Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/04/2011

Bubu accident - ya rabbi!

Apa yang berlaku pada 22 April mampu meluruhkan jantungku.

Terima kasih Allah di atas kurniaanmu.

Sesungguhnya malang itu tidak berbau. Tanggal 22 April 2011 - Encik Bubu saya terlibat dalam kemalangan. Dengar sahaja kemalangan, tak kiralah besar atau kecil, kemalangan adalah sesuatu yang mengerikan. Alkisahnya, kakak saya - Kak Yan dan Abang Awish sepatutnya dijadualkan terbang ke China pada 22 April. Mereka meminta jasa baik Encik Bubu saya untuk menghantar mereka ke airport dan dia tidak keberatan untuk menghantar. Sepatutnya juga, saya sendiri ingin meminta budi bicara boss untuk pulang awal tengahari itu, namun hasrat saya terbatal kerana kekangan di pejabat.

Jam 4 lebih, Kak Yan yang dalam perjalanan ke airport menghantar SMS kepada saya. Dia mohon agar mendoakan segala yang terbaik untuknya memandangkan dia berpergian berdua sahaja. 3 anaknya ditinggalkan didalam jagaan Cik di Greenwood. Saya sekadar menjawab gitu-gitu sahaja. Selang 30 minit, saya terima pula SMS dari Yong.

Your hubby, Yan and Awish accident. No injuries tapi kereta teruk. Anyone boleh pergi sana ASAP?

Pada mulanya saya membaca sepintas lalu SMS berkenaan, kemudian saya letakkan semula berry dan mata saya memandang semula screen komputer dihadapan. Dua saat kemudian, apabila selesai otak saya benar-benar berfungsi, dah habis digest SMS tadi dengan waras, barulah saya panik.

Ya Allah! Bubu accident!

Masa tu pelbagai perkara tergambar di fikiran saya. Orang pertama yang saya terfikir adalah Encik Bubu. Saya telefon - engaged! Lantas saya menghubungi Kak Yan - bersahut!

Kak Yan OK, Abang Awish pun OK cuma Iskandar bleeding sket

Walaupun Kak Yan cakap sket, bagi saya bleeding je sure sakit. Mulalah saya kelu tak dapat fikir dengan sempurna. Mulalah saya bercerita pada Jia, namun masih dalam mood tak percaya. Sehinggalah Jia dengan baik hatinya menawarkan diri untuk menghantar saya ke Hospital Putrajaya (HPJ) selepas itu kerana Encik Bubu dan Kak Yan dihantar dengan ambulans ke sana.

It sounds seriouskan?

Accident

Bleeding

Naik ambulans

Woah! Setibanya saya di HPJ, Bubu sudah berada di bilik x-ray. Apabila dia keluar sahaja, Bubu yang ditolak di atas kerusi roda hanya tersenyum dan buat muka blur. Saya menghampiri dan saya tatap matanya. Ok, takde kecederaan yang kritikal. Saya pandang, juga tiada kesan darah yang melampau. Apabila hampir padanya, saya senyum dan saya cakap "Hai" dan dia tersenyum, sambil jawab "Hai"

Masa itu, saya rasa lega sangat kerana saya akhirnya dapat melihat Bubu bergerak, tersenyum dan masih bersuara seperti selalunya dia. Saya amati wajahnya, cuba mencari andai terdapat luka, rupanya dagunya luka. Malah masih ada kesan darah dijanggutnya. Saya bertanyakan bagaimana sebenarnya kemalangan boleh berlaku. Perkara pertama yang Bubu buat adalah dengan menunjukkan gambar ini.


Masya Allah. Sekali lagi saya mengurut dada.
Terima kasih Allah kerana Engkau masih memanjangkan usia Bubu saya. Terima kasih Allah kerana Engka juga masih memanjangkan usia Kak Yan dan Abang Awish saya.

Setelah saya sempat bertanya, bagaimana sebenarnya kemalangan boleh berlaku. Menurut Abang Awish, dia yang memandu. Petang itu, memang kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan sekitar hujan lebat. Kereta yang merempuh kereta kami sebenarnya berada di laluan yang bertentangan. Mereka memandu laju dan hilang kawalan tatkala menekan break lalu merempuh divider dan meluncur masuk ke laluan kereta kami, kemudian berpusing-pusing dan dengan lajunya merempuh kereta kami secara berhadapan.

Kereta yang dipandu Abang Awish. Toyota Wish boleh jadi macam ni dengan kedua-dua airbagnya terbuka. Menurut Kak Yan pula, dia duduk di depan dan Bubu dibelakang dan dia sempat menjerit melihat kereta Kia Spectra itu meluncur laju merempuh keretanya. Kemudian dia mendengar bunyi yang kuat dan bau hangit. Tatkala itu, kata Kak Yan dia merasa sungguh dekat dengan Allah dan tatkala dia membuka matanya, hanya Abang Awish yang digambarannya kerana dia tidak mendengar sebarang suara disebelah kanannya.

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan jodoh dan pertemuan Kak Yan dan Abang Awish. Malah kemalangan ini terjadi juga tanggal ulang tahun ke-11 perkahwinan mereka.

Kereta Kia Spectra ini pula dipandu oleh pelajar Afrika. Sudahlah membawa laju, mereka berenam didalam kereta ini. Malah, mereka juga menolak apabila diajak ke HPJ walaupun ada diantara mereka yang berdarah dan juga menolak apabila diajak membuat laporan di balai polis.

Apapun, saya bersyukur kerana mereka bertiga tidak mempunyai sebarang kecederaan kritikal. Saya percaya, Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik lagi buat mereka. Kak Yan dan Abang Awish juga menunda penerbangan mereka ke China. Mereka yang sepatutnya tiba di Guangzhou jam 12.30 pagi 23 April, sebaliknya pada masa dan tarikh itu, mereka baru melangkah keluar setelah selesai membuat pemeriksaan di HPJ.

Saya bersyukur kerana mereka masih ada untuk saya. Saya tidak tahu bagaimana kalau sesuatu terjadi pada mereka dan Bubu terutamanya.

Terima kasih Allah.










1 comment:

Mama Likha said...

sedih bila baca.. semoga kejadian ni mengeratkan lagi kasih syg put dan suami :)