Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/04/2011

Hujung minggu kami xD


Petang sabtu lepas saya ditemani dengan Ahh dan Abs ke Melaka. Terharu dengan alasan 2 orang sisters saya ini "Teman Kak Put ke Melaka sebab tanak Kak Put emo lagi" Keh3x. Terima kasih sayangs. Ke Melaka atas tujuan tersendiri tapi tersilap tarikh la pulak. Tapi sebab kami ni ada aura yang bagus, datang ke Melaka nak makan seafoods tapi sebelum makan tu, kami secara tak sengaja terjumpa seseorang di A'Famosa Melaka.

Terjumpa dia di A'Famosa :P
(fokus pada Onit Hijau-thanks Abs for the picture)

Bila balik ke rumah, sudah agak lewat. Obiya masih belum tidur dan saya berjanji akan mengotakan janji saya pada Lope dan Obiya untuk membawa mereka keluar esoknya. Minmin juga datang bersama Zeti. Jenuh mencari idea, dimana harus ku bawa anak-anak, akhirnya kami je ARL Bowling, Alamanda sahaja.

Kami kesana bukan untuk bowling tetapi untuk lunchie!

Saya memilih untuk makan disini selain good recommendation dari Bubu, juga kerana tempatnya luas, nyaman dan tidak ramai orang. Sesuai untuk saya membawa Lope. Apabila membawa Lope keluar, faktor cuaca amatlah penting untuk diutamakan kerana kulit Lope yang sensitif apabila kepanasan akan mengundang eczema datang bertandang.


Sepanjang berada di ARL Bowls, Lope sangat behave. Keadaan premis yang nyaman berlatar belakangkan lagu-lagu rancak nampaknya sesuai dengan mood Lope hari itu.


Lain pula ceritanya dengan anak dara saya. Sungguh tak aman dengan perangai nakal si Obiya yang bergerak ke hulu dan ke hilir mencari dan mengintai peluang untuk membaling bola yang berat itu. Kesian Bibik yang bertungku lumus menjaga puteri kecil saya. Akhirnya, saya berjaya menangkap dia untuk duduk menjamu selera dengan umpan wedges yang dipesan.


Muka puteri kecil saya yang mencuka tatkala ditegur mama

Apa yang kami order untuk semalam?

Rojak Buah RM5.00
Rating: 4/5


Chicken Chop RM11.00
Rating: 4/5


Nasi Goreng Kampung RM7.00
Rating: 4/5

Untuk harga dan rasa, saya memberikan rating yang baik untuk ARL Bowl Cafe. Saya dan Encik Bubu tak ragu-ragu untuk makan disini lagi. Selain dekat dengan rumah, kami selesa disini. Lepas makan, korang juga boleh membawa anak-anak ke G Family Gaming. Masa yang indah bersama keluarga.

Nanti cuba ye ;)


7 comments:

Yu'xan Lee said...

Nak try jgk la:)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Yu'xan Lee : silalah try. Harga, rasa dan tempat kira berbaloi la :)

Rania Raffel said...

sedapnye chiken chop! lama x makan.. mengidam!

AhHcOmEy said...

cumel kan alasan kami =)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Nisa, alahai orang Jordan mcm mana nak makan kat Alamanda :P Bila balik sini?

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ahhhhh, alasanmu:P

AhHcOmEy said...

kikikiki we made u happy kan kan kan