Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

01/07/2011

Menjadi ibu - ratu kepada anak-anak dan permaisuri hati suami

Menjadi mama kepada Lope dan seterusnya kepada Obiya tidak menjadikan saya seorang ibu yang sempurna. Jauh lagi nak mencapai titik kesempurnaan itu. Jika mahu diukur kesempurnaan, ianya terlalu subjektif, maka terpulang pada individu masing-masing, bagaimana tafsiran sempurna itu yang mereka impikan.

Menjadi diri saya, bukan kesempurnaan yang ingin saya gapai. Saya masih saya, dan adakalanya saya berperanan sebagai seorang awek kepada Encik Bubu yang mana ada masanya saya perlu teman dia keluar dating dan dalam pada masa yang sama saya perlu tinggalkan anak-anak di rumah. Terlanjur saya bercerita mengenai saya, terasa ingin menulis begini disini. Menjadi ibu bukan bererti perlu menjadi ratu kepada anak-anaknya sahaja, malah kepada sang suami juga.

Ada masanya saya menjadi mama kepada Lope seorang sahaja apabila saya membawanya menjalani terapi. Saya yakin, tak semua ibu perlu meredah kepenatan membawa anak menjalani terapi dan gigih melakukan urutan dan senaman sendiri di rumah bagi merangsang pergerakan anak. Menjadi ibu kepada Obiya pula adalah berbeza kerana saya tidak boleh melayani Obiya sama seperti Lope. Mungkin, untuk sesetengah orang, bila saya bercerita didalam entry mengenai memarahi anak kerana kepenatan adalah suatu tindakan yang bodoh.

Saya tidak melentingkan sekiranya ada yang memanggil saya bodoh. Saya sendiri pernah dimarahi ibu saya sendiri kerana saya mengada-ngada menuntut perhatian di saat sang ibu sedang penat. Saya tidak salahkan ibu saya, tetapi ia menjadi pengajajaran untuk saya lebih berhati-hati untuk mengada di masa hadapan iaitu sewaktu anginnya sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa. LOL! Come on, kalau korang seorang ibu sendiri pun, ada tak korang marah anak korang masa korang penat? Tak perlu jawab, cuma itu perkara biasa.

Apabila entry saya "cerita seorang mama yang bersalah" ditulis, niat dihati untuk menjadikan ianya satu peringatan buat diri sendiri, agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Memang benar, saya bersalah kerana memarahi anak tetapi menjadi manusia, manakan bisa hidup tanpa membuat kesilapan? Inilah proses kehidupan, buat salah dan menyedari itu adalah kesalahan dan tidak mengulangi lagi di masa hadapan. Maka, catatan di my.lilttle.secret ini juga adalah satu catatan peribadi untuk Lope dan Obiya baca di hari tua saya betapa mereka berdua adalah jantung hati saya dari hari pertama mereka berada di alam rahim saya sehingga ke detik saya menutup mata.

untuk ini - terima kasih kerana menjadi pembaca yang prihatin

:)

21 comments:

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan...begitu mudah dinilai...pabila tiap 'mata' yang memandang...tiap 'telinga' yang mendengar....menjadikan 'pendengaran' dan 'penglihatan' sebagai 'pemutus' serta 'penentu'....namun ada kah benar apa yang dilihat...dan apa kah yang didengar itu adalah hakikat..?

sedang kan yang jelas dan nyata itu....tersirat di sebalik yang 'tersurat'.....atas fitrah makhluk bernama manusia....yang berpegang pada prinsip....percaya dan yakin....pada-Nya...yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....Penentu...Pemutus...Pemilik....tatkala perjalanan kehidupan....menuju ke alam abadi....yang diimpikan adalah redha daripada Ilahi.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Syieda Zikri said...

utk k.Put - mulut tempayan, mulut periuk, mulut cawan semuanya boleh ditutup, mulut manusia, suka ati dia je nk bukak & ckp apa2 & bila2 msa pn kn.. =) sabar jelah kak ye.. =)

kpd lajugiler - u will know 1 day bila u dh jd ayah/emak kpd anak u...hidup ni mcm roda..u mngata org, 1 day org akn mngata u plak.. moga2 dijauhkan.. =)

Bicara hati ibu aisya said...

Betul kata-kata put tuh.Saya sokong.Tak payah dilayan kata-kata orang tu put.Kita bukan sahaja bergelar IBU malah kita juga adalah seorang ISTERI.Lebih-lebih lagi bagi yang bergelar PEKERJA.Ada ketika kita juga perlu masa untuk DIRI SENDIRI.Kita bukan robot yang xada perasaan, xkenal penat lelah, xreti keinginan dan xmahu merasai keseronokkan.Setiap manusia ada tahap kesabarannya.Tak salah memarahi@memukul (tp ada batasnya) kalau saja tujuannya adalah untuk MENGAJAR si anak.
‎'Bercakap memang mudah'.Cuba berada pada situasi orang yang menanggung.Baru tahu apa perasaan sebenarnya!

Tina Othman said...

adakalanya kita juga perlukan masa untuk diri sendiri =)

kakyong said...

hal mcm ni bukan buleh kita menduga ia nya nak berlaku..

kakyong yg dok rumah ajer & bila terlalu lama spend buat kerja depan lappy... anak2 -un buat perangai jugak.. sajer depa nak perhatian.. kdg2 bila ade yg perlu diuruskan segaera.. dok lah bertangguh dgn anak.. sampai anak dah mula mengamuk, kita plak jadi hangat hati...

all this putaran kehidupan., we learn a lesson dr setiap tindak tanduk anak2..

kakyong x nampak any reason org nak salahkan sbb nur g tgk movie ke.. the point anak2 hanya nak kan perhatian.. kakyong pun not a gud mom, tp cuba utk 'melihat' sign yg ditunjukkan dr tingkah laku anak2..

sama2 kita berusaha menjadi ibu yg terbaik utk anak2 kita.. biarlah org pandang kita x sebaik mana.. tp di hati anak2, kita tetap no1... apa2 hal pun, always pray semoga anak2 tetap menoleh & mencari ibu dalam susah dan senang, sehingga kita pejam mata..

Norazo Aslan said...

I know u puter and i bet lajugiler dont know who u are. Let them talk. Let them judge. Time will tell everything..

Syafinaz Ali said...

Kakak,
Mencari kesalahan orang adalah lebih mudah dari membetulkan kesalahan.

Sy pun seperti kakak.Ada masa hilang sabar krn kepenatan.Pernah jg terlepas memarahi anak sendiri kemudian menyesal.Kita bkn la ibu yg sempurna cuma kita sentiasa berusaha utk menjadi sempurna.

Cara org yg bg komen tu,bila benda tak kena batang hidung sendiri memang la sedap bercakap.Cuba masuk dlm situasi tersebut baru la faham.

Apapun,kakak mmg seorg yg tabah.Sy ada baca tulisan akak dibhgn Surat/Emel akak di majalah Pa & Ma "Anak,ibu istimewa".

Shasha said...

Put, biarlah ada orang nak kata apa..u know ur family better than them..life is too short and lets celebrates it nicely. Ketepikan sebarang perkataan yang tak membina...tak de pekdahnya pun kan...

lajugiler said...

...smua akan sokong awak, sokong ape yg awak ckp..ape2 jerlah..hahahah

Syafinaz Ali said...

Laju giler,

Kita tidak menyokong secara membabi buta.Apa yg betul harus dikatakan betul,apa yg salah tetap salah cuma bahasa kamu itu kurang sesuai.

Kakak hanya meluahkan apa yg dilaluinya.Perkara biasa yg dilalui ibu2 yg mempunyai ank kecil.

Tiada manusia yg tidak pernah melakukan kesilapan.

Apapun,menjadi seorg ibu sememangnya satu cabaran lebih2 lg mereka yg mempunyai ank istimewa.

Kakak menjadikan penulisan satu medium bgnya berkongsi cerita dan tidak salah utk komen cuma bahasa kamu terlalu kasar.

Maaf kalau terasa.Tetiba saya pula beremosi.

Noina said...

Put..sori ina baru baca entry ni..
Ina sendiri pun sekarang ni banyak habiskan masa untuk diri sendiri. Sibuk dengan kelas menjahit..gi gym..dan sibuk mencuba bisnes sepit rambut. Dulu ina mmg takde kesempatan untuk buat semua ni sebab fikir Nabila perlukan ina. Tapi bila lama2 pikir..seharusnya kita juga perlu ada masa untuk diri sendiri bukan. tak salah Put nak tngok wayang..sebab itu kadang2 akan buat kita lebih rileks tanpa memikirkan hal anak2. Itu bukanlah sebab put tak sayang Lope dengan Obiya, cuma kita kadangkala sebagai ibu yang punya anak istimewa perlu hak untuk diri sendiri.. :)
Pedulilah apa org nak kata..tu rumah tangga kita..orang bukan tau apa yang kita rasa.. :)

Min Min said...

Kak, just ignore the big mouth...
Sebagai seseorang yang multitasking (from my eyes),u deserve to have your own time...even just a minute n I believe u know what is the best for u n ur family...Orang tak tahu, cakap je banyak...Biaq pi mulut macam tu...

To Lajugiler,
Bila berkata jangan terlalu laju melemparkan kata2...
Kami bukan nak back up sesiapa secara membabi buta but please keep this in u head > Judge urself 1st before u judge others...N if u don't know who u want to judge, better SHUT UR MOUTH!

lajugiler said...

hahaha..ader lg yg x puas ht..mak2 zaman sekarang,mula nak pikir diri sndiri lah, nak ader mase utk diri sndiri lah,baik xyah beranak kalo nak ader mase utk diri sndiri,pandai beranak,bnyk sgt ckp mcm tu lah..tgk mak kite dulu mcm maner,ni sbb melampaulah,mentang-mentang ader org tlg jg anak kite, tu yg lemak sgt,smpai bdn pun berlemak-lemak

sy ckp pun beri pandangan,lantaklah ape yg sy nak ckp,mulut sy

Min Min said...

