Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

22/05/2011

Nur Kasih The Movie

Akhirnya, saya berjaya menyelinap seketika menonton filem yang hebat diperkatakan dan dinantikan semenjak menjalani pengambaraan pertengahan tahun lalu. Sejarah Nur Kasih dan saya - saya menonton kesemua siri Nur Kasih terdahulu, walau bukan di waktu siaran perdananya namun saya gigih download semua episodnya dan menontonnya.

Kerana berhasilnya sentuhan magis Khabir Bhatia di dalam Nur Kasih The Series dan beberapa filemnya yang terdahulu sebelum ini, maka ianya membawa saya menonton filemnya pula. Saya ingin sekali menyaksikan Aidil, Adam dan Nur Amina bergandingan di layar perak pula menjiwai watak mereka. Tambahan pula, dari komen-komen di twitter dan facebook masing-masing bercerita mengenai kemantapan filem ini.

Saya bukanlah orang seni, namun mungkin pengharapan yang saya letakkan pada Nur Kasih The Movie terlalu tinggi, namun sehingga filem ini tamat saya tidak dapat menyebut 'umpphh' . Saya tidak nafikan Nur Kasih The Movie sebuah cerita yang baik, dari jalan ceritanya, garapan indahnya, penjiwaan watak dan segalanya nampak indah untuk filem ini tapi tiada yang luar biasa.

Antara scene yang membuatkan saya sedikit keciwa:

Saya sedikit terkilan kerana Nur Kasih The Movie sama juga dengan penceritaan filem melayu yang tipikal di mana unsur flash back masih ada. Flash back sewaktu Nur Amina sudah tua dan lupa.

Saya juga agak kehairanan kerana memandangkan Nur Kasih The Movie adalah rentetan daripada Nur Kasih The Series, dimanakah kedua orang tua Nur Amina. Bukankah mereka berjiran dan tinggal di dalam kampung yang sama? Di mana ibu bapa Nur Amina? Sudah meninggal? Lazimnya, jika seorang anak perempuan itu bersalin/keguguran, jika ibunya masih ada, seseorang anak itu akan mahu berada dibawah jagaan ibunya.

Malah, dialog-dialog yang saya rasakan tidak perlu ditutur juga ada seperti dialog dimana sewaktu ibu Adam tiba di hospital dan berkata "mak tak sanggup tengok Adam macam ni, Adam pergi dulu sebelum mak" --> or something like that la kan. Logik ke seorang ibu bertutur sedemikian disaat melihat anaknya terlantar? Seorang ibu itu pula mempunyai pegangan agama yang kuat, tak kan tak tahu setiap patah yang keluar dari mulut ibu itu adalah doa. "mak tak sanggup tengok Adam macam ni, Adam pergi dulu sebelum mak" seperti juga mendoakan anaknya. Mungkin dialog itu boleh ditutur oleh ibunya kepada sang abang, ibarat sang ibu menyampaikan keluh kesah dan kebimbangan hatinya tetapi tidak logik dituturkan didepan Adam yang terlantar sakit tatkala doktor mengatakan Adam tenat.

Antara scene yang membuatkan saya suka :

tipulah kalau saya kata bahawa skripnya tidak menyentuh jiwa saya. saya sukakan skrip yang ringkas dan bermakna.


saya memuji lakonan Ilyas (anak Aidil) yang benar-benar menjiwai wataknya. Mia Sarra tidak perlu dikomen lagi, lakonan semulajadi dan wajahnya yang cute memang tidak menghampakan.

penataan Khabir Bhatia adalah sempurna, malah pemilihan lagu juga menjadikan filem ini lebih 'hidup'.

Saya bukanlah anak seni yang tahu selok belok perfileman namun saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang menyokong industri perfileman tanah air. Kerana sokongan saya pergi menontonya di hari ketiga tayangan dan bukannya membeli DVD cetak rompak selepas ini seminggu filem ini ditayangkan. Pandangan saya adalah bersifat pandangan peribadi, maka jangan menganggap saya condemn filem ini. Jika anda rasakan saya silap, maka kunjungi pawagam berhampiran anda sekarang. Nilaikan sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Mungkin cerita ini memenuhi piawaian anda.

Seribu kali sayang, jika ditanya kepada saya berapakah rating diberikan kepada Nur Kasih The Movie, jawabnya cuma 2.5 daripada 5 bintang sahaja. Sehingga ke akhir filem, saya menanti scene untuk saya rasa 'umph' tapi sayang, saya tidak ketemu.

Ini bukan ke scene yang sama dengan Transformers : Revenge of The Fallen kan? :)

Gambar diambil dari Oh! Bulan

2 comments:

alyyani said...

aiyo, takut husband ku will rate the same like u did. takpe, nak tgk ptg ni, and see how's the movie. :)

Norazo Aslan said...

Puter! thumbs up to your words.. beautiful choice of word my dear! i love it.. mcm mak baca novel nok.. membuang pandang hehehehehe