Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

12/04/2011

Empat tahun bergelar MAMA!

Lope,
Hari ni hari yang paling bermakna dalam hidup Mama. 4 tahun lepas, pada hari inilah Mama disorong ke bilik OT untuk melahirkan Lope selepas seminggu berada di wad dan setelah 5 kali Mama kena induce tapi semua fail. Masa tu, Cik Rah (adik Cik) yang temankan Mama. Cik sendiri tak dapat temankan Mama sebab Aboh sakit pada masa tu. Masa tu juga, Mama rasa sangat takut dengan segala kemungkinan. Selapas 9 bulan Mama menunggu, akhirnya detik itu akan tiba.

Hampir 1 jam selepas dibedah, baru Mama terjaga. Waktu itu, Mama GA. Mama tak sedarkan diri. Orang pertama yang Mama nampak adalah Abah ditemani Cik Rah di Recovering Room. Soalan pertama yang Mama tanya bila Mama nampak Abah adalah "Macam mana anak kita?" Abah senyum happy. Abah cakap "Anak kita handsome" Mama senyum dalam laloks. Mama tak tahu apa kemudian Mama hanyut lagi.

Mama tersedar kembali selepas Mama disorong kembali ke bilik. Saat itu, Mama tersedar kerana Wan Cor yang berada disisi Mama. Wan Cor senyum. Wan Cor cakap dia dah tengok anak buah dia. Masa tu Mama suspen sangat. Inilah pertama kali Mama nak pandang wajah anak Mama. Kak Yah (adik Ayah Chu) pun ada. Katanya "Anok semak hidung cakung tinggi" dan Mama masih tertanya-tanya. Sampailah Wan Cor mendukung Lope dan dibawa kedalam pelukan Mama.

Mula-mula Mama cium ubun-ubun Lope. Masih Mama tak nampak wajah anak Mama. Bila Wan Cor betulkan position, baru Mama nampak wajah yang dah 3 tahun Mama tunggu. Mama tak terkata melihat Lope. Mau cium pipi kemerahan anak Mama, dan Mama masih ingat bau itu. Bau seorang bayi yang baru keluar dari rahim Mama. Sampai bila-bila sekalipun Mama akan ingat bau itu.


Mama yakin, semua ibu didunia ini akan mengungkapkan perkara yang sama apabila bayi mereka lahir dan pertama kali berada didalam dakapan ibu - anak mereka adalah bayi yang paling cantik didunia. Itulah yang Mama rasakan walau Mama sudah merasa sakitnya kesan caesar diperut Mama, namun semuanya indah tatkala Mama mendengar tangisan dan rengekan manja Lope buat pertama kalinya. Mama kagum dengan tangisan itu. I'm the proud mother! Maka. selepas itu bermulalah kehidupan Mama sebagai ibu.



Lope,
Istimewanya Lope dalam hati Mama kerana di atas kelahiran Lope lah Mama berubah menjadi Mama untuk hari ini. Lope nak tahu apa yang berubahnya? Tiada lagi tidur malam Mama yang sempurna, tiada lagi keluar dating berdua dengan Abah, apabila berada di pejabat, Mama kegelisahan ingin pulang awal, Mama belajar erti kasih sayang seorang ibu dan kepentingan Lope adalah paling utama dalam kehidupan Mama selepas detik 12 April 2007.

Lope,
Mama bersyukur kerana Mama dapat mengesan kelainan yang ada pada Lope seawal usia Lope 8 bulan dilahirkan. Mama tidak pernah sesekali kesal kerana dianugerahkan Lope, jauh sekali merungut mempunyai anak seperti Lope. Malah, Mama bersyukur, kerana Allah memberikan peluang untuk Mama melahirkan salah seorang ahli syurga dari rahim Mama. Mama tahu tak semua orang dikurniakan anugerah seistimewa Lope. Pada mulanya, tatkala keputusan pemeriksaan dari doktor disampaikan kepada Mama dan Abah, kami berdua tidak tahu apa itu Autisma dan Global Developmental Delay. Terima kasih kerana kini, Mama dan Abah tahu bahawa keistimewaan yang ada pada Lope mengajar Mama dan Abah tentang kehidupan yang sangat adventure untuk ditempuh.


