Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/04/2011

# Day 17: How Your Future Will Be Like

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 17.

Sejujurnya, bila bercakap mengenai masa depan, banyak yang tergambar didalam benak saya. Masa depan saya bukanlah masa depan saya sendiri. Masa depan saya adalah bersama-sama orang disekeliling saya - Encik Bubu, Lope dan Obiya.

Saya seorang yang simple. Masa depan saya dan keluarga cukuplah sekadar hidup kami senang tanpa hutang piutang, mempunyai sebuah rumah yang sederhana besarnya yang mampu menampung kami empat beranak dan mungkin lebih, cukup makan dan pakainya.

Bagi diri sendiri, saya ingin melengkapkan dengan ilmu sebanyak yang mungkin, bekerja sehingga ke tahap tertinggi yang mampu saya gapai dan menjadi seorang isteri, ibu juga anak yang baik sudah memadai untuk saya.


Apa yang masih samar-samar dan membimbangkan saya adalah Lope. Segalanya masih samar untuknya. Apa yang saya tahu dan mampu lakukan untuk hari ini adalah bertabah, bersabar dan berusaha selagi mampu juga berkorban segala yang terdaya bagi menjamin sebuah masa depan untuk Lope. Bersyukur juga apabila saya berkhidmat di sektor awam kerana memberi pelbagai kelonggaran untuk ibubapa yang memilikii anak istimewa untuk menguruskan anak mereka dan apabila tiada kelak, anak ini akan menerima pencen seumur hidupnya.


Untuk anak ini, masa depannya juga harus dicorak dengan sepatutnya. Minatnya yang cenderung kepada muzik, nyanyian dan tarian seawal usia 2 tahun harus distabilkan dengan ilmu-ilmu bekalan akhirat juga. Lope dan Obiya adalah masa depan saya. Mereka adalah harta yang tak mampu saya bayar dengan wang ringgit.


Dialah kekuatan, kelemahan, kemarahan, kesayangan dan segalanya untuk saya dan dialah yang akan memastikan semua perancangan yang kami rancang di masa hadapan ini bakal terlaksana. Saya berdoa agar lelaki ini diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada disamping saya disaat susah dan senang kami kerana saya akan melakukan perkara yang sama untuknya.

I never believed in being lucky, but I will always believe in faith.
Dreams don't have to be dreams if you work them into existence.


2 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Rindu pada Lope ;)
Semoga tercapai semua impian.Insyaallah..

Bicara hati ibu aisya said...

Rindulah kat lope ;)
Semoga semua impian dan doa put dimakbulkan.Aminnn..