Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/06/2011

Saya kembali single

Sewaktu membuat entri ini, saya diserbu dengan seribu satu perasaan untuk meninggalkan negeri Cik Siti Wan Kembang. Kali ini, saya pulang secara single ditemani Kak Yan. Keadaan kesihatan abang ipar saya membuatkan saya kembali tanpa ditemani suami dan anak-anak. Ada juga lucu rasanya, terasa seperti kembali di zaman-zaman belajar. Kali terakhir saya menaiki bas untuk perjalanan jauh begini adalah dizaman anak dara.
Pulang kali ini seperti memainkan semula nostalgia saya di zaman single. Saya tidak memandu, sampainya dijemput sang kakak dan ibu. Dibawa mencari sarapan pagi. Bayangkan, harga breakfast kami mencecah RM80 :p Makanannya semua makanan yang saya sering makan di zaman anak-anak dahulu. Salah satunya, mungkin ada yang tidak tahu namanya 'etok' - cekerang laut yang disalai lazat dengan serai dan pelbagai bahan lagi. Dahulu, saya pernah makan sambil menunggu bas sebelum pulang ke rumah.
Menjelang tengahari, kami semua menjengah ke CCU. Di atas permintaan CC, saya tidak mahu berkongsi cerita mengenai beliau dan keluarga disini. Saya menghormati permintaan untuk tidak menulisnya. Malamnya, saya bermalam di rumah Cik Yah, ditemani oleh Tik dan Jah. Sungguh saya rindukan sleep over dengan sepupu begini. Korum kami tidak lengkap tanpa Cik Noe dan Gee. Juga kadangkala diserikan dengan Along dan Husnil. Oh, memori! Itu semua cerita 18 tahun :) kini, masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Terasa perjalanan masa itu semakin pantas bergerak.
Dan kini, saya kembali semula di seat 5B untuk perjalanan KB-KL. Dalam hati terasa kosong. Saya bukanlah seorang yang boleh bertoleransi dengan perkataan 'tata' apabila ianya melibatkan Cik dan orang-orang kesayangan saya. Meninggalkan Cik, kemudian CC dan melihat si kecil Aus membuatkan saya ingin melihat semua kesakitan, kesedihan dan kepedihan itu pergi dari jiwa-jiwa orang kesayangan saya. Dan, setelah 30 minit bas ini bergerak, saya menerima panggilan dari Cik.
"Sunyinya rumah ni" itu bait pertama yang keluar dari mulut Cik yang berjaya mengunci bicara saya untuk perkataan seterusnya. Saya kemudian mengalihkan bicara Cik kepada sesuatu yang lebih ringan dengan jenaka dan bicara saya yang mengundang tawa Cik seperti "eleh Kak Yan ni cakap orang tidur berdengkur, dia pun sama" dan Cik tergelak. (Sure Kak Yan baca ni dia naik hangin) :p
Apabila telefon dimatikan, saya juga seperti Cik. Kosong. Sunyi. Sedihnya kerana terpaksa pulang di saat-saat kakak memerlukan sokongan moral dari adik beradiknya. CC, if you read this, walau apapun jadi, insya Allah, adik-adik CC akan disampingmu. Oh, next time Sue balik, I'll look slimmer :p
Ok, signing off. Tata KB. Xx
p/s: gambar kat atas tu Nasi Kerabu complete set dengan solok lada, telur jeruk (telur masin), jeruk bawang dan ikan celup tepung. Tapi, nasi kerabu yang Princess Nur jamu tadi lagiii lazattttt. Thanks Kak Nur :-)

Sent from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

Norazo Aslan said...

Another beauuuutiful words! I luv reading ur post. Meninggalkn org yg tersayang mmg ssh puter. It took me a year to control my feeling. Now i'm a bit better. I understand how u feel., i hope everything will turn out good for all of us insyaallah...

Mama Likha said...

sdp ns kerabu dgn etok :)

terasa kesedihan bila baca entry ni... hope semuanya baik2 yer put :) bila baca pasal cik, rasa ingin terbang balik peluk mak sendiri. rindu ! pun sunyi kat sana :(