Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/05/2011

Idola Obiya adalah ....


Tun Fatin Zulaikha bt. Mohd Fairuz


Bercerita mengenai idola, sudah pasti tidak terlepas dari meniru gaya, meniru pemakaian malah segala-galanya mengenai idolanya. Saya sering kali kagum dengan kagum dengan perkembangan anak kecil ini seperti Obiya. Betul kata orang, banyak perkara kita boleh pelajari dari perspektif seorang anak kecil - mereka naif dan kita sering kali terlupa.

Jika sebut sahaja Wan Teh, perkara yang sinonim padanya adalah Kakak. Apabila tercetus sahaja nama Kakak, makanya segera dia akan mencari baju-baju Princess atau Dora dan meminta saya menukarkan pakaiannya.

Nak tahu mengapa? Sebab idolanya hanya akan memakai baju berwarna pink dan yang ada karekter Princess sahaja :P

Ika - dalam baju pink nya :P

Kakak ialah anak bongsu Kak Yan. Namanya Tun Fatin Zulaikha namun kami memanggilnya Kaka atau kadang kala Ika. Ika sebaya dengan Lope, cuma berbeza 4 bulan sahaja. Setiap kali saya memandang Ika menangis, merengek serta cemburu tatkala kami 'manja-manja' dengan Mamanya, sering kali juga saya akan terdetik'kalau Lope macam Ika, mungkin dia juga macam ni' dan jauh dalam hati saya berdoa agar suatu hari nanti, Lope juga begitu. Berharap, berdoa dan berusaha tak salahkan?

Kembali pada cerita Obiya, apa sahaja mengenai Kakak adalah indah dan cantik. Saya pernah membawanya ke Hospital Putrajaya, menemani Lope mengikuti terapi carakerjanya, apabila dia ternampak apa sahaja - buku, belon, coklat, beg atau hair clip yang melekat gambar karekter di atas, Obiya dengan pantas akan menjerit dan menyebut Kakak sambil memandang ke arah karekter ini. Maka, kerana itu saya membelinya beberapa helai baju Princess dan Dora untuk Obiya. Apa yang terjadi selepas itu, baju-baju itu menjadi baju kegemarannya. Tak sempat baju kegemarannya kering di ampaian, Obiya terus meminta untuk memakainya. Jika tidak dituruti, maka dia akan menangis terguling-guling. Akhirnya, baju yang lembap itu kering sendiri di badan Obiya :P

Obiya sedang memakai salah satu baju kegemarannya ;)

Sudah jadi adat budak-budak, bila ada bersama, bermain dan bergelak ketawa kemudian akan bergaduh lima minit. Kemudian kembali bermain. Obiya juga menjalani fasa yang sama dengan Kakak. Bila Obiya datang, Kakak akan gembira sangat. Mula-mula baiklah, selepas habis dah baiknya, mulalah itu tak kena ini tak kena. Selalunya Kakak akan datang mengadu pada saya kerana Obiya bermain mainannya :P Ganas benor anak saya, tapi gaduhnya kejap sangat selepas tu mulalah berpeluk dan menari lagi.

Ini yang mereka buat bila mereka kembali bermain mesra :

(1) berpeluk dan tersenyum

Saya suruh diaorang senyum, dua-dua kasi senyuman fake pada lensa kamera saya :P

(2) bekerjasama dengan meniru gaya

Aksi Kakak yang sedang menari. Obiya masih kaku sebab sedang belajar step dari Kakak.

Oh yeah! party girls :P

Oh, selain Kakak sebagai idola, ada lagi 2 orang sepupunya yang nama mereka sering meniti di bibir Obiya. Qaisah dan Qiesha adalah dua beradik yang menjadi kebanggaan Abuya dan Ummi nya serta menjadi kegeraman Wan Sue nya :P Kakak, Obiya dan Qaisah adalah 3 serangkai yang kalau jumpa dia main ntah apa-apa tah.

dua beradik yang comelsss xoxo

Dan dengan Qiesha, Obiya tak cemburu kalau Mama cium, dukung, gomol dan kiss-kiss banyak kali pun, mungkinkah Obiya dah ready nak jadi kakak balik? :P

dan budak ini adalah cucu Aboh dan Cik yang paling latest - maka dialah yang menjadi kegeraman kami anak beranak.



No comments: