Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/03/2011

Walk For Children 2011 : 1Malaysia Goes Green

Sangat-sangat-sangat nak join Walk For Children 2011 : 1Malaysia Goes Green yang akan diadakan pada 13 Mac 2011 (Ahad) di Dataran Merdeka. Memang sangat-sangat berhajat nak join aktiviti amal ni dengan Lope. Bab nak berjalan sejauh 3km, rasanya tak ada masalah. Nak sangat buat amal sambil beriadah. Last year, terlepas join Terry Fox Run sebab masa tu Lope kurang sihat sebab kena serangan asma.

Secara ringkasnya, setiap penyertaan dikenakan RM35 yang mana sewaktu pendaftaran akan diberi goodie bag dan tee. Kesemua dana yang terkumpul akan disalurkan ke Rumah Kasih Sayang dan Shelter: Home For Children.

Acara Fun Walk ni ada 3 laluan yang kita boleh pilih:

(1) 1.8KM Handicap Friendly Route (Blind) with escort;
(2) 3KM Fun Walk also catered for wheelchair and young children (preferably 16 yrs of age & below)
(3)
5KM Fun Walk (preferably 17 yrs of age & above)

Saya semestinya pilih laluan ke (2) sebab saya bersama Lope :)


Jom daftar ramai-ramai

Saya dan Lope? Insya Allah pergi sebab kami dah janji dengan Lisa Surihani :P



No comments: