Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

08/05/2011

Nasi Tumpang

Sebenarnya gambar ni dah lama bersarang dalam internal hard disk saya, semalam sewaktu mencari dan mencari gambar, terliur pulak tengok gambar makanan. Jadi sebab tak nak dok terliur sensorang, maka saya nak share kat sini.

Kalau dahulu, masa kecik-kecik kalau di pagi Jumaat, ada masanya arwah Aboh saya akan belikan nasi tumpang sekembalinya dia dari kuliah pagi jumaat. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu nasi tumpang. Nasi tumpang merupakan makanan yang terkenal di negeri Kelantan. Nasi yang digunakan agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu nasi tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang akan turun ke laut.

Inilah rupa nasi tumpang. 

Dulu, nasi ini cuma RM1 sahaja, tapi sekarang ni Cik cakap dah RM2. Makanannya simple je, nasi lembik digulung dalam daun pisang bersama lauknya.

Cik tengah tunjuk skill macam mana nak buka nasi tumpang yang panjang tu. Macam ais krim kon ;) Bila dibuka, inilah makanannya. Kalau di kawasan Klang Valley ni, tak tahulah kat mana ada jual nasi tumpang ni, so sesape yang pergi Kelantan, jangan lupa try makan eh.

Kalau saya dan Encik Bubu, makan 2 bungkus baru kenyang :P

4 comments:

conangirlz said...

wahh..bru tau ape tu nasi tumpng.. :)..hehehe..selama nie mmg x tau..pengetahuan bru nie..hehe..thnx sharing cnie.. :)
*saye silent reader akk*

yanie anuar said...

singgah n follow

anissue said...

Kat restoran Belanga @ Empire tu ada jual nasi tumpang ni, tp I blm penah cuba lg.

Mama Likha said...

yes. ns tumpang.... :) wpun jrng makan tp ttp mjadi feveret. put kelate kt mne? zte kt pgkalan chepa...