Nurul juga, saya terus beli EMC tanpa was-was dari Ummi.Beauty.Centre yang menawarkan harga yang berpatutan dan servis yang cepat dan pantas. Secara peribadinya, selepas menggunakan sendiri EMC, saya menyarankan agar menggunakan EMC sekiranya anda mempunyai masalah kulit atau menggantika lotion anda.

Ini EMC saya yang saya terima pada 19 Ogos 2011 selepas membuat pembayaran pada 18 Ogos 2011 jam 11.00 malam. Cepat kan? :) Oh, tak lupa. Dibelakang gambar EMC tu adalah Nurul & Naida. Terima kasih Nurul sebab introduce EMC yang bagus ini.

Harga: RM120.00 (termasuk kos penghantaran)


3 comments:

oshin-jamel said...

time kasih ats info yg sgt bagis put..acha pon ade exzema...dah x tao nk wat ape dah....huhuhu!!!oshin nk try jugak la cream nie...manala tao kot2 elok tuk kulit acha..maceh byk2 yer put!!! =)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Oshin-Jamel

Put tulis review ni sebab Put sangat berpuas hati dengan EMC. Sebelum ni pun, Put sendiri rasa bimbang sangat dengan kulit muka Lope yang sangat sensitif. Insya Allah, berkat usaha, Allah sembuhkan juga kulit Acha :)

mamaacha said...

my Acha pun ada ekzema ni....penuh kat kaki gan tangan sian sangat2...asyik duk garu jer...nk try gak lah