Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

05/06/2011

Bercerita tentang hari minggu dan menjadi seorang suri rumah serta seorang ibu juga isteri dan blogger :)

Tajuk sengaja letak jadi panjang-panjang :P

Hari minggu adalah hari yang paling dinantikan oleh saya. Selain boleh bermalasan bangkit lewat sedikit dari hari-hari lazimnya, saya juga boleh mendengar gelak, pekik dan tangisan Lope dan Obiya sepanjang hari. Kalau semalam, saya terpaksa meninggalkan Lope dan Obiya di rumah disebelah paginya untuk misi mencari pakaian raya, hari ini tidak perlu berkejaran lagi. Oh, bercakap mengenai tema pakaian hari raya, saya dan Bubu bersetuju untuk memilih warna hitam. Tak ramai kot orang nak pakai warna hitam untuk hari raya, tapi bagi kami berdua, warna ini sangat ekslusif. Bukan saya sahaja, malah kedua-dua Lope dan Obiya pun sama :) Hari raya, sila datang dengan pantas. *Korang dah ganti puasa ke?*

Masih lagi mahu bercerita tentang hari minggu, hari ini mengikut jadualnya saya perlu pergi ke pasar. Selalunya, saya akan ke Pasar Borong Selangor terletak di Seri Kembangan, berhampiran dengan Taman Equine. Saya ke sini dalam puratanya 4-5 kali dalam sebulan. Walau sedikit jauh dari Putrajaya, namun kesegaran dan harga yang jauh lebih rendah membuatkan saya tidak jemu datang ke sini. Sebagai ibu, surirumah dan juga isteri, saya ingin menyajikan hidangan yang terbaik untuk santapan Bubu, Lope dan Obiya serta seboleh mungkin berbelanja di tahap yang paling minima. Saya sarankan, sekiranya anda tinggal di Putrajaya atau kawasan sekitarnya, maka tidak salah datang berbelanja disini untuk keperluan dapur terutamanya untuk orang yang telah berkeluarga. Saya dapat mengurangkan belanja dapur saya lebih kurang 30% - 40% berbanding benda yang sama dibeli di Alamanda berbanding di Pasar Borong.

Okey, hari ini hari melalut saya.

Habis bercerita mengenai dapur dan pasar, seterusnya bercerita tentang Lope dan Obiya yang sungguh buat saya melekat sahaja di rumah. Saya suka melihat keakraban terjalin di antara adik dan abang ini. Tak salah kalau saya terjemahkan sebenarnya mereka berada didunia yang berbeza meskipun dibawah bumbung yang sama. Si Lope dalam kebanyakkan masanya tidak mempedulikan apa yang terjadi disekelilingnya dan si adik seboleh mungkin mengajak si abang bermain, bergelak dan menari bersamanya. Betapa uniknya Allah jadikan mereka berdua ini untuk menggembirakan serta melengkapkan saya :)

Untuk hari minggu yang santai ini, maka saya ingin berkongsi beberapa aksi manja dan keletah yang membuatkan hati saya tersenyum menyaksikan dua makhluk kecil ini berposing di hadapan lensa kamera mamanya.

Lope yang berambut panjang. Insya Allah petang ni jumpa Uncle kasi potong jadi handsome :)

Habit terbaru Lope : gigit jari. Terdahulu, garu pipi sampai luka. T___T

Dalam pada masa yang sama juga, Lope masih lagi kena berlatih setiap hari. Lope sengaja diletakkan di atas kerusi bangku untuk meningkatkan keseimbangan badan sewaktu duduk dan menguatkan tulang belakangnya. Mengikut rekod, Lope mampu duduk dengan tegak selama 20 minit tanpa rebah.

Drama queen saya - tengah sporting pose untuk kamera mama :)

Bila diminta beraksi dengan Lope, inilah hasilnya. Saya sendiri tidak pasti, dimanakah dia melihat scene memeluk leher begini, mungkin di dalam salah satu gambar saya dan Bubu. Dalam gambar ini, Lope jelas terkejut kerana si adik memeluknya. Bukan sahaja Lope yang terkejut, saya sendiri terkejut dengan aksi spontan anak berusia 2 tahun saya ini memeluk abangnya.

Pandai pula dia posing untuk kamera mama :) Lope yang tidak gemar dipeluk, nampak tanda-tanda protes dengan si adik.

Apabila saya meminta Obiya mencium abangnya, sedaya mungkin dia mencuba mencium pipi Lope, namun kerana tak sampai, maka dia mencium leher Lope sahaja. Seterusnya, kerana rimas dipeluk, saya meminta Obiya untuk berdiri dan tersenyum mengambil gambar.

Sila lihat muka Lope - sangat menyampah kot dengan si adik yang suka berposing dan expression Obiya memang tak boleh blah. Boleh jadi model!

Another pose yang buat saya tersenyum. Obiya memang penuh dengan 'watak' di hadapan kamera dan Lope, baru je nak tumpang senyum :)

Itulah ahad saya. Ahad yang memberi seribu satu makna kerana berada dirumah bersama-sama mereka :)

p/s: ikuti saya di www.twitter.com/puterinuur untuk memenangi hadiah tajaan Fisher Price bernilai sehingga RM1,500 :) Jom sertai!










4 comments:

Norazo Aslan said...

the BEST!!!

Puteri's territory said...

Dua beradik yang tersangat2 comel, Kak Yang pun tumpang tersenyum melihat gambar2 di atas.

Bicara hati ibu aisya said...

Alololo...obiya ni memang ada talent nak jadi model nih.Huhuhu..sungguh menghiburkan melihat gelagat mereka.

Pnut said...

sofe bergaya siap silang kaki tu.. cute...

akak pon pgi pasar borong tu, sebulan sekali.. eheeh sekali pegi, memang beli stok ayam, ikan tahan sampai sebulan... hiks..