Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/07/2011

Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion

(Sponsored Post)

Menjadi seorang ibu adalah satu proses kehidupan yang indah dalam jurnal seorang wanita. Dari saat mengandungkan si anak sehinggalah mereka dewasa. Salah satu part yang paling saya teruja adalah dalam melihat perkembangan si anak di saat mereka mula bertatih dan seterusnya berjalan.

Bagi saya, menyaksikan Obiya belajar bertatih dahulu dan kemudiannya berjalan memberikan saya satu pengalaman yang berbeza. Hingga ke saat ini, Lope masih dalam proses pembelajaran dimana dia harus bangkit berdiri dan berjalan. Bagi ibu-ibu yang ingin mengoptimumkan kemahiran anak anda berjalan, Fisher-Price : The Go Baby - Stride to Ride Lion adalah salah satu solusi yang baik untuk ditimbangkan.

Pernahkah anda terfikir, apakah perasaan anak anda yang berusia 10 bulan apabila melihat wajah Lion yang berwarna kuning keriangan, berhidung purple dan berambut orange dengan matanya memandang ke atas dalam gaya yang penuh dengan kelucuan? Jawabnya mereka akan melompat dan teruja untuk mencapainya!

Ini adalah gambar demonstrasi yang saya jalankan ke atas Obiya yang berumur 2 tahun + juga tidak terlepas dengan keseronokan ini. Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion. Terpandang sahaja walker ini, dia mula melompat-lompat kegirangan. Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak dari umur 9 sehingga 36 bulan yang mana ianya didatangkan dalam 2 ciri iaitu boleh digunakan untuk berjalan dan menunggang. Sepanjang menggunakan produk Fisher Price, perkara yang paling meyakinkan saya adalah produk mereka mengutamakan keselamatan penggunanya.

Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion boleh digunakan sebagai walker. Pengalaman saya menjadi seorang ibu, sewaktu Obiya berusia 9 bulan, dia telah menunjukkan minat untuk berjalan. Waktu itu, Obiya hanya mampu bertatih dari penjuru kerusi dari hujung kiri ke hujung kanan yang lain. Dengan Fisher Price - The Go Baby Go - Stride to Ride Lion, ianya mampu membantu anak-anak kita belajar berjalan dengan sendirinya.

Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion dapat membantu bayi meningkatkan kemahiran motornya dengan ianya memdorong bayi untuk mencapai tahap perkembangan fizikal yang baru serta menggalakkan kemahiran motor kasar bayi dengan belajar untuk berjalan kemudiannya menunggang. Setiap kali bayi bangkit dan belajar menapak, ianya juga dapat memberikan mereka keyakinan dengan berdiri, berpaut dan menolak dengan yakin. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga turut dihiburkan dengan muzik yang seronok untuk berjalan-jalan.

Sewaktu Obiya belum lahir, hampir kesemua mainan Lope perlu mempunyai muzik kerana Lope hanya akan terangsang dengan muzik sahaja seterusnya saya berharap ianya dapat menarik Lope untuk terus bermain dan belajar. Sebagai ibu juga, saya tidak lokek membuat pelaburan dengan membeli barangan mainan yang berkualiti untuk anak-anak saya dan Fisher Price adalah salah satu daripadanya. Saya sukakan Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ini kerana dengan lampunya yang berkelip-kelip yang menawarkan rangsangan visual serta bunyi muzik, tekstur lembut (rambut lion) yang dapat membantu sensori auditori dan sentuhan mereka.

rambut lion yang lembut mampu membantu sensori sentuhan bayi

Fisher Price - The Go Baby Go - Stride to Ride Lion yang sedia untuk ditunggang.

transform - untuk walker :)

switch on & off muzik :)

inilah jadinya bila budak umur 2 tahun yang masih nak main dengan mainan ni, sayangnya dia hanya boleh ditunggang.

Obiya happy dapat menunggang Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion.


Ini pula adalah review dari pengguna Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion yang saya temui di youtube.





So, untuk ibu-ibu yang ada anak berusia dilingkungan 9 - 36 bulan, jomlah dapatkan Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion. Berbaloi!

20 comments:

puan nina said...

tgh mencari-cari hadiah besday untuk Danial..hehe..mmg terfikir nak belikan walker ini =D

mamaacha said...

sebagai idea untuk anak2 akan dtg

tiefazatie said...

wah..serius sangat bagus untuk kanak2 nie..lagipun safety die bagsu nie kan..tahan lama juga..so xrugi beli bair pun mahal sikit..=)

ita said...

menarik lah... harga around berapa yer

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ita: harga dipasaran RM199.90.

Keyphochee said...

produk Fisher Price memang sangat berkualiti..berbaloi dengan harga..

Sidratul Muntaha said...

ade singa ni satu kat rumah..
tingat masa setot dah mula berdiri masa 9 bulan.
once babah dia belikan singa ni trus the next weeknya dah pndai jln..
huhuh...
dak ara plak dah msuk setahun maish tak pndai2 jln..
so,beri main singa nih...
thu2 2 minggu berikutnya dah pandai.
alhamdulillah..
singa ni msih wujudnya lagi fizikalnya sambil direbut2kan 2 beradik tu..
huhuhh

wani johari said...

wah..bestnya kalu belikan utk zarif yg skrng ni suka pnjt2 + gapai utk jln....

.:Mrs. Engineer:. said...

sy mmg nk bli kn ni for my daughter...ari tu dh bg hadiah kt my nephew... :)

Ina Hashim said...

MEMANG MENARIK LION CUMIL NIH :)

BabyRayyan said...

mmg suke dgn produk fisher price:)

AkmaFaizal said...

wah..comel, memang sesuai utk pakai bagi yang ramai anak ni..hehe..anak saye dah pandai jalan..maybe next babyla kot..hehe

fiza said...

Memang sesuai untuk baby yang baru nak belajar berjalan, mcm my daughter ☺☺☺. Nak beli tapi hubby ckp mahal...huhuuhuhu...

butique4u said...

amat menarik sekali....kalau ada rezeki InsyaAllah nak beli juga....:)

AZURA PRODUCT said...

salam..
saya jual barangan/permainan bayi terpakai tapi yg ada brand..berminat leh la singgah my blog specialtoysshop.blogspot.com

Nida said...

Salam..

Memang sangat lucu muka lion tersebut, pasti anak-anak gembira andai dapat milikinya, bila anak gembira ibu pun mudah nak mengemas rumah.

Fisher-Price : The Go Baby Go - Stride to Ride Lion juga merangsang perkembangan psikomotor anak, melahirkan anak yg cergas dan cerdas..Insya Allah

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Dgn perkembangan dunia skrg..byk barangan keperluaan yg serba canggih dicipta tuk anak2 kita spt Fisher-price:The go baby Go-stride to ride lion nie.Brbanding ketika anak2 kecil dulu menggunakn walker biasa yg pasti membahayakn anak2.
Amat sesuai tuk anak2 yg mula brlatih brjalan,selamat,yg pasti anak2 akan trtarik dgn pelbagai warnanya yg akan meransang minda mereka...disamping slmt tuk mereka juga!

cikpuanhady said...

yang menariknya, boleh dwifunction tu..

kiddyz collection said...

nk beli gak ni brape harga da msk pos ye pm sy boleh kat fb nur arina abu bakar tQ

kiddyz collection said...

salam pm sy boleh nk harga skali ngan postage ye ~B) TQ