Lope,
Mama sendiri tak tahu bila Lope akan mampu membaca surat Mama ini untuk Lope. Tetapi, Mama mahu juga menulisnya disini. Mungkin, jika suatu hari nanti, apabila Mama sudah tidak ada, atau blogspot sendiri telah lupuskan apa yang Mama coret disini untuk Lope, Mama mengharapkan agar ada seseorang disini yang kelak akan bercerita kepada Lope betapa Mama sangat sayangkan Lope. Mama mahu seseorang itu sampaikan pada Lope bahawa lahirnya Lope ke dunia ini tidak pernah sekalipun menjadi beban kepada Mama. Well, Mama selalu cakap kat Lope, Mama tahu kenapa sehingga ke usia 4 tahun Lope tak mahu berjalan sendiri lagi kerana Lope mahu terus Mama mendukung Lope. Tak apa sayang, Mama sanggup dukung Lope selagi Mama punya kudrat. Sampai bila-bila sekalipun Mama akan mendukung Lope.

Lope,
Cuba tengok gambar kat bawah ni..



Inilah Lope tau. Gambar ini Mama ambil pada 10 April 2011 di Alamanda. Lope tengok betapa handsomenya anak Mama. Mama tak kisah kalau orang kata Mama perasan cakap anak Mama handsome sebab bagi Mama, walau macam mana rupa paras Lope pun, Lope tetap handsome Mama sampai bila-bila :P Mama suka tengok gambar-gambar ni. Anak Mama nampak ceria dengan senyuman terhias di bibir. Kalau Lope nak tahu, senyuman inilah yang menguatkan semangat Mama setiap hari. Mama selalu rasa yang senyuman Lope adalah satu azimat untuk Mama. Nanti, Lope jangan lupa senyum ye :)

Selamat hari lahir, Megat Idris Naquiyuddin.
Sempena kelahiran ke-4 ini, Mama mengharapkan agar Allah memudahkan semua urusan kehidupan Lope dimasa kini dan dimasa akan datang. Tak banyak Mama minta dari Allah selain memelihara Lope dan Obiya di dunia dan di akhirat.

Mama sayang Lope :*

15 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

Happy Birthday Lope..Ibu doakan Lope sentisasa diberi kesihatan yg baik dan ceria selalu.Amin..

lurun namzar said...

hepi bexday lope...
smile alwayxxx...

insan kerdil said...

perjalanan kehidupan setiap permata hati...membuka tiap lipatan kenangan pada perjalanan kehidupan setiap ibu...setiap bapa....

kehadirannya....memulakan pengkisahan suatu impian....tentang suatu harapan....yang tidak 'terbanding' nilaian di dunia...kerana ianya 'berpaksi' atas nama kasih sayang yang tulus....setulus kasih yang ada....untuknya....dan daripadanya...

selamat hari lahir buat permata hati....Megat Idris Naquiyuddin @ Lope....semoga tiap waktu yang dilalui....dipenuhi hanya kasih sayang....dan rahmat daripada Allah....yang Maha Esa...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Bicara hati ibu aisya said...

Happy Birthday Lope.Semoga Lope sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segalanya, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan happy selalu.

Ummmuahh..tuk lope yang hensem

ida khairani said...

Happy birthday Lope!!! Be good boy ok.

IrinaSairah said...

Happy Birthday Lope...Lope memang hensem...tak dapat dinafikan lagi...heheheh...

MRS. K said...

hepy besday lope hensem!!

Jiey^Mien said...

Happy befday lope!!
kiss2 from Mama Jiey!!
=)

mrs.spicy said...

happy bday lope. lope memang hensem~

zura_habib said...

Happy besday to you dear idris..semoga sihat selalu...hug n kiss utk kamu:-)

Dila Si Mama Dzariff said...

Happy birthday Lope!!
** clearing my throat and wiping the tears...emo pulok dohhh mokcik nihh**

nuyin2u said...

happy besdey lope..lope mmg handsome

Pnut said...

Happy Birthday Idris!!!..
moga sentiasa sihat dan kuat dan terus senyum untuk mama...

P/s pic baju sedondon tu, awak selimmmm la..eheheh

bobhandburry said...

Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)


http://www.zuwairiaiman.com

Miss Layaleya said...

Hepy Besday Lope Encem... Mokya doakan Lope sentiasa sihat, gembira & bahagia.. Be a good boy!!

Love u..