Laju giler: Are u paranoid?
Everyday open this blog just want to see who'll feedback your comments?
Or u jeles?
Pity u...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Laju Giler

Terima kasih di atas semua pandangan dan kata-kata yang dilemparkan. Selama ini, saya tidak memberi komen buat saudara/i melainkan satu entry tentang diri saya yang menjadi seorang isteri/ibu. Saya tidak salahkan saudara/i utk bercakap sesuka hati, memang itu adalah hak mutlak saudara/i.

Jika saudara/i beranggapan saya bodoh atau tidak pandai menjaga keluarga, itu adalah penilaian saudara/i. Saya tidak melenting, malah bersyukur kerana saya punya saudara/i yang prihatin membaca dan memberi komen ke atas beberapa entri di blog saya.

Nasihat yang baik diberikan kepada saya, saya terima dengan hati terbuka dan sudah ada yang saya implement saranan berkenaan di rumah. Mana-mana kata nista dan elemen yang ditulis diruangan komen ini untuk menjatuhkan saya, saya tetap approve (walau saya ada kuasa untuk tidak meluluskan komen saudara/i) untuk teman-teman lain baca dan buat sempadan.

Sekali lagi, terima kasih di atas semua komen. Orang ikhlas seperti saudara/i memang patut wujud di dunia tetapi lebih elok jika memperkenalkan diri dengan nama sebenar dan bukannya di sebalik nama LAJU GILER.

:)

alyyani said...

amboi laju giler. kasarnya ko punya bahasa..

"tgk mak kite dulu mcm maner,ni sbb melampaulah..."

mak ko dulu camne? tak ajar budi bahasa ke? ke ko mmg tak boleh nak diajar?

peace no war!!!

Norazo Aslan said...

GO GO Puter.. GO GO Min Min

To manusia yang benick lajugiler, i am so touch by your comment mak2 zaman sekarang,mula nak pikir diri sndiri lah, nak ader mase utk diri sndiri lah,baik xyah beranak kalo nak ader mase utk diri sndiri,pandai beranak,bnyk sgt ckp mcm tu lah..tgk mak kite dulu mcm maner" hello mak mak ni pong ada keinginan ada kemahuan takkan ko xder? ko nak beranak jaga anak jer ke? ko pasti ke? ko xnak jalan2 manja2 ngan husband ko ke? kalau ko sanggup abaikan kemahuan dan keinginan husband ko persiap siagakanlah diri anda untuk DIMADUKAN! dont forget husband2 zaman sekarang ni x mcm dulu2. setia. husband zaman sekarang ni pun PANDAI CARI LAIN! pastu market dr pelbagai bangsa pun bersepah kat negara ni! ataupun ko dah sedia menyerahkan husband ko kepada org lain??

Mengomen tu tak salah. guna bahasa yang sesuai. kata orang malaysia, berbudi bahasa. ayat mcm seorang insan yang gerenti devoted pada anak tp bahasa mak oiiiii mcm org yang suka tinggal anak pulak aku rasa. aku yakin hang ni perempuan sbb klu lelaki xdernyer nak baca blog ibu2 mcm ni. ke ko ni lelaki lem??? klu ko perempuan ko pun maybe seorang ibu atau bakal jadi ibu insyaallah so tanya diri anda baik2 k.

Min Min said...

Jia,I nak add sikit...
Sorry to say lah kan...My mom even she just stay at kampung dan sudah berumur lewat 50an dan seorag surirumah semenjak berkahwin dengan abah kami, dia still sempoi...
Bila-bila nak keluar dengan kawan-kawan, bila nak keluar dengan abah kami, bina nak keluar dengan anak-anak dia akan keluar...
Seingat kami, tak adalah sentiasa 24jam mengadap kami adik beradik...
Berkata-kata sebelum berfiki parah akibatnya...
Terlalu emo pun teruk padahnya...

#Fakkir Qabla An Tatakalla Ya Lajugiler!

AhHcOmEy said...

lajugiler ni bodoh kot..stalking blog org..muahaha..kesian paranoid..orang yang buat salah mmg paranoid takot.balik jaga suami la wey..lenkali keluar g mane2 jgn lupe bwk anak sekali...klu boleh bwk mak ayah sekali..buang semua kawan dr idup...idup ko mmg ade anak2 suami je kan..pathetic gila idup ko.

owh ini comment aku lajugiler.suka ati aku la nak ckp apa pun.

Syerah Omar said...

Semoga Allah bagi hidayah untuk Laju Giler.

If you truly care for someone, make dua for them. If you truly dislike someone, make dua for them. Dua is universal. It heals everything.

to laju giler, Allah knows everything.Semoga anda diberi hidayah kalau nak menegur biarlah secara berhikmah.

lajugiler said...

sy belum kawen lalalalala...ada lg tukang back up...hahahaha