Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/07/2011

Kenali Lope - anak autistik saya

Semalam saya sibuk di twitter dengan bercerita mengenai Lope menggunakan hashtag #autistik. Korang boleh check apa yang saya dah tweet semalam dengan bangganya bercerita mengenai autistik kat sini. Saya rasa, seperti perlu untuk bercerita mengenai anak autistik saya, sekurang-kurangnya 10 random points yang orang tidak tahu mengenai Lope dan autistik ini. Ada beberapa rakan saya yang rapat 'takut' untuk mendekati Lope. Takut disini bukan kerana Lope ni jenis makan orang atau kelihatan ganas, tetapi takut jika tidak kena gayanya. Jom, saya cerita mengenai seseorang yang istimewa dihati saya :)

Mama say its OK to be different - Megat Idris Naquiyuddin a.k.a Lope
1.
Lope disahkan sebagai seorang kanak-kanak Autism yang mengalami Global Developmental Delay (GDD) seawal usia 8 bulan oleh Hospital Kuala Lumpur. Sebagai seorang ibu, perkembangan dari saat anak itu keluar dari rahim adalah amat penting. Belajar dari pengalaman, pantau perkembangan anak anda seawal usianya dengan carta perkembangan fizikal kanak-kanak. Jika terdapat kelainan, sila berjumpa dan merujuk dengan doktor.

2.
I bet, ramai yang kalau pertama kali melihat Lope akan tertanya-tanya kenapa budak berusia 4 tahun ini baik sangat tidak berlari ke hulu dan ke hilir seperti lincahnya si adik sebaliknya hanya duduk diam di atas strollernya. Lope masih belum berjalan, malah Lope juga tidak merangkak. Lope bergerak dengan menggulingkan badannya, kemudian Lope akan berdiri di atas lutut dan dalam posisi duduk di antara 2 sujud, Lope akan melompat. Itulah cara Lope bergerak.

3.
Lope akan menjadi kanak-kanak yang paling baik sekiranya Lope tidak lapar, lampin dalam keadaan bersih, tidak mengantuk dan dalam keadaan sejuk. Sekiranya Lope berada di kawasan panas, ianya boleh menyumbangkan faktor ketidakselesaan seterusnya menangis non-stop selagi tidak beralih ke tempat yang nyaman. Paling teruk, kulit Lope akan bertukar merah dan eczema akan mengambil alih di kulit-kulit Lope.

4.
Sekiranya korang bertemu Lope atau orang-orang istimewa yang lain, anda tidak perlu untuk merenung dengan penuh ketakjuban sehingga mengakibatkan ibu (read:saya) rasa tidak selesa. Saya sudah berpuluh ribu kali melalui peristiwa di mana orang-orang yang dianugerahkan oleh Allah dengan sempurna fizikal dan akalnya merenung kami seperti kami adalah alien. Come on lah, anak istimewa juga seperti manusia-manusia lain. Memandang tak mengapa, tapi tak perlu kot sampai merenung, atau kemudian berbisik sesama sendiri sambil menjeling dengan pandangan jelik. Jika ada yang bersimpati, terima kasih namun bukan niat saya ingin meraih belas. Buat yang menjelik dan berpandangan "dah tahu dah anak tu macam "tu" , nak dibawa juga anak tu keluar" - silalah buka minda anda. Saya tak pernah malu, malah berbangga dengan Lope. Anak istimewa bukan lahirnya untuk disorok atau didiskriminasikan.

5.
Jangan tak tahu, anak-anak Autistik selalunya seorang yang good looking. Saya bukan bercakap mengenai Lope, saya bercakap mewakili keseluruhannya. Allah itu adil, dimana terkurangnya mereka, akan diberikan kelebihan ditempat lain.

6.
Lope berkomunikasi melalui tangisan dengan saya. Terdapat beberapa jenis tangisan yang menggambarkan kehendak Lope contohnya tangis sewaktu lapar, mengantuk, bad mood, sakit dan ingin bermanja. Semua ini tidak boleh belajar melalui pembacaan tetapi melalui pemerhatian dan kasih sayang saya yang tidak pernah surut untuk anak ini.

7.
Buat masa sekarang, Lope hanya menjalani terapi carakerja sahaja di Hospital Putrajaya dibawah jagaan Cikgu Amir. Physiotherapy dan Speech Therapy juga saya hentikan buat masa ini. Malah, hydro-therapy juga masih belum dimulakan.

