Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/07/2011

Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation

Korang dah tengok Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation ?


Saya sudah. Saya pergi dengan beberapa orang colleague semalam. Terima kasih adik saya - Dyana yang invite dan RSVP tiket untuk kami. Memang tak rugi saya korbankan masa saya selama 3 jam untuk menonton sendiri dengan mata dan kepala saya.

In case korang tak pernah tahu pun Dreamgirls ini mengenai apa. ini saya petik sinopsis dari website rasmi Istana Budaya.

Pada tahun 1962 The Dreamettes, sebuah kumpulan gadis yang penuh harapan dari Chicago, telah menyertai ujibakat Amateur Night yang terkenal di Apollo Theatre di Harlem, New York Kumpulan ini dianggotai oleh penyanyi utamanya yang berbadan tegap Effie White serta sepasang rakan karib, Deena Jones dan Lorrell Robinson. Untuk pertandingan ini, The Dreamettes mendendangkan lagu"Move (You're Steppin' on My Heart)”, yang ditulis oleh abang Effie, C.C, yang menyertai mereka ke ujibakat tersebut. Di belakang pentas, gadis-gadis berkenaan dan C.C. bertemu dengan Curtis Taylor Jr., seorang jurujual kereta terpakai yang kemudiannya menjadi pengurus kepada The Dreamettes.

Curtis meyakinkan James "Thunder" Early, seorang bintang R&B terkenal, serta pengurusnya, Marty, untuk mengambil The Dreamettes sebagai penyanyi-penyanyi latar. Walaupun persembahan bersama pertama Jimmy Early dan The Dreamettes berjaya, Jimmy sangat memerlukan bahan baru. Curtis menyakinkan Jimmy dan Marty bahawa mereka harus berusaha menarik minat lebih daripada penggemar irama rhythm and blues tradisional dan soul serta menyasasarkan kepada pasaran pop. C.C. menggubah lagu "Cadillac Car" untuk Jimmy dan The Dreamettes, yang membuat lawatan dan merakamkan single sekembalinya mereka ("Cadillac Car (di Studio Rakaman)").

"Cadillac Car" berjaya mendahului tangga carta pop, tetapi sebuah versi rakaman semula oleh penyanyi-penyanyi pop berkulit putih, Dave dan Sweethearts ("Cadillac Car" (Umpil Semula)), berjaya menarik perhatian orang ramai dari gemuruh rakaman asal. Marah dengan rampasan kegemilangan "Cadillac Car", Curtis, CC, dan penerbit Jimmy, Wayne merasuah DJ di seluruh Negara untuk memainkan single berikutnya daripada Jimmy Early dan Dreamettes "Steppin' to the Bad Side". Akibatnya, rekod tersebut menjadi hit pop utama.

Konflik timbul antara Marty dan Curtis apabila Curtis campur tangan dalam bahagian Marty: Jimmy Early. Keadaan bertambah rumit apabila Effie mula berpasangan dengan Curtis, dan Jimmy, lelaki yang sudah berkahwin, mula menjalinkan hubungan dengan Lorrell. Marty berhenti menjadi pengurus Jimmy. Curtis menggantikannya, sangat bertekad untuk menaikkan nama artis berkulit hitam. Curtis cuba untuk menukar Jimmy Early menjadi penyanyi pop Perry Como-esque, dan menumpukan pada pembentukan Dreamettes sebagai kumpulan mereka sendiri, menukar nama mereka kepada The Dreams, menukar gaya mereka agar lebih canggih serta berketerampilan dan mempunyai nada yang mesra irama pop.

Antara perubahan yang paling penting adalah pengambilan Deena sebagai penyanyi utama, dan bukannya Effie. Effie geram dengan perubahan statusnya dalam kumpulan tersebut. C.C. meyakinkan dia untuk bersetuju dengan rencana Curtis. The Dreams telah muncul buat pertama kalinya di Crystal Room di Cleveland, Ohio, menyanyikan single pertama mereka, "Dreamgirls". Setelah selesai sebuah persembahan yang begitu berjaya, pihak media ingin bertemu dengan bintang-bintang yang baru dilahirkan itu. Curtis memberitahu Deena bahawa ini merupakan "Permulaan" - "Saya akan jadikan kamu wanita paling terkenal di dunia," tegas Curtis, apabila Effie yang dihina bertanya "Bagaimana dengan saya?"

Selama beberapa tahun berikutnya, The Dreams mencapai kejayaan utama dengan single popular seperti "Heavy." Apabila Deena semakin diraikan sebagai bintang, Effie menjadi emosional dan tak dapat diduga. Dia menuduh Curtis dan Deena menjalinkan hubungan. Lorrell berusaha untuk menjaga hubungan di antara ahli kumpulan, tapi ianya terbukti mustahil. Pada tahun 1967, kumpulan tersebut- kini dikenali sebagai Deena Jones and the Dreams – telah merancang untuk membuat kemunculan pertama di Las Vegas. Namun, ketika Jimmy singgah untuk melawat gadis-gadis itu, dia mendapat tahu dari ahli kumpulan yang lain bahawa Effie telah tidak membuat persembahan kerana sakit (hal ini kemudiannya mendedahkan bahawa dia mengandungkan anak Curtis).

Curtis dan Deena yakin bahawa dia sedang cuba untuk mensabotaj persembahan. Curtis menggantikan Effie dengan penyanyi baru, Michelle Morris, perubahan yang Effie telah mendapat tahu sebelum sesiapa berkesempatan untuk memberitahunya. Effie bersemuka dengan Curtis, CC, dan kumpulan, tetapi meskipun Curtis tertarik dengan keperibadiannya, Effie yang patah hati ditinggalkan apabila Deena Jones dan Dreams maju ke hadapan tanpanya.
Musical broadway ini dijayakan oleh :

Effie White
Elvira Arul & Dina (Malaysian Idol)

Deena Jones
Cheryl Samad (understudy: Ruzana Ibrahim)

Lorrell Robinson
Azura Zainal (understudy: Joy Shavini Victor)

Michelle Morris
Ruzana Ibrahim (understudy: Nadrah)

Marty
Indi Nadarajah

Jimmy Early
Kris Coleman

Curtis Jr.
Tony Eusoff

C.C.
Dafi (understudy: Aaron Khaled)

Ensemble:
Shahila Johan
Dhanya Nambiar
Eunice Lew
Stephanie Ang
Rydiana Rahim
Nicole-Ann Thomas
Samantha lee
Alia Ishak
Joshua Gui
Siau Vun Aun
Zukhairi bin Ahmad
Shazroul Zahari
Mazhar Mahathir
Benjamin Lin
Mohammad Zharif
Ahmad Zaki
Eddysham

Filem ini diarahkan oleh Joanna Bessey dibantu oleh Megat Sharizal (tahniah bro!)

Pendapat peribadi saya mengenai broadway ini - everything is beautiful. The songs, the screen play, the lighting, the sounds and the people. Saya kagum melihat anak Malaysia melakonkan watak didalam broadway ini. Tony Eusof mempunyai suara yang sangat baik begitu dengan Cheryl Samat. Dina dan Elvira Arul usah dipersoalkan lagi kemantapan vokal mereka.

Part yang paling saya gemar sewaktu menonton teater adalah sewaktu pertukaran plot-plot. Saya kagum melihat kehalusan, kecekapan dan kepantasan setiap scene itu berubah. Istana Budaya adalah pentas teater terbaik dari segi pencahayaan dan efek bunyi yang mampu mencetuskan mood dan membawa penonton seperti ingin menari bersama-sama mereka dipentas utama.

Untuk sesiapa yang berminat, tayangan Dreamgirls - The Broadway Musical Sensation adalah sehingga 24 Julai 2011 di Istana Budaya. Tiket boleh didapati di AirAsia RedTix


Masih ada masa korang nak menonton hari ini, esok dan lusa. Jom!

Ini saya ambil dari Budiey.com.



p/s: Istana Budaya memang tak kisah eh tengok teater pakai jeans?


Sumber dari Dreamgirls dan Istana Budaya.

2 comments:

Mamamarina said...

as long as not faded jeans.. then ok!

Puteri Nuur At-Terawis said...

Oh, I always tot pergi tengok teater kena pakai elok-elok. No jeans, no tee.