Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/06/2011

cerita seorang mama yang bersalah

Semalam saya pulang lewat bersama Encik Bubu selepas menonton premier screening Transformers 3. Tatkala membuka pintu rumah hampir tengah malam itu, anak perempuan saya Obiya masih belum tidur. Ditemani bibik dia masih menonton. Lope sudah dibuai lena sejak jam 10 malam lagi menurut Bibik. Selepas mengucapkan terima kasih untuk Bibik, saya minta dia tidur. Seterusnya saya menemani Obiya menonton.

Jam hampir menginjak ke angka 2 pagi dan si kenit Obiya masih seronok mahu menonton Princess di DVD. Entah berapa ratus kalipun tidak tahu cerita yang sama ditayangkan namun dia masih belum jemu menontonnya. Apabila di ajak tidur, dia enggan. Mahu tidak, saya membiarkan. Namun, melihat angka 2 dan esok saya bekerja, maka saya menggunakan kuasa veto terus mematikan TV yang sedang ditonton sang anak.

Tindak balas yang memang sudah diduga terus dipamerkan si anak. Budak berumur 2 tahun setengah itu menangis, memekik, melolong sekuat hatinya sambil melompat-lompat minta dipasang semula. Si mama yang kepenatan dan mengantuk pada mulanya hanya berkata 'esoklah sayang, princess pun dah mengantuk' namun budak kecil itu mana faham apa yang mamanya sampaikan. Langkah seterusnya, si mama buat dunno dan mendukung masuk ke bilik tidur untuk tidur. Semua lampu dipadamkan namun tidak mampu memadamkan suara Obiya yang seorang.

Pada mulanya Obiya dibaringkan disebelah mama, namun dia enggan nak menangis serta melolong. Kepenatan bergayut disetiap urat saraf saya membuatkan angin kemarahan si ibu melanda. Anak kecil dua tahun itu ditengkingnya, kemudian dibawa ke ruang tamu. Disitu tayangan yang diminta terpasang di siarannya namun tangis sang anak tidak berhenti jua. Waktu itu, saya seperti dirasuk untuk terus memarahi badan si kecil didepan saya.

"Tengok TV ni, mama nak tidur. Phia tidur la kat sini sorang-sorang!" dan saya berlalu ke bilik tanpa menoleh ke wajah kecil yang sedang terhingguk-hingguk menangis itu. Saya tutup pintu. Saya mendengar suara kecil itu memanggil 'mama'. Dalam hati, hanya Allah yang tahu bagaimana panggilan syahdu itu mampu meruntuhkan satu benteng kemarahan didalam hati saya. Benteng itu ibarat ais yang cair terkena pancaran sinaran panas. Saya sendiri menangis kerana memperlakukan anak sebegitu. Kepenatan dan rasa mengantuk menjadikan saya seorang monster yang memarahi anak sendiri.

Lantas, perlahan-lahan saya buka pintu bilik. Suara tangis Obiya jelas kedengaran, dalam nada yang sungguh sayu. Nada itu memanggil-manggil 'mama'. Saya pergi ke penjuru ruang tamu dimana Obiya sering menyorok tatkala bermain. Dia berada disitu sambil memandang dinding. Tangannya menutup muka. Bahunya terhingguk-hingguk menahan tangis. Ya Allah! Besarnya kesalahan saya pada insan kerdil ini.

Lantas, saya tepuk lembut bahunya. Dia menoleh dan terus menangis lagi. Kali ini makin kuat namun apabila saya menghulurkan kedua tangan untuk mendukungnya, dia datang kepada saya. Saya dukung, peluk dan cium dahi Obiya. Tangisnya masih kedengaran. 'Mama tak nak dengar orang menangis dah' tiada tangis melainkan terenjut-enjut bahunya. Tak sampai seminit dia diam, saya lihat dia memeluk erat leher saya.

'Sayang mama?' Obiya angguk.
'Mama pun sayang sangat kat Phia, tau?' Obiya angguk lagi.
'Kiss mama' arah saya, dan satu ciuman singgah di pipi.

Saya cair.

Dan menangis juga.

Selepas itu saya pula yang menangis sambil memeluknya hingga dia terlena. Mungkin kerana lama terdiam, Encik Bubu yang dari tadi sekadar memerhatikan menjenguk kami dua beranak. "All she need is just a hug, from her mother" kata Encik Bubu. Dan saya menangis lagi memandang Encik Bubu dalam kegelapan malam.

. muka budak kena marah dengan mama .

Obiya, mama minta maaf -_________________________-


14 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

So touching..
Ayu pun selalu macam tu put.Bila penat dah beraja mulalah kemarahan keluar.Selalu yang kena kakak aireen.Tapi bila tgk muka dia tidur (especially masih ada sedu sedan tu) sedihnya ya amat.sayu je rasa.Time tu airmata pun apalagi.huhuhu..
~Dugaan untuk seorang isteri dan ibu yang bekerja~

Mamamarina said...

touching.. kekdg same jugak le ngan kite.. ;p

mamamarina

Salawati said...

can imagine how u must have felt... saya pun selalu juga marah2 & tengking2 anak, especially bila sangat penat balik dari kerja... semoga kita menjadi ibu yg baik pada anak2...

lajugiler said...

