Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

04/05/2011

FAMEKIDS : sebuah kumpulan sokongan untuk anak-anak istimewa

Pernahkah anda terbayang bagaimana sekiranya anda dikurniakan anak istimewa?

Bercakap melalui pengalaman saya dahulu, saya tidak tahu apa itu Autism dan saya sendiri tidak tahu apa itu Global Developmental Delay. Ok, mungkin saya pernah dengar tapi saya tidak kenal dan tidak ambil kisah kenapa, mengapa dan bagaimana mengenainya sehinggalah saya dikurniakan Lope.

Oh, dan tidak mudah menerima kenyataan bahawa anak yang kita kandung selama 9 bulan 10 hari itu tidak seperti anak-anak lain. Emosi juga terganggu dan macam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran selepas itu.

Jika ditakdirkan Allah anda bakal atau sudah menjadi ibubapa kepada anak istimewa, maka bersyukurlah kepada Allah kerana telah mengutusnya anda seorang ahli syurga didalam mahligai anda. Jangan tangisi tapi belajarlah mengenali mereka.

Untuk itu, jom sertai saya menghadiri pelancaran FAMEKids Group pada 8 Mei 2011 (Ahad) dari jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang di Wisma Bling Lustre, Puchong.


FAMEKIDS adalah sebuah kumpulan sokongan bagi anak-anak istimewa yang ditubuhkan pada Januari 2011 oleh Puan Lyna (Mommy Lyna) dan Puan Watie (Mommy of Q's) dari Genius Baby On Board. Tercetusnya idea ini adalah daripada anak-anak mereka yang istimewa iaitu Fahry al-Hazim dan Quzayra Rizal yang memiliki keistimewaan anggota di kaki (akibat Amniotic Band Syndrome) dan tangan (akibat Symbrachydactyly). Ia ditubuhkan bertujuan agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang istimewanya anak-anak ini, betapa mereka perlu diberi pendedahan, dan dilayan sama rata seperti kanak-kanak normal yang lain tanpa rasa prejudis terhadap kekurangan yang mereka miliki.


For more info, silalah call :

Mommy Lyna - 012 281 1136
Watie - 016 203 3340

Jumpa disana yer ;)

1 comment:

Psychic Zero said...

Salam Puan Puteri,

Saya ada terbaca blog puan mengenai anak puan, Lope. Utk pengetahuan puan, saya mempunyai anak perempuan yg baru nak masuk 4 tahun bulan 7 ni. Dia mempunyai masalah kaki di mana doktor mengatakan ia adalah joint laxity menyebabkan dia tidak dapat berjalan postur yg betul. Dia juga mempunyai masalah perkembangan dan pecakapan di mana bila dia cakap susah utk difahami, penggunaan ayat yg tak betul, tak suka bergaul dgn orang, dll. Silap saya adalah saya tidak mengesannya lebih awal dan menganggap ia normal di kalangan budak2. Saya syak mungkin ia adalah autisme. Skrg saya hantar dia ke montessori tp nampaknya mcm dia tak boleh nak follow dgn kanak2 yg lain. Sy harap puan dapat membantu saya sedikit sebanyak mengenai masalah anak saya ini.

Saffuan