8.
Jangan sesekali berjanji dengan Lope melainkan anda ingin benar-benar melunaskan janji tersebut. Berpegang pada janji adalah salah satu karekter kanak-kanak autistik yang mana mereka adalah lurus.

9.
Lope tidak suka dipeluk melainkan oleh mamanya sahaja. Rekod paling lama Lope memeluk saya adalah pada 18 Julai 2011 sewaktu dia sedang tidur iaitu selama hampir 5 minit. I just love the feeling!

10.
Sila jangan sentap sekiranya Lope buat dunno ajer bila korang panggil namanya. :P

Okey, sebenarnya ada banyak lagi nak tulis pasal Lope tapi memandangkan mamanya tidak larat maka akan disambung didalam entri lain. Buat masa ini, 10 tips ini diharap membantu anda mengenali anak autistik saya.

20 comments:

Min said...

nice knowing Lope! thanks to your mum... hope to see you when cikmin balik Msia nanti ye...

Ummiakid @ lily said...

Salam kenalan..
tak semua orang boleh tabah dalam situasi begini, apapun ketabahan anda pasti menjadi penguat semangat bagi ibu² yang menghadapi masalah yang sama. Saya selalu berfikir (ini berkenaan saya ye) anak yang sihat serta cukup sifat pun ada kala kesabaran saya teruji...agaknya mcm mana saya akan hadapi kalau berada ditempat anda...motif saya perlu bersyukur dgn apa yang ada dan hargai dengan sebaik mungkin...

BabyRayyan said...

as slm...semoga mama Lope mnjdi seorng mama yg kuat n tabah yer..suke tgk perkembangan Lope w/pun mamarayyan bru jer mengikuti blog puteri ni:)....

Pnut said...

Suka ayat awak yang ini
"Saya tak pernah malu, malah berbangga dengan Lope. Anak istimewa bukan lahirnya untuk disorok atau didiskriminasikan."

Bertepatan dengan deklarasi PBB dan Malaysia mengiktirafkan hak kanak-kanak ni petikannya:-

Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti:

1.Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih
sayang dalam suasana kekeluargaan.

2.Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara.

3.Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian,
dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.


sooo siapa mereka nak nafikan hak kanak-kanak?? terutamanya anak-anak istemewa...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Cik Min,

Lope pun sure gembira nak jumpa Cik Min dan keluarga :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

UmmiAkid @ Lily,

Seorang ibu itu flrksibel & kuat sifatnya. Apabila berada dalam situasi ini, saya yakin semua ibu boleh menghadapinya. Kekuatan itu datangnya dari Lope sendiri, saya hanya meminjam kekuatan Lope.

Salam kenal :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Baby Rayyan,

Selamat berkenalan. Mama Lope menulis di my.little.secret dengan harapan suatu hari nanti, dia tak lupa untuk membaca balik cerita istimewa yang ditulis mengenai perjalanannya menjadi ibu - sebab itu, kebanyakan ayat dalam blog ini menggunakan bahasa yang proper. Ini adalah jurnal kehidupan saya. Terima kasih kerana sudi singgah.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Kak Pnut,

Put sukaaaaaa dengan comment akak :) Akak dah tgk Sekali Lagi ke?

ummu muhammad said...

Allah datangkan ujian sesuai dengan kesanggupannya..semoga terus sabar dan tabah mama megat jr.! ;)

ummu muhammad said...

Allah datangkan ujian sesuai dengan kesanggupannya..semoga terus sabar dan tabah mama megat jr.! ;)

wani johari said...

salam perkenalan mama lope..thanks 4 sharing...saya kagum dgn ketabahan mama lope.... Allah menguji seseorang hambaNya mengikut kekuatan hambaNya melalui ujian itu..Allah Maha Mengetahui setiap hikmah yang tersembunyi.....

Noina said...

orang kata..tak kenal maka tak cinta..belum kenal lope tapi dah buat andaian macam2 itu bukanlah org namanya..
Ina suka entry ni..:)

Jaa said...

salam.... just nk share...

anak sedara saya pun autism jugak...skrg dh 6 tahun..belum bersekolah @ mendapat didikan di mana2 lagi...memandangkan kakak saya tgl di kg, agak sukar untk dia mencari tempat yg dekat dgn tmpat tgl...

saya sebagai adik xtau camner nk tolong dia...kl kt selangor ni, byk jer kump. sokongan... kt kedah(yan) saya rasa xde..kl ada pun kt A.setar....

anak sedara saya plak sangat aktif...x mendengar kata...kadang2 kesian tengok dia kena marah...

kanak2 yg lain suma ada yg takut nk dekat dgn dia....

ladysara84 said...

memg selut la kat mama lope...sgt tabah...yg pasti mesti ade hikmah di sebalik ape yg berlaku kn...mama lope jgn putus asa k...

Zach's Momma said...

Salam perkenalan.. Saya pembaca baru di blog ini. Sangat tertarik dgn sifat positif mama lope. Semoga saya pun dapat tabah dan remain positif seperti Mama lope :)

Sidratul Muntaha said...

lope..
teringat anak kak hanz...
same case mcm lope tpi dah beso...
chameleon chatter box blog dia klu tak silap
bru2 ni melahirkan at home thru hypnotize...
hanafi klu tak silap anak yg sulung tu mcm lope
the rest?!
hambali and hazlami..

FarahFafa said...

SALAM MAMA LOPE..

Saya sekeluarga berada dalam situasi yg sama dengan akak. Saya mempunyai seorang adik lelaki, menghidap sindrome autisme sama seperti anak akak. Sekarang Aiman Rafeeq suda berusia 8 tahun. Masih belum mampu berkata2 hanya kedengarah ma untuk mama saya dan bah untuk aba saya. Dia juga masi mampu berjalan. anya mengesot dan berguling. tp alamdulilla sejak beberapa bulan kebelakangan ni dy mampu berdiri, berjalan tp masih perlu dipimpin tangannya. Ini adalah saat yg paling abah dan mama saya tunggu..saat Aiman berjalan. Mama pernah cakap mama tak kisa Aiman tak bercakap tapi mama nak Aiman jalan. Sebak tak terkira akak. Tp selama 8 taun menjaga Aiman kami sudah kuat dan tabah malah berbangga kerana dengan adanya Aiman sekurang2nya Aiman dah bantu kami ke alam syurga. Pahala menjaga Aiman sedikit sebanyak memberi kami peluang untuk menghuni syurga yang indah itu. Mana tahu kan? Saya setuju dengan kata2 akak, kanak2 autistik sangat cantik rupa mereka. adik saya pun begitu dianugerahkan Allah dengan rupa yang sungguh menawan. Kulit putih melepak. Tenang bila pandang Aiman. Sama seperti Lope.. Aiman juga menzahirkan segala perasaan melalui tangisan, kadang2 rasa betapa menghampakan kerana kami tak faham apa yang Aiman nak sampaikan. Tapi kami sentiasa berusaha faham. Akak bersabarlah, sesungguhnya mereka adalah anugerah yg tk ternilai. Hanya yg terpilih sahaja boleh melalui dugaan dan ujian ini kak. Sesungguhnya Allah menyayangi hamba yg tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

Maaf panjang pulak tulisan saya.
Sekadar berkongsi apa yg dialami.
Salam kasih buat Lope.
:))

ZalinZalina said...

Salam kenal...15 tahun yang lalu pun kak ina sedih kenapa anak sulong kak ina tak macam kanak2 lain...umur 4 tahun masih tak pandai bercakap..terlaly hyperaktif..khayal dgn dunianya sendiri...tak pandai berkawan...tak suka dipeluk...buat tak tahu kalau kita panggil nama...rupanya anak sulong kak ina ada ciri2 mild autistik menurut kata doktor... tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus, sekarang abang long dah berumur 17 tahun dan membesar sebagai pelajar yang cemerlang... apapun kak ina harap awak kuatkan semangat dalam membesarkan Lope..

Ummu Raja said...

salam, apa kbr Lope hr ni? anak saya umur 5 tahun, mild autism. harap dpt jalinkan ukhwah bersama...nak tanya di Putrajaya ada khidmat Speech dan Occupational Therapy ye?

Puteri Nuur said...

Ummu Muhammad

Sebenarnya Lope yang kuat, bukan Mamanya ;) In sha Allah, membesarkan Lope adalah satu cabaran yang besar yang perlu digalas. Doakan kami sekeluarga sentiasa di dalam lindunganNya selalu.