Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/04/2011

Durian Raja Buah

Ini gambar favorite saya :P


Ada sesape yang kempunan nak makan durian tak kat sini?



Wah! Malam semalam, Encik Bubu ajak pegi makan durian. Teringin sangat dah katanya. Maka, saya dan Minmin serta Zeti pegilah follow dia. Kalau sesiapa yang teringin, bolehlah terjah gerai durian ni di depan Petronas USJ14.

Sayangnya, sewaktu kami sampai, buffet durian sudah habis. Buffet durian ni kiranya kita bayar RM15-20 dan makanlah sampai lebam duriannya. Namun, sebab semalam dah habis, alang-alang kami dah sampai, sempat juga kami pilih 4-5 biji durian gred A. Penjual tu cakap, durian jenis kucing tidur.

Dia promote durian dia ;)

Bila dah dibuka, maka inilah rupanya..

RM18/kg

Bukan sahaja jakun tengok durian, tapi jakun juga bergambar dengan durian :P


Kami berempat memang kaki durian, tapi bila dah makan banyak, kepala dah agak ting-tong. Maka saya memilih untuk berhenti makan, dan biarkan saja pada model durian ini yang makan.

Inilah Zeti, si kecil yang kuat makan dan tidur di waktu siangnya :)

Lepas tu dah malu sebab semua dok amik gambar dia, tengok durian tu sangat besar dan sedap ;)

No comments: