Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/03/2011

Sayangkan anak, tangan-tangankan?

Orang tua-tua cakap, kalau sayangkan anak tangan-tangankan. Tapi kenapa lepas ikut cakap orang-orang tua tu rasa bersalah gila?


Entry ni ditulis selepas saya sendiri dengan menggunakan tangan kanan saya memukul tangan kanan Obiya selepas dia membaling telefon tepat ke muka saya dan terjatuhlah spec dan hasilnya terdapat sedikit luka dibawah mata sebelah kanan.

Jika ditanya apa saya rasa sekarang.

Jawabnya saya rasa berdosa kerana memukul tangan kecil itu.

T_T

Tengok muka comel macam ni tapi mama dia pukul. Terukkan mama dia?

Ini bukan kali pertama Obiya menguji tahap kesabaran saya tapi selalunya saya masih mampu bersabar. Tapi petang semalam, saya tangankan juga si comel kesayangan saya selepas itu rasa bersalah datang meruap dan badan kecil itu saya peluk dan cium berulang kali semula.

Bagaimana harus mendidik anak berusia 2 tahun ini?

Sudah berulang kali rasanya saya bercakap dengannya. Bila berbuat begini, maksudnya Obiya tak sayangkan mama, bila Obiya buat macam ni buat mama jadi sad, bila Obiya buat macam ni buat mama sakit tapi anak berusia 2 tahun ini tidak faham akan erti bicara seorang ibu itu.

Muka orang yang lepas kena marah dengan mama dan mama pujuk dia balik

Mama blogger, ada advice macam mana nak didik anak ni? T_T

4 comments:

anakistimewa said...

saya pun selalu terpukul bila dah naik geram, ada rasa guilty gak... kalau menurut sunnah cara mcm ni memang failed...

Lady Lavender said...

rasanya anak 2 thn terlalu kecik utk ditangan kan sbb dia mmg tak tau apa2 pun. Saya pun yakin mama obiya pun tak tersengaja nak tangan kan obiya tapi mcm terkejut sbb terkena tang muka kaann..akak pun ada anak lelaki yg agak mencabar kesabaran heehe..semoga kita sama2 jadi ibu yg sabar :-) anyway salam kenal.

insan kerdil said...

atas kelemahan serta kekurangan makhluk.....proses 'pembelajaran' kehidupan......ada ketika nya dilalui dengan pelbagai 'rasa'....bercambah menjadi suatu 'kefahaman'....baik pada yang menerima mahupun pada pelaku nya.....pabila ianya didasari oleh rasa kasih dan sayang....di atas pertimbangan yang wajar pada ketika itu....dalam menuju redha Ilahi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Yu'xan Lee said...

so cute obiya...