Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/06/2011

Komunikasi melalui tangisan/mimik muka

Melihat Lope menangis ketakutan adalah kelemahan saya.

Saya ingin berkongsi kisah semalam.

Dan semalam, Lope menangis. Ketakutan. Sambil teresak-esak menangis, dia memanggil nama saya berulang kali. Tangisnya syahdu, sendu diselang seli dengan berulang kali memanggil mama. Lumrah seorang anak, apabila sakit, tidak selesa dan apa-apa sahaja yang tidak selesa, Lope akan menyebut nama saya.

Susahnya bagi seorang ibu untuk mengetahui apa yang Lope rasai waktu itu. Nak cakap haus atau lapar, Lope baru usai minum. Nak kata Lope sakit/kembung perut, baru sahaja juga tidak logik, kerana sehingga pukul 8.30 malam semalam, sudah 3 kali Lope poo-poo. Bila perutnya saya tepuk, bukan kembung yang menjadi masalahnya. Sambil tak lepas memeluknya, saya usap rambut lurus hitam si anak, sambil saya berulang kali berkata 'Mama ada ni dengan Lope, Mama tak tinggal Lope' dan si anak terus merengek-rengek menangis.

Naluri keibuan saya berkata, ada 'sesuatu' yang tidak kena. Selepas saya dukung dan cium pipi Lope berulang kali masih menangis, saya mengambil wudhuk dan membaca quran. Lope saya letakkan disebelah kanan saya. Pada mulanya, tangis masih kedengaran, namun makin lama makin mengecil dan akhirnya selepas satu surah yasin saya baca, tangis itu tidak kedengaran lagi. Memanggil 'mama' masih ada, cuma bukan dalam nada ketakutan.

Bercerita mengenai tangisan, ini adalah cara saya dan Lope berkomunikasi. Ye, kami berkomunikasi melalui tangisannya yang pelbagai. Setelah empat tahun bergelar ibu kepada anak ini, kami berkomunikasi melalui tangisan. Ada pelbagai tangisan yang Lope 'dendangkan' untuk saya analisis. Menangis untuk susu, makan, poo-poo, saat kepanasan, tidur, ketakutan dan bermanja.

Adakalanya, dengan pertanyaan juga kami boleh berkomunikasi.

Contohnya 'Lope nak pergi jalan dengan Mama?'
Kalau Lope diam atau memandang ke arah tangannya yang diangkat ke paras matanya sambil memandang tajam ke arah telapak tangannya, itu juga bererti 'ya' atau 'setuju'. Lope akan menangis sekiranya dia tidak mahu dan adakalanya dia mendengus kuat, seperti melepaskan kemarahan.

Jujurnya, ada masanya saya sendiri tidak tahu bagaimana lagi mahu berkomunikasi. Kaedah yang dipelajari dengan terapi pertuturan masih belum boleh dipraktikkan memandangkan Lope menolak untuk mengambil/menggenggam sebarang benda. Semalam juga, saya mendengar Bibik bercerita mengenai keupayaan Lope untuk duduk sendiri di kerusi Cleopatra di rumah kami. Terujanya sebab Lope melangkah setapak lagi. Kalau Lope rajin-rajin pegi occupational therapy, sure lagi cepatkan.

Okey, self reminder : Sila jangan ponteng terapi anak lagi =.=

Jom, kenali ekspresi muka Lope ;-)

Mata memandang tepat ke arah telapak tangan. Dalam banyak keadaan membuktikan ianya OK, Setuju dan Suka. Ekspresi ini senang kelihatan sewaktu mendengar lagu Uncle Faizal.


Ini pulak, muka sedang menggelek badan sambil mendodoikan diri sendiri. Bererti, Lope mahu tidur, jangan kacau dan sila sejukkan keadaan disekeliling.


Muka takde perasaan. Selalunya Lope berkhayal kalau muka macam ni. Lope berada di alam Lope sendiri.


Ini pun sama dengan ekspresi gambar yang mula-mula tadi. Memandang tangan bererti ok.


Muka tahan marah. Garangkan si Lope ni. :) *tiru ala-ala pose Superman - the man of steel*


Muka malas sambil jerit panggil nama Mamma - selalunya boring dalam kereta sebab perjalanan yang jauh.


Lagi muka mengantuk campur bosan ;)


Cheecky!



Muka sangat kiut ni sebenarnya muka tanpa perasaan dan naik boring sebab mama snap gambar super banyak.


Lagi buat aksi pelik yang Mama sendiri tak tahu kenapa dan mengapa =_+



Geram!


"Mama, gambate!" mungkin itulah pesan Lope untuk Mama. :)

Contest-Contest-Contest:
Jangan lupa ikuti www.twitter.com/puterinuur untuk memenangi hadiah tajaan Fisher Price bernilai sehingga RM1,500. Contest akan bermula pertengahan Jun nanti.

1 comment:

Bicara hati ibu aisya said...

Tomeilah aksi-aksi lope nih.Geram tengok.

Macam-macam kan stail komunikasi untuk anak-anak istimewa kita?Ayu pun kadangkala confuse bila berkomunikasi ngan aisya.Lain yang dia nak, lain yang ayu bg.hihihi..apa2 pun kita akan terus belajar untuk lebih memahami mereka.