Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/07/2011

Perkembangan Lope yang membuatkan saya seorang mama yang gembira!


Tak puas rasanya 2 hari bersama Lope dan Obiya. Hujung minggu dan kami sekeluarga berada dirumah sahaja tidak kemana-mana. Selain orientasi waktu tidur bermula jam 10 malam kepada Obiya berjaya dilakukan, saya menemui penemuan baru ke atas Lope. Selaras dengan umurnya yang meningkat, perkembangan emosi dan pertuturannya bertambah. Terkini, yang saya perhatikan sudah pandai memahami dan mengajuk cakap.

Beberapa hari lalu saya berpuasa, kerana lewat pulang dari pejabat, selepas saya bersolat maghrib, saya mengajak Encik Bubu untuk keluar makan. Tidak larat untuk memasak. Saya bercadang untuk keluar berdua sahaja kerana ingin segera pulang. Sewaktu saya mencium ubun-ubun Lope sebelum keluar rumah, sambil berpesan "Lope, Mama keluar buka puasa sekejap" anak matanya memandang tepat ke arah saya. Waktu itu, dia di atas ribaan Bibik.

Matanya sayu memandang saya. Saya menentang pandangan matanya untuk beberapa saat dan kemudian, dia memanggil "Mam-ma" dalam nada kesayuan. Saya tersentuh dan mengambilnya dari Bibik. Sewaktu saya mengambilnya, dia sudah terkinja-kinja keriangan. Saya tidak sampai hati meninggalkannya. Akhirnya, saya hanya berbuka puasa dengan telur goreng kerana tidak sampai hati meninggalkan Lope.

Lope kini juga dah pandai menjawab komunikasi dengan saya. Pada pengamatan saya dahulu, Lope akan berulang kali menyebut "bah-abb-bah" ataupun "sheh-bah" (sheh-bah adalah panggilan gurauan mengusik Abahnya dan sheh-ma adalah untuk Mama) - walaupun Encik Bubu tiada bersamanya. Setiap kali saya bersamanya juga, saya akan menegur "Lope selalu panggil nama Abah je, panggil la Mama pulak. Kesian Mama kat depan Lope ni". Lazimnya, dia akan mengulang perkataan "abb=bah" itu untuk beberapa kalinya juga tanpa memberi respon kepada saya.

Bezanya kali ini, dia akan memandang dan dalam keadaan sedikit tergelak dia memandang saya sambil menjawab "mam-ma, mam-ma". Saya yang berada didepan dia tergelak keriangan waktu pertama kali mendengarnya kerana Lope respon kepada saya. Alhamdulillah. Selepas itu, dalam beberapa keadaan yang berbeza, saya mencuba lagi mengulang soalan yang sama sewaktu Lope memanggil abahnya, dan setiap kali itu, Lope memandang ke arah saya dan memanggil "mam-ma". Setiap kali itu juga, Lope tidak pernah gagal membuatkan saya menjadi mama yang paling gembira di dunia ini :p


5 comments:

IntaNBerliaN said...

hihii bestnya.. tahniah ye sbb lope dah bjaya pggil mama... :-)

ummu muhammad said...

begitulah fitrah insaniah seorang ibu..sgt gembire dgn setiap prkembangan si anak dan yg paling luluh apabila dia memanggil kite..gugur segala keringat penat degn ikhlasnya walau hanya si anak tersenyum melihat kite yg keletihan..

MARIA LIZA said...

sangat gembira bila kita mengharapkan anak2 dapat memanggil kita dengan panggilan yang sungguh menyentuh naluri keibuaan kita...

kakyong said...

tahniah buat lope.. semoga selepas ni semakin bertambah vocab nya...

memang sgt membahagiakan bila anak dpt menyebut ibu/mama/mak...

nurarinab said...

Salam Puteri Nur, i just found ur blog from cindelyna's blog.Saya sangat kagum dengan awak sbb tabahnya menjaga Lope yang istimewa :)n si comel Obiya.I'm sure,u're a positive minded person from ur writing.btw,I nak suggest u 1 buku written by an autistic savant,Daniel Tammet.Tajuk dia "Born on a blue day". Die cerita macam mana mak die jaga die since he was small n now he one of the world's "100 living genuises".Hope u become inspired more when u read his story.

Btw, nice meeting (not sure if its proper to use dis word actually..hehe) u Puteri :)