Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

06/04/2011

Cik kini 64 tahun :)

Entri tertunda sempena birthday Cik

Sebetulnya kami adik beradik agak susah mencari masa untuk diluangkan bersama-sama sejak kebelakangan ini hinggalah seminggu sebelum 25 Mac menjelma, reminder di BB saya berdering tertulis "Alert Bday Cik" :) Terima kasih kepada teknologi, dan selaku tok mandur dan tuan kerja maka saya SMS semua adik beradik saya di KL bertanya apa yang perlu kami buat pada 25 Mac nanti.

Pada hari yang sama, setelah berulang kami berdiscuss di SMS dan puluhan panggilan telefon, Andak memang tak dapat turut serta bersama kami. Sibuk memanjang. Alang pun pada mulanya tak dapat datang but alhamdulillah dia datang juga. Akhirnya kami bercadang untuk berkumpul di rumah Yong dan potluck semata. Jenuh Yong dan Kak Yan menguruskan event rahsia ni dari Cik. Setelah beberapa cubaan dilakukan, AJK birthday Cik adalah seperti berikut:

Tukang Beli Hadiah

Nyah - partner in crime yang berlakon buat-buat tak tahu hari Jumaat 25 itu adalah birthday Cik. Bersalah pulak rasanya bila Cik sengaja highlight kat cucu-cucu "Hari ni birthday Cik, tiap cucu dapat RM5 belanja sekolah extra dari Cik" Nyah dan saya berpandangan dan buat bodoh takde perasaan pada statement Cik tu :P

Tukang sedia tempat

Yong - tukang SMS/sedia tempat event dan tukang order ayam golek dari Putrajaya. Kisah dia plak, semuanya cool je sebab Cik tinggal kat rumah saya sepanjang minggu tu. Busynya Yong sebab dia order ayam golek dan beli hadiah untuk Cik.

Tukang beli kek dan supplier makanan

Kak Yan - terbaeklah beli kek mashmellow ni :P Kakyan datang berkampung anak beranak kat rumah Yong. Katanya nak teman kawan dia jumpa somebody dekat-dekat area rumah Yong. Bekalan makanan yang KakYan bawak sangat banyak dan sangat menepati selera tekak saya ;)

Saya

Saya - Yong order ayam golek dari sayalah :P Disebabkan sepanjang minggu Cik berada dirumah, maka sangatlah pelik kalau tiba-tiba saya nak masak 3 ekor ayam golek untuk dimakan kan? Almaklumlah kami ni bukanlah musang berjanggut punya spesis pun :P So, nak dijadikan cerita yang menarik dan tidak membohongi Cik, maka saya cakap "Cik, ada orang tempah ayam golek 3 ekor dari Sue" dan Cik seperti tidak mengesyaki apa-apa pun malah, siap paksa saya ke Mydin beli lagi 2 ekor ayam untuk masak kat dia :P Saya pula siap tambah lagi "OK, nanti Sue hantar kat rumah Yong sekali dengan yang orang order ayam tu" :P

abang dan kakak-kakak saya yang super sporting

maka, malam itu selepas Cik kehairanan mengapa kami semua berhimpun dan apabila saya tiba, barulah semua persoalan terjawab. makanya, cik sendiri agak terkejut dan tidak menyangka kami berkumpul untuknya. cik tahu mengapa setelah kami mengeluarkan kek itu dimeja. cik tergelak sambil tersenyum. "patutlah takde sorang pun layan cik hari ni" dan kami ramai-ramai memeluk cik kami ;) ala-ala kesiannya ibu saya yang seorang ni :P

kenapa kami sediakan ayam golek? sebab cik suka ayam golek saya :D

juadah lain

kami yang menjayakan majlis untuk cik ;)
lagi seronok kalau ada family cor & andak sama-sama.

anak-anak cik. eh, mana alang?

ok, ada orang dapat hadiah :D

gigih buka hadiah sensorang ;)

yeay! muka birthday girl yang teruja dapat hadiah :)

sebab birthday girl suka handbag, maka anak dia pun hadiahkan handbag lagi

dan juga kasut yang selesa untuk dipakai

Hadiah birthday ni akan digunakan setiap kali Cik travelling dari KB-KL saban bulan untuk bersama-sama kami. Bak kata cik, tahun ni Cik tak hirup udara negeri kelantan lagi :P
Ini adalah cucu bongsu Cik
Nama dia Puteri Qiesha Azzahraa


Kak Suzi dan Qiesha

Tengok muka Qiesha rasa macam nak ada anak kecik lagi dalam rumah. Geram!




Comel gambar ni ;)

semoga cik dipanjangkan usia dan hidup dengan penuh kebahagiaan bersama anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu. tak banyak yang saya harapkan untuk cik selain dikurniakan kesihatan yang baik, dibahagiakan hatinya dan berdoa agar saya tidak menyusahkan ibu saya yang seorang ini melainkan membahagiakannya.

insya allah, jumpa lagi tahun hadapan ;)


4 comments:

insan kerdil said...

dan siapa menyangka....ibu yang dulu nya 'berpenat lelah' mengajar anaknya 'memasak' untuk 'memperlengkapkan' diri dengan segala 'ilmu resepi' seorang ibu....kini diraikan pula....dengan masakan 'air tangan' anak nya....lebih2 lagi pada hari seorang ibu diingati...dengan penuh kasih sayang....dan perhatian...

selamat hari lahir.....dan semoga ikatan yang telah tersimpul ini....akan berkekalan buat selamanya sehingga di sana kelak....aminnn

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

ICAZIESYIRA said...

boleh tak kirim salam kat cik. kate kat dia, saya dah takde mak. and saya suka pinjam mak orang lain untuk dipeluk :D

Puteri Nuur At-Terawis said...

insan kerdil, semoga bonda Put dilimpahi dengan sejuta kegembiraan dan keberkatan hidup :)

Puteri Nuur At-Terawis said...

Ica, Cik akan sangat-sangat bangga kalau ada orang nak peluk dia :) nanti jumpa silalah berpeluk ye :D