Pelik, mcm mane seorg mak boleh tinggalkan anak dia dgn bibik malam2, padahal siang dh berkerja, malam lah mase terbaik bersama dengan anak, dh tau penat siang bekerja, malam leh tgk wayang plak, dh blk penat, nak mengamuk dgn anak, dah tau penat, gatal gi tgk wayang buat pe, kan bodoh tu, kan lebih baik li dvd tgk di rumah bersama-sama dgn anak lg bagus, xde otak punya mak. Dah tu rase bersalah pulak.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Laju Giler,

Terima kasih kerana singgah dan terima kasih di atas komen. Senang-senang, singgah la lagi :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Salawati,

Setiap orang buat silap, bila dah silap barulah belajar dari kesalahan. Insya Allah, tak akan berlaku lagi di masa hadapan. Proses pembelajaran adalah menerusi kehidupan. Semoga kita sama-sama menjadi ibu yang baik :)

nuyin2u said...

tabik kat put atas komen balas pada laju giler..mujahadah utk jadi ibu terbaik..

insan kerdil said...

bukan tentang silap dan salah yang menjadi ukuran untuk dinilai....tapi bagaimana mendepani dalam memperbetulkan silap dan salah itu...dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang menjadikan....makhluk yang bernama manusia itu...berbeza dengan makhluk yang lain....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

AieZa said...

salam..

sedih baca kisah anak kena marah ngan mak nih.. nitik air mata aku.. at the same time pelik lajugiler kluarkan statement gitu.. abai je lah dia..

*i think i saw u in front of wong solo ayam penyet bangi around 1-2wks ago.. masa tu u baru lepas mkn.. naik kelisa biru dgn 1 girl n ur mr bubu duk belakang.. nk tegur tp segan :) takut salah org pun ye gak..*

Puteri Nuur At-Terawis said...

Aieza,

Memang ada makan kat sana 2 minggu lepas dengan my sister :) r u the one who sitting at in front of us? :)
next time, tegur je. i dont bite people. hehhehe. salam kenal :*

Diyanazman said...

Salam Puteri,
Aku memandang situasi ini mungkin sedikit berbeza dgn yang lain. Pada pendapat aku, kalau Puteri rasa bersalah, perasaan itu patut hadir kerana Puteri meninggikan suara pada Obiya.

Tapi Puteri tak perlu rasa bersalah sebab memaksa dia tidur. Kerana pukul 2 pagi semua kanak-kanak dan orang dewasa memang sudah patut lama dibuai mimpi. Kita sebagai ibu bapa patut menetapkan waktu tidur yang rutin – 10pm contohnya dan anak-anak harus didisiplinkan untuk mengikut jadual itu. By 9.45pm gosok gigi, masuk bilik, naik atas katil. Sama ada tidur atau tidak, anak2 tak boleh melepak depan tv lagi.

Puteri takperlu rasa bersalah kerana pergi menonton wayang atau keluar dengan suami. Puteri tak perlu rasa bersalah kerana berasa penat! Cheer up my friend! Don’t blame yourself so much! *hugs*

AieZa said...

Salam again,

Setuju dengan Diyanazman. At 2am sudah sepatutnya anak2 masuk tidur.. bkn duk depan tv..

So betul la u were there.. i xmkn situ.. i tapau je.. pastu duk dlm kete waiting 4 my husband.. dia g kedai perabot pakistan sebelah tu.. masa u nk naik kete tu i nmpk u.. we were looking at each other.. tp i dok berfikir kt mane la jmpe deme nih.. mcm biasa tgk je.. hehe.. ok nxt time if jmpe lg i will tegur.. actually kita ada persamaan.. our daughter is like ur son :| gi OT pun sama.. jmpe en amir tu jugak :)

alyyani said...

aieza, lepas ni ko tego je lah put ni. dia ni sempoi habis. bole share apa yg patut.

just had a chance to read apa yg 'laju giler' sentap sgt kat mama lope dgn obiya ni.

'laju giler' ni bf bibik kot put. :p

btw, tak semua kehendak anak kita kena turutkan even tho diorg kecik lagi dan tak paham apa. dari kecik la kena train. kang jadi lepas laku mcm 'laju giler' camne? ops, terlebih sudaaa :p

selalu ckp kat nia tak semua benda yg nia nak, nia bole dapat, ada sebab mama tak bagi. walau pun jawapan yg ku dapat nanti laungan yg lagi hebat, at least kita tak pukul or apa. 1 day diorg akan paham jugak..

-mamamia- said...

akak dah lama tak singgah blog nur. sibuk sangat. baca entry ni, kesian pulak kat nur... nilah cabaran seorg ibu. budak2 memang mcm tu. akak ada 3 anak dah besar 9,11,12 tahun. dulu masa kecik2 dulu melalak melolong tu dah jadi halwa telinga. kadang2 bila penat, kita marah anak2, lepas tu kita rasa bersalah. rasanya semua ibu2 akan rasa pengalaman begitu. sekarang anak2 akak dah pandai bawa diri & faham keadaan ibunya. kalau akak balik lewat, kakaknya masak maggi. akak ibu tunggal yg bekerja & takde bibik. mungkin Allah permudahkan sikit kerja akak sebab akak jaga anak sorang2, takde tempat mengadu. bersyukurlah dgn apa yg ada. anak2 hanya pinjaman utk kita jaga.