Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

18/06/2011

Terapi Carakerja

Sudah lama tidak menulis mengenai terapi Lope. Mungkin kerana perkembangan Lope di tahap yang statik, maka saya tidak berkongsinya di sini. Namun, terapi minggu lalu adalah sesuatu yang perlu saya rakamkan di sini.

Jam 1.30 petang, kami sudah tiba di kaunter pendaftaran, namun memandangkan kaunter pendaftaran kembali beroperasi pada jam 2.00 petang, maka Lope sempat tidur selama hampir setengah jam di dalam strollernya. Hasilnya, sepanjang terapi berlangsung, tiada helah untuk tidur, terpekik atau menangis yang ditunjukkan oleh Lope.

Ini merupakan sesi ketiga Lope bersama Cikgu Amir. Sepanjang menjalani terapi disini, sudah 3 kali juga Lope bertukar juruterapi. Kali pertama bersama Cik Wan, kemudiannya Cikgu Diana. Memandangkan Lope sudah semakin besar, tinggi dan berat, saya merasakan Cikgu Amir adalah calon yang paling tepat untuk menguruskan Lope :P Bukan mudah menguruskan kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang mempunyai ketinggian hampir 100cm dan 15kg berat. Itu tak ditambah lagi dalam keadaan Lope tidak mahu memberi kerjasama. Hehehheh.

Baru bermulanya sesi. Menolak untuk menerima arahan.

Juga menolak untuk membuat terapi ini. Dipaksa juga oleh Cikgu Amir :)

Alat bantuan yang mampu memperbaiki eye and hands co-ordination skills - kemahiran yang hingga ke hari ini masih gagal dimahiri oleh Lope

Belajar berdiri dalam posture yang betul. Lope berdiri tegak dengan sedikit sokongan dari Cikgu Amir yang memegang lutut Lope.

Take 5 :)

Sesi terapi kali ini tiada yang barunya selain belajar berjalan. Saya suka apabila Lope dipaksa berjalan di hadapan cermin itu. Raungan tangisnya memenuhi seluruh kawasan OT dan jeritan 'mam-ma' kedengaran dengan sayu dan syahdunya.

Diletakkan dalam posisi berdiri. Bersandar sendiri.

Cikgu Amir membantu Lope berada dalam posture yang betul untuk stepping. Saya suka melihat tangan Lope menggenggam palang besi itu.

Dan, berjalan! Kaki cat-walk you!

Cikgu Amir berhenti lagi, membetulkan kaki Lope agar berpijak dengan betul.

Muka kanak-kanak menangis sambil memanggil nama "mam-ma"

Itulah gambar terakhir sebelum saya mendukung dan memeluk Lope. Temujanji seterusnya di minggu hadapan dan dengan penuh harapan, si mama mampu memenuhi temujanji tersebut.

1 comment:

Syerah Omar said...

kakak, selamat berkenalan dari sy yer kak.semoga semangat akak,ketabahan akak,boleh buatkan sy terus kuat.anak sy jgk speech delay,skarang sy pulang ke malaysia utk bwk lana ke speech therapy,occupational therapy.lope..kenapalah kamu hensem sgt!!!!