Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/05/2011

Lope jumpa Uncle Faizal Tahir

Akhirnya saya ketemu juga cerita untuk berkongsi.

Anak autisme saya seorang yang mendengar kata (itu ciri autistik, okeh) dan seorang yang sangat istimewa di hati dan dimata saya. Membesarkan Lope bukanlah semudah ibu-ibu lain membesarkan anak-anak yang cukup sifat dan akal mereka seperti Obiya. Membesarkan Lope memberi saya satu medan masa untuk menganalisis, mencuba sesuatu yang baru dan ada juga kekecewaan. Namun, disebalik setiap kekecewaan dan kegembiraan itu, Allah berikan saya kekuatan dan percubaan hidup yang membuatkan hidup saya menjadi sungguh menarik.

Mengajak Lope membuat terapi bukanlah perkara yang mudah kecuali dengan tiga syarat iaitu Lope sedang berada dalam keadaan yang kenyang dan selesa, berada didalam nyaman serta ditemani dengan alunan melodi. Selalunya, iringan melodi yang disukai adalah dari suara emas Faizal Tahir (FT).

Ok, untuk kesekian kalinya lagi, saya mengaku saya peminat FT :P Bagi saya, selain menghiburkan saya, FT juga menolong saya mengajak Lope untuk terus membuat terapi. Seperti biasanya Lope, dia akan mendengar arahan saya apabila lagu-lagu FT dialunkan. Arahan saya seperti 'Lope, stand up' atau 'Lope, balance diri sendiri' apabila saya meletakkannya dalam keadaan bersandar di dinding kelihatan mudah apabila Lope mendengar lagu Bencinta ataupun Batu dan Golek.


Sebelum ini, sudah banyak kali saya memberitahu FT sendiri bahawa saya teringin sekali membawa Lope bertemunya. Sepatah sahaja jawab FT 'insya Allah'. Maka, mencari peluang untuk membawa Loppe bertemu, saya membawanya ke One Utama Ahad lalu untuk menghadiri Hari Susu Sedunia dan Pilihanraya Susu oleh Dutch Lady. FT merupakan duta perasa susu jagung. Comelnya, tatkala Lope mendengar suara emas FT, Lope nampak kelayuan ingin melelapkan mata, namun saya bisik pada telinga Lope 'Lope, itu bukan CD tau, itu suara Uncle Faizal. Kejap lagi Uncle Faizal datang jumpa Lope, then you can sleep' Patuhnya si anak, dia membuka matanya dan tersenyum kegembiraan mendengar alunan enak 'ku tak mampu hidup tanpa susu'


Saya mendukung anak teruna itu sehinggalah lagu Gemuruh dinyanyikan. Saya tahu, FT tidak akan menghampakan saya. Saya juga berterima kasih kepada twitter kerana menghubungkan peminatnya terus kepada FT sendiri. Akhirnya, Uncle Faizal datang ke arah Lope. Walau untuk beberapa saat, saya tahu Lope memandang ke arah suara itu. Lope memandang ke arah lelaki yang menggosok kepalanya itu dan saya tahu mungkin Lope tidak tahulah, lelaki yang pakai shade itu adalah Uncle Faizalnya ;)
Lihat disini tatkala Uncle FT membelai kepala Lope di minit 26:43 :)


Sejurus selepas Uncle Faizal menggosok kepalanya, Lope terus tertidur. Well, mission accomplished!

1 comment:

Syieda Zikri said...

sy mnjadi saksinya k.put..sgt2 terharu melihat saat & ketika ini.. =D