Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

09/07/2011

Mission accomplished!

Entri Cerita Seorang Mama Yang Bersalah sangat meninggalkan impak kepada saya. Saya menerima semua cadangan, nasihat serta teguran yang dicoretkan. Nasihat dan cadangan yang baik, saya ambil dan praktikkan manakala yang tidak membina saya jadikan sempadan. Salah satu cadangan yang saya suka dan memberikan saya satu nasihat yang baik adalah dari Diyana Azman.

Inilah salah satu keindahan blogging - berkongsi pengalaman dan nasihat.

Sepanjang minggu lalu, saya komited mengubah waktu tidur Obiya. Ini adalah cabaran kepada saya. Kalau sebelum ini, saya tidak menghadapi masalah seperti ini dalam menguruskan Lope. Waktu tidur, makan dan bermain Lope adalah mengikut jadual yang telah saya tetapkan. Lope tidur jam 9 malam dan bangkit jam 7 pagi. Lope makan nasi 3 kali sehari diselangi dengan 2 kali snack time dan sepanjang hari, Lope bermain dan disebelah siangnya Lope akan tidur selama 30 minit hingga 1 jam sehari. Anak autistik saya memang menjalani rutin yang sama dan amalan itu menyihatkannya.

Apabila saya membesarkan Obiya, rutin yang saya tetapkan itu tidak menjadi. Obiya ialah seorang kanak-kanak yang ingin menerokai alamnya, mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan seorang yang menolak apabila kita mahu mendodoikannya. 3 kriteria yang berlainan 360 darjah dari abangnya. Maka, cara serta taktik untuk mamanya juga harus berbeza. Mungkin bagi ibubapa yang mempunyai anak normal seperti Obiya tidak menghadapi masalah ini, tetapi bagi saya yang baru 4 tahun bergelar mama, dan orientasi selama 2 tahun pertama adalah didalam cara berlainan, kadang kala saya juga lupa bahawa Obiya adalah 100% berbeza dari Lope.

Maka, saya bermesyuarat dengan Encik Bubu. Bukan saya tidak menyedari bahawa tidur secukupnya untuk anak adalah perkara yang penting dalam membina sistem imunisasi anak, perkembangan otaknya serta rehat yang secukupnya. Akhirnya, kata sepakat kami capai. Beberapa cara saya lakukan untuk tune kembali waktu tidur Obiya kepada waktu sepatutnya. Target kami adalah jam 10.00 malam sudah tidur. Selepas melalui 5 malam dengan mamanya mempraktikkan arahan berkurung, arahan tutup lampu dan tidur bersama dengan Pinky dan Baby, semalam adalah malam kemuncaknya apabila jam 10 malam dan rumah kecil saya sudah sunyi dan sepi tanpa ketawa dan tangisan 2 makhluk kecilnya.

Obiya - anak yang penuh dengan kejutan untuk saya :)

Terima kasih di atas semua komen, cadangan, nasihat dan berkongsi pengalaman mendidik anak. Saya masih baru menjadi seorang mama dan masih banyak yang ingin belajar.

3 comments:

alyyani said...

betul2. mcm nanny 911. kena disiplinkan anak. :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

hehehe. malam ni, Obiya dah tidur jam 8 malam.

ummu muhammad said...

pengorbanan seorang ibu memang tidak ade penyudahnye..teruskan bersabar dlm mendidik anak ;)