Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

23/06/2011

sentuh, gigit dan merasa :)

Dua malam lepas menyaksikan segalanya berlaku disini. Kesekian kalinya, saya mengakui perkara-perkara kecil mengenai Lope tidak pernah gagal memberikan saya kepuasan dan kesyukuran yang melimpah ruah. Lope tidak perlu menjadi seorang kanak-kanak genius yang serba serbi lengkap untuk menggembirakan hati saya, cukup sekadar dengan sedikit perkembangan sudah memadai membuatkan saya tersenyum dan bersujud syukur.

Dua malam lepas selepas Bubu keluar, saya memilih untuk berehat bersama Lope sahaja di rumah manakala Obiya dibawa oleh FIL untuk menghantar abahnya. Sebelum berangkat, pelbagai pesanan si abah sampaikan buat anak lelakinya, siap mengira hari bila sang ayah akan pulang ke rumah semula. Lope kelihatan seperti tidak ambil port namun saya tahu di sudut hatinya dia mengambil maklum akan pesanan si abah.

Sejurus selepas abahnya berpergian, saya duduk bersantai diruangan Lope. Berdua sahaja. Lope seperti selalu dirinya, sekejap duduk, sekejap terguling-guling manakala saya sedang menonton TV. Tiba-tiba, si anak datang menghampiri. Datangnya menapak dengan tangan, perlahan-lahan dari satu penjuru rumah. Apabila sang anak hampir dan duduk betul-betul berhadapan dengan saya, dia menepuk peha empuk saya dua kali dengan tangan kanannya.

Apabila saya mengangguk dan memandangnya, mulutnya menyebut 'mam-ma' sebanyak dua kali dalam nada hyper. Saya pada mulanya agak terkejut dengan eye contact sewaktu dia menyebut 'mam-ma' dan diikuti dengan bualan kosong dalam bahasa yang Lope sahaja fahami. Mengambil hati sang anak, saya menjawab 'ye Lope, kenapa tepuk-tepuk mama ni?' dan seterusnya dia menjawab dalam gayanya yang tersediri tanpa saya memahaminya. Ada gelakan di penghujung bebelnya dan selepas 30 saat dia 'membebel' seterusnya dia tunduk dan ngap! Lope menggigit peha saya dan seterusnya yang saya tahu, saya sudah terlompat-lompat kesakitan.

Selepas hilang kesakitan, saya memeluk dan mencium orang yang menggigit peha saya. Sebenarnya inilah pertama kali Lope menggigit 'benda' lain selain makanan dan jarinya. Jujurnya saya bersyukur kerana Lope sudah mempunyai keinginan untuk berkomunikasi dengan menepuk peha saya dan cuba meraih perhatian, memanggil 'mam-ma' dengan memandang tepat ke arah mata saya serta menggigit selepas itu.

Walau sakit digigit masih terasa namun saya gembira kerana Lope mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi, menyentuh dan menggigit adalah satu rahmat yang tidak terhingga.

Terima kasih Allah :)

